Friday 3 July 2015

Biskut Chocolate Chips

As salam...

Hari ni...saya buat biskut chocolate chips...biskut ni feveret si nombor satu...Saya adun doh pukul 11 pagi...lepas tu masukkan doh tu dlm peti ais...lepas antar anak-anak pi sekolah baru saya sambung buat biskut ni...macam biasa...geng saya kat dapur...sapa lagi kalau bukan si nombor lima...heran betul saya kat budak sorang ni...dia takmau tidoq siang...aktif memanjang...kadang-kadang mak dia yg dah tak larat bukak mata...

Okaylah...malas nak membebel panjang-panjang...meh tengok resepi biskut yg sedap ni...

Resepi Biskut Chocolate Chips
Bahan
- 1/4 cawan gula castor
- 1/2 cawan gula perang
- 1/2 cawan mentega
- 1/2 cawan minyak jagung
- 1 biji telur
- 1 sudu besar susu segar
- 1 sudu besar serbuk koko
- 2 cawan tepung gandum
- secubit garam
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1/2 sudu kecil cream of tartar
- 1/4 cawan almond nibs
- 1/4 cawan sunflower seeds
- 1 cawan semisweet chocolate chips
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara

  1. Pukul gula mentega, minyak, telur, susu dan vanilla hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum, serbuk koko, garam, soda bikarbornat, cream of tartar dan esen vanilla. Gaul sebati. 
  3. Kemudian masukkan almond nibs, sunflower seeds dan chocolate chips. Gaul rata.
  4. Simpan doh didalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
  5. Kemudian, bentukkan doh sebesar guli. Susun diatas loyang. Jarakkan doh antara satu sama lain kerana nanti biskut akan mengembang. Sebelum loyang dimasukkan ke dalam oven, leperkan sedikit doh.
  6. Bakar pada suhu 170C selama 10-15 minit atau sehingga masak.
  7. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.
  8. Sedia untuk dinikmati.
Senangkan buat biskut ni...tak payah nak terap...bulat-bulatkan je...dan tadi lepas bukak posa, si nombor satu dah pulun makan biskut ni... nampak gaya akan habis sebelum raya ni...hahahaha..

Jadi...apa yg ditunggu lagi...jom buat biskut...

Babai





No comments:

Post a Comment