Sunday, 9 July 2017

Miang Kham

Assalam,

Selesai dah makan-makan utk jiran dan jugak geng surau...saya masak nasi kerabu dgn bihun sup utara....Selain tu saya buat Miang Kham jugak...Kebetulan kat tempat kerja saya, ada banyak pokok kaduk yang segar bugar...

Kali pertama saya makan Miang Kham ni, sepuluh tahun lepas..hmmm sedap...tak sangka daun kaduk boleh dimakan mcm sirih...kombinasi pedas,manis,crunchy amat perfect sekali...

Apa lagi, mai kita cuba buat untuk dijamu pada tetamu yg mai..saya google resepi, bahan asasnya sama je...yang berbeza resepi ialah sos/kuahnya...ada banyak version...dan saya adjust sikit resepi tu, kalau org thai tgk resepi ni mesti depa mengamuk kannnn..

Ini resepi miang kham saya, dan tak sangka dapat sambutan masa dihidangkan...Boss Besar pun terkejut, sbb awalnya dia kata mesti tak laku miang kham saya ni...huhuhu...tapi abis licin jugak..



Apa lagi, ini resepinya
Resepi Miang Kham

Bahan Sos
- 2 sudu besar palm sugar ( gula somtam kaler kuning)
- 1/2 keping gula nise
- 1/4 cawan air
- 1/4 cawan udang kering yg telah disangai*
- 1/4 cawan kacang tanah goreng*
-1/4 cawan kelapa parut digoreng*

Cara
  1. Kisar halus semua bahan bertanda *. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan gula nise, palm sugar dan air. Masak sehingga gula larut. Masukkan bahan kisar. Gaul sebati.
  3. Jika kuah terlalu pekat, boleh ditambahkan sedikit lagi air.
  4. Tambahkan sedikit kicap untuk berikan warna gelap pada sos itu. (optional)
  5. masak sehingga mendidih dan sebati. Tutup api.
Bahan inti
- Daun kaduk secukupnya - basuh bersih dan toskan
- limau nipis dipotong kecil dengan kulit
- isi kelapa yang disangai
- udang kering digoreng tanpa minyak
- halia muda dipotong dadu
- bawang besar dipotong dadu
- cili padi dihiris kasar
- kacang tanah goreng

Cara makan...
  1. Ambil sehelai daun kaduk, letakkan semua bahan inti, letakkan sos.
  2. Lipat dan makan. Nyummmm...

Senang kannnn....dan kita boleh siapkan sos miang kham ni awal-awal dan simpan dalam peti ais, bahan inti pun boleh disiapkan awal jugak...kalau ada orang mai umah, petik daun kaduk dan bolehlah dihidangkan miang kham ini...tapi rumah saya belum ada pokok kaduk lagi...nampaknya saya kena ambil keratan batang kaduk di tempat kerja saya dan kena tanam kat rumah jugak...

Dan apa lagi...selamat mencuba!

Babai

No comments:

Post a comment