Monday 14 December 2015

Sotong Bakar Ala Portugis

As salam...

Sotong mmg all time favourite..masak lah apa pun...mesti menggamit selera punya...

Selalunya saya akan makan kepala sotong sbb Boss Besar tak suka part tu...sbg bini yg budget mithali, kita bagi laki makan badan sotong, bini tolong perabih kepalanya...

Semalam pi pasar tani, saya beli sotong...tak banyak pun...sepuluh ekor je...cukuplah tu...

Dan hari ni...inilah hasilnya...



Resepi Sotong Bakar Ala Portugis
Bahan
- 10 ekor sotong dihiris tiga bahagian
- 4 ulas bawang putih dicincang
- 4 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan gula perang
- garam secukup rasa
- 4 biji bendi dihiris kasar
- 3 helai daun limau purut dihiris halus
- sedikit minyak utk menumis
- daun pisang dan aluminium foil secukupnya

Bahan dikisar halus
- 6 biji cili merah
- 2 biji cili padi
- 2 biji bawang besar
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1 batang serai
- 1 inci kunyit hidup
- 1 biji tomato

Cara
  1. Untuk garlic oil, panaskan empat sudu minyak. Goreng bawang putih hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak secukupnya, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api.
  3. Masukkan sotong dalam tumisan. Gaul rata.
  4. Pindahkan sotong dan rencahnya ke dalam aluminium foil yg dilapik dgn daun pisang. Balut kemas.
  5. Bakar dgn menggunakan oven/pemanggang ajaib selama 10 minit.
  6. Selepas 10 minit, buka bungkusan aluminium foil dan taburkan hirisan bendi. Bakar lagi 5 minit.
  7. Tutup api. Sebelum menghidang, tuangkan garlic oil dan taburkan hirisan daun limau purut.
  8. Sedia utk dinikmati.

Mmg menarik lauk ni...aroma daun limau purut dan jugak garlic oil tu mmg ngam...kalau tengok rencahnya lebih kurang mcm nak masak rendang je cuma tak bubuh santan...

Bendi tu pun tak layu sgt...bila makan masih ada rangup2 lagi...

Hmmm...lepas ni bulehlah dicuba dgn ikan ataupun udang pulak...

Selamat mencuba ya!

Babai

No comments:

Post a Comment