Saturday, 6 December 2014

Air Teh Tiga Lapis

Salam...

Dah lama saya nak cuba teh three layer ni...kalau pi kedai...teringin nak order...tapi takut tak kena selera pulak...rugi...ishhh...mak anak lima ni...berkira betul...




Tapi...hari tu...saya cuba jugak order...nak tau jugak apa rasa teh ni...
Hmmmmm...teh ni rasa mcm cendol...iyalah...sebab bhn utamanya ialah gula melaka dgn susu cair...kat hujung - hujung tu baru ada rasa kelat teh sikit...

Hmmmm...beli satu gelas...mana cukup..berebut-rebut anak-anak nak minum...
ohhhh...anak...nanti mak buat kat rumah ya...

So apa lagi...


Bahan

- 1 keping kecil gula nise/gula gerek/gula melaka
- 1/2 cawan air
- 1/2 cawan susu cair
- 2 uncang serbuk teh direndam dlm 1/2 cawan air mendidih. Tunggu sehingga sejuk.
- 1/2 cawan ketul ais
- 2 helai daun pandan

Cara
  1. Masak gula nise,daun pandan dan 1/2 cawan air sehingga gula larut. Ketepikan. Tunggu hingga sejuk.
  2. Sediakan gelas yang tinggi. masukkan air gula, kemudian masukkan ketulan ais.
  3. Dengan perlahan-lahan,tuangkan susu cair pula. Kemudian baru dimasukkan air teh .
  4. Hmmmm...dah siap...jom minum!
*** pandai -pandai adjust byk mana nak letak air gula, susu dan air teh tu ya...mak anak lima bila tuang tu...agak-agak saja..

Babai

No comments:

Post a comment