Monday, 7 December 2015

Gulai Ayam Letak Terung dan Carrot

As salam...

Hari ni masak yg simple je sbb ada misi nak kemas rumah...esok MIL dan famili adik ipar nak mai...owhhhh...rumah mestilah kena tip top kan...hahaha...

Memandangkan anak2 saya suka lauk berkuah dan mak depa ni malas nak masak beria2, lauk yg saya dok bayangkan ialah gulai ayam lepas tu dlm gulai tu, bubuh terung dgn carrot...hmmmm dah ada sayur...senang cerita...dua lauk dlm satu gitu...


Wokeyyyy...ini resepinya
Resepi Gulai Ayam CampurTerung Carrot
Bahan
- 1/2 ekor ayam dipotong kecil
- 3 ulas bawang putih*
- 5 ulas bawang merah*
- 1 hiris halia*
- 1 peket serbuk kari daging
- 1 kotak kecil santan
- 1 batang carrot dipotong kasar
- 3 biji terung dipotong bulat
- 1 keping asam keping
- air secukupnya
- gula dan garam secukup rasa

Untuk tumis
- 2 ulas bawang putih dihiris
- 3 biji bawang merah dihiris
- 1 hiris halia
- 2 pelepah daun kari
- sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
- minyak utk menumis

Cara
  1. Ayam dibasuh bersih. Ketepikan.
  2. Kisar halus semua bahan bertanda*. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumisan hingga terbit bau. Masukkan rempah kari, kacau dgn cepat supaya tidak hangit. Masukkan sedikit air.
  4. Kemudian, tambahkan bahan kisar. Goreng sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam. Gaul sekata. 
  6. Masak sehingga ayam kecut. Masukkan santan, asam keping dan air secukupnya.
  7. Renehkan sehingga mendidih.
  8. Kemudian, masukkan carrot dan terung. Kacau.
  9. Perisakan dengan garam dan gula.
  10. Tutup api apabila ayam telah masak sempurna.
  11. Sedia utk dihidangkan.
Resepi ni sama je mcm gulai biasa tu cuma saya tambah carrot dgn terung je, kalau ada sayur mcm kacang panjang, cauliflower,kentang pun buleh dimasukkan jugak, sekali pandang mcm dalca pulak cuma takdak kacang dhall je...

Pelengkap resepi ni, saya goreng telur dadar...maka berbahagialah rakyat jelata makan nasik hari ni, gulai ayam dgn telur...

Jadi bila dah siap masak ni...apa lagi, jom marathon kemas rumah...

Babai




No comments:

Post a comment