Monday, 15 December 2014

Mee Kari

Salam..

Petang tadi terasa nak makan mee kari...saya pun google resepi mee kari nih...

Dalam banyak -banyak resepi mee kari, saya rasa macam nak cuba mee kari dari Kak Jee...sebabnya bahan yang digunakan tak banyak dan kebetulannya semua ada dalam dapur kecik saya ni..

So apa lagi...jom kita masak mee kari..tapi sebelum tu..sori kak jee, saya derhaka dengan resepi.. saya ada tokok tambah sikit bahan,.sbb nak perabis stok bahan dapur nih...




Resepi Mee Kari
Sumber : Kak Jee

Bahan 

1 cawan rempah kari (saya guna 1 paket kecik rempah kari ADABI)
1/2 cawan cili kering yang telah dikisar
8 ulas bawang putih
1 genggam penuh daun kari
4 batang serai diketuk
belacan sebesar ibu jari
4 biji buah keras
1/2 ekor ayam dipotong kecil
kerang (saya tak letak,lupa beli...)
6 biji tauhu pok
1 cawan pati santan (saya letak 200 ml santan kotak)
1 paket mee kuning dicelur
2 sudu besar udang kering (saya tambah)
3 keping Fishcake dihiris
5 biji Fishball dihiris
Garam dan gula secukup rasa

Hiasan

Cili, daun bawang, tauge yang dicelur, bawang goreng

* kaler merah ni...saya tambah..

Cara


  1. Tumbuk bawang putih, buah keras , belacan dan udang kering sampai hancur.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang ditumbuk tadi hingga garing. Masukkan cili kisar, Kacau sebati hingga terbit minyak.
  3. Kemudian, masukkan rempah kari dan daun kari..kacau sampai rempah masak. Kalau nampak   macam nak hangit, tambah sikit air.
  4. Bila rempah dah masak, masukkan ayam. Kacau dan tunggu sampai ayam kecut. Tambahkan air dan santan. Ikut kesesuaian, kalau nak lebihkan kuah, lebihkan air.
  5. Tunggu sampai mendidih, masukkan tauhupok, fishball dan fishcake.
  6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Boleh dihidangkan apabila ayam dah empuk

Kalau nak tau lebih detail resepi ni, bolehlah baca di blog Kak Jee.. Kuah mee kari ni agak banyak sbb saya lebihkan air..maklumlah ramai yang nak makan..hahahahaha...

Apa -apa pun...bila nak masak ni..kena pandai -pandai adjust rasa dan bahan...sbb tu lah kot org selalu sebut air tangan si tukang masak...

Babai
~aimzf~

No comments:

Post a comment