Sunday 7 February 2016

Nasi Ganja Ayam Goreng

As salam...

Pi mana cuti ni? Kami sefamili duduk kat rumah je...rakyat jelata demam...hari jumaat tu, si nombor satu pulak demam...si nombor lima dah okay tapi semalam, badan dia panas balik..ishhhh...susah hati betul...harapnya demam depa ni tak bepanjangan lah...

Pagi tadi, Boss Besar bawak si nombor dua main tenis, masa balik tu dia singgah pasar tani kat stadium, beli ayam...tapi kali ni, Boss Besar beli bahagian dada je...okay jugak...senang nak masak...isi je...

Sebab si nombor lima tak sihat, saya masak yg senang je...terus terpikir nak buat nasik kuning ni...masa belajar kat perlis dulu, depa panggil nasik kuning ni nasik ganja...makan dgn ayam goreng dan kuah kari, kalau takmau kari, ayam masak merah pun boleh...



Jadi meh tengok resepi nasi kuning aka nasi ganja ni...

Resepi Nasi Kuning
Bahan
- 4 cawan beras basuh bersih, toskan
- 6 cawan air (adjust air ikut jenis beras ya)
- 1/2 kiub pati ayam
- 6 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk jintan manis
- 1 sudu besar serbuk jintan putih
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit pewarna kuning telur

Untuk tumis
- 4 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan minyak sapi
- 1 labu bawang besar dihiris
- 4 ulas bawang putih dihiris
- rempah 4 sekawan (3 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga lawang,2 kuntum bunga cengkih, 1 kulit kayu manis)

Cara
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi.
  2. Tumis semua bahan tumis hingga terbit bau.
  3. Masukkan serbuk jintan manis,jintan putih dan serbuk ketumbar. Kacau sekejap.
  4. Masukkan air, kiub pati ayam, sos cili dan pewarna kuning telur.
  5. Masak hingga mendidih. Masukkan beras. Perisakan dgn garam dan secubit gula.
  6. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker. Masak nasi seperti biasa.
Sementara tunggu nasi masak, kita sediakan ayam goreng pulak..

Resepi Ayam Goreng Rempah
Bahan
- 1 ekor ayam dipotong kecil (saya guna isi ayam)
- 3 sudu besar rempah kari ayam
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- garam secukupnya
- minyak utk menggoreng

Bahan kisar
- 1 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 1/2 inci halia
- sedikit air

Cara

  1. Satukan semua bahan dan bahan kisar,kecuali minyak. Gaul sebati.
  2. Perap 30 - 1 jam.
  3. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak.
  4. Angkat dan toskan.
Untuk kari mamak pulak, kari ni kosong je...cuma ada rasa berempah je...kira okay jugak, sbb nasik tu dah berlemak sbb pakai minyak sapi, jadi kari ni balance kan rasa lemak nasik tu lah...
Ini resepi kari mamak pulak

Resepi Kari Mamak
Bahan
- 1 peket serbuk kari daging*
- 1 sudu makan rempah kari ikan*
- 1 sudu makan serbuk cili*
- 1 labu bawang besar dihiris
- 4 ulas bawang putih
- 1 keping halia
- 1 kiub pati ayam
- 2 sudu besar air asam jawa
- rempah empat sekawan (2 biji buah pelaga,1 kuntum bunga lawang,2 kuntum bunga cengkih, 1 kulit kayu manis)
- 4 cawan air
- 4 sudu makan minyak masak
- garam secukup rasa
- secubit gula

Cara
  1. Satukan bahan bertanda* dengan sedikit air. Kacau hingga menjadi pes rempah.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah empat sekawan hingga wangi.
  3. Masukkan pes rempah. Kacau hingga rempah garing.
  4. Tambahkan air, air asam jawa dan kiub pati ayam.
  5. Masak hingga mendidih
  6. Tambahkan garam secukup rasa dan secubit gula.
  7. Didihkan kuah sehingga menjadi agak pekat.
  8. Tutup api. Sedia utk dihidangkan bersama ayam goreng dan nasi.
Nampak macam renyah je nak masak nasik ni kan, sebenarnya simple je cuma yg lambat bagi saya time menggoreng ayam tu, kena guna api sederhana je supaya ayam masak sempurna...

Boss Besar tak pernah makan nasik ni...dia heran bila saya hidangkan nasik kuning ni tapi alhamdulillah...dia tambah dua kali jugak dan dapat komen sedap...kehkekkeh...kembang rasanya...

Kalau nak lagi sedap, rasanya buleh tambah sambal belacan mcm nasik kak wok tu...dan jugak timun...

Apapun...alhamdulillah utk rezeki hari ni...anak2 pun makan bertambah walaupun masing-masing pakat dok demam lagi...

Jadi...apa lagi...cubalah!

Babai


No comments:

Post a Comment