Friday, 19 February 2016

Resepi Ayam Mentega

As salam...

Isi ayam masih ada dlm freezer...
hmmm...nak masak apa ya?
Nak buat masak paprik, dah selalu sangat masak...jadi kali ni kita cuba masak versi lain pulak...

Ada banyak versi ayam mentega ni...tapi saya guna resepi yang paling simple...jadi lah utk bebudak ni makan malam...Boss Besar diet...utk Boss Besar, biskut marie cicah kopi je...hahaha...


Meh tengok resepinya
Resepi Ayam Mentega
Bahan
A
- 1 mangkuk kecil isi ayam dihiris nipis
- 1 biji telur dipukul sekejap
- 1 cawan tepung gandum
- garam secukup rasa
- sedikit serbuk kunyit
- minyak utk menggoreng

B
- 3 ulas bawang putih dicincang
- 1/4 cawan butter
- 1/2 cawan susu cair
- 1/2 kiub pati ayam
- 4 pelepah daun kari
- sedikit lada sulah
- garam secukup rasa

Cara
  1. Satukan garam, serbuk kunyit dan isi ayam. Gaul sebati dan perap 10 minit.
  2. Masukkan telur yg telah dipukul ke dalam mangkuk berisi ayam.
  3. Kacau sebati.
  4. Celupkan isi ayam ke dalam tepung gandum, salutkan seluruh bahagian isi ayam dan digoreng hingga masak.
  5. Angkat dan ketepikan.
  6. Seterusnya, panaskan kuali. Masukkan butter dan bawang putih yg telah dicincang. Goreng hingga naik bau.
  7. Tambahkan daun kari, susu cair, kiub pati ayam dan lada sulah. Kacau rata dan biarkan hingga pekat.
  8. Masukkan isi ayam yg telah digoreng. Gaul sebati. Tambahkan garam secukup rasa.
  9. Tutup api apabila semua isi ayam diselaputi oleh sos mentega.
  10. Siap!
Awalnya, si nombor dua takmau makan, dia kata lauk hari ni macam peliklah...adoyaiiii anak....awak tak rasa lagi lah..

Tapi akhirnya, dia yg dok meratah...sedap sbb creamy dan ada sikit2 crunchy...kiranya habis lah lauk ni utk sekali makan...

Jadi apa lagi...selamat mencuba!

Babai

No comments:

Post a comment