Wednesday, 23 December 2015

Ayam Sambal Bali

As salam...

Rata2 ramai yg dah cuba resepi ni...semua bagi feedback sedap...resepi ni saya amik kat fb MAHN...tq tuan punya resepi...

Ishhhh...saya tak buleh betul dengar perkataan sedap ni...aiyayaya...mesti nak try...bila tengok resepinya pun ringkas...takdak lah guna bahan yg gegar vaganza...tapi biasalah...ada jugak derhaka kat resepi...cabai kering abih pulak jadi saya pakai serbuk cili faiza je...nasib sedap jugak...


Jadi jom masuk dapur
Resepi Ayam Sambal Bali
Bahan
- 1 ekor ayam potong kecil
- 7 batang serai diketuk
- 6 pelepah daun kari
- 3 sudu makan serbuk cili faiza bancuh dgn sedikit air
- 5 ulas bawang putih*
- 2 biji bawang besar*
- 1 hiris halia*
- 3 sudu makan kicap lemak manis
- sedikit serbuk kunyit
- garam dan gula secukup rasa
- minyak masak secukupnya

Cara

  1. Ayam dibasuh bersih. Gaulkan dgn sedikit garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Kisar semua bahan yg bertanda* hingga lumat. Ketepikan.
  4. Panaskan satu senduk minyak menggoreng ayam tadi. Tumis serai dgn daun kari hingga wangi.
  5. Masukkan serbuk cili yg telah dibancuhkan dgn air. Goreng hingga pecah minyak. Tambahkan bahan kisar.
  6. Masak hingga garing. Masukkan ayam. Gaul sekata.
  7. Perisakan dgn garam dan gula.
  8. Tambahkan kicap. Masak sehingga ayam masak sempurna.
  9. Tutup api. Sedia utk dinikmati.
Betul lah seperti apa yg dikata...lauk ni ringkas dan sedap...aroma daun kari dan serai tu yg paling menggoda...

Kuahnya melekat pada ayam dan anak2 saya suka bahagian ayam yg bertulang, dari sekor ayam tu, depa tinggalkan semua bahagian dada...jadi next time kena hiris nipis2 bahagian isi tu bila nak masak resepi ni...

Dalam kepala dah terbayang nak masak lauk ni utk dimakan dgn nasik tomato, dalca dan jelatah...hmmmm sapa nak mai rumah saya...angkat tangan...bulehlah saya jamu dgn menu diatas...lalala...

Okaylah...selamat mencuba!

Babai

No comments:

Post a comment