Thursday 10 December 2015

Sup Ayam Goreng

As salam...

Hmmmm...selalunya kalau saya buat sup, isi ayam terus dimasukkan dlm kuah ataupun selepas ditumis, isi ayam tu di'saute' sekejap hingga kecut sblm ditambahkan air...

Tapi hari ni saya nak tukar sikit caranya, ayam tu saya nak goreng dulu lepas tu baru dibuat sup...ada beza tak?

Okay...takmau cerita panjang...meh tengok resepinya...


Resepi Sup Ayam Goreng
Bahan
- 1/4 ekor ayam dipotong kecil
- 3 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia*
- 1 sudu teh serbuk rempah mak siti
- 2 biji kentang potong empat
- 1 biji carrot dihiris kasar
- 1 labu bawang besar belah empat
- 1 tangkai batang celery dihiris
- 1 pokok daun ketumbar dihiris
- minyak masak secukupnya
- sedikit serbuk kunyit
- garam secukup rasa
- air secukupnya
- sedikit rempah empat sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)

Cara

  1. Tumbuk halus bahan bertanda*. Ketepikan.
  2. Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan satu sudu makan minyak masak. Tumis rempah empat sekawan hingga naik bau.
  4. Masukkan rempah sup dan bahan tumbuk. Goreng hingga garing.
  5. Tambahkan air secukupnya. Apabila kuah mula mendidih, masukkan ayam dan kentang.
  6. Perisakan dgn garam. Setelah kentang 3/4 empuk, masukkan celery, carrot,daun ketumbar dan bawang besar. Masak lagi hingga mendidih dan kentang empuk sepenuhnya.
  7. Tutup api. Taburkan bawang goreng.
  8. Sedia utk dinikmati.
Senangkan...ada beza ke? Kalau ikut saya, ada beza...aroma sup ni menyerlah dgn wangi ayam goreng..dari segi rasanya, takdak lah berbeza sangat...kekadang kalau makan sup ayam mcm ada rasa hanyir ayam kan...tapi bila ayam yg digoreng ni...dah takdelah bau ayam tu...

Kalau nak pedas, buleh lah diketuk dua tiga biji cili padi dan dimasukkan dlm sup...saya tak bubuh sbb anak2 kecik lagi...depa tak mkn pedas...dan kalau nak kuah ala-ala sup siam tu bulehlah diperah sedikit limau nipis dlm kuah sup tu...

Apa pun...sup ni sedap dan saya akan buat lagi sup versi ayam goreng ni...

Babai

3 comments:

  1. Wow. Nk cuba. First time nk try sup ayam goreng. Menarik sbb tk nmpk ayam tu putih2 mcm mentah kalau dah digoreng.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esk pg nak masak n share ngan mmber opis rasa...

      Delete
  2. 1st time dgr dr kwn keje td..terus google..upernyer mmg ada la resepi sup aym goreng...ingt saje2 dia create :)

    ReplyDelete