Friday, 5 December 2014

Masak Sambal Telur

Salam...

Alhamdulillah...hari ni cuaca panas sampai petang...kering baju di jemuran...cuma banyaknya baju blm lipat...semua saya humban dlm bilik bawah dekat dapur...lepas tu..tutup pintu...masalah baju tak lipat...settle...masalah timbul bila...



*
*
*

'Darling (baca : biniku)...mana stoking ?'

'Mak...saya tak jumpak seluar kecik lah'

*
*
*

dan paling tragis bila baju berlipat dlm wardrobe hampir zero...Maka di kala itu saya akan menyelongkar timbunan kain sambil bermonolog sendiri ....


' La..kat sini rupanya kain batik warna merah yg mak mentua bagi'

'Oooo...patutlah cari baju ni tak jumpak'

'Ehhhh....mana pulak partner stoking belang ni'


sambil insaf dan tekad nak lipat baju...hahaha...So hari ni memang kena masak paling simple..sambal telur..sbb sat lagi bila pahlawan paling kecik tidoq...saya nak berkuntau lipat kain...doakan keazaman ni kekal lama...hahaha

Jom jamu mata...dan tengok resepinya...



Sambal Telur      

Resepi Sambal Telur

Bahan

- 4 biji telur direbus hampir masak (maksudnya telur kuning dia tak berapa nak keras lagi)
- 1/2 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu besar cili kisar
- sedikit belacan ( tak letak pun takpa)
- Gula dan garam secukup rasa

Cara

  1. Tumbuk bawang besar, belacan dan bawang putih hingga lumat
  2. Panaskan minyak...tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau...tambah cili kisar.
  3. Kacau dan pastikan cili kisar tu masak... boleh tau bila dah mula pecah minyak.
  4. Tambah garam dan gula ikut selera...kemudian..masukkan telur rebus tadi...dan dipecahkan telur tu dengan sudip...masa ni..kita boleh lihat kuning telur tu meleleh keluar dan sebati dengan sambal cili tu..
  5. Kalau rasa nak ada kuah...tambahkan sikit air..anak saya suka makan yang kering macam yang kat atas tu..
  6. Kalau dah puas hati dengan manis,masinnya..sebagai penambah seri sambal tu...boleh  lah dimasukkan juga bawang besar yang dihiris...tutup api...
  7. Sedia untuk dimakan.

Apa lagi...jom cuba....


Babai

~aimzf~

No comments:

Post a comment