Thursday 28 January 2016

Moi Ayam

As salam...

Pernah dengaq moi tak? Masa kecik-kecik mak saya selalu jugak masak moi ni...dan hari ni sbb si nombor lima dan Boss Besar demam, saya masak moi utk depa dan jugak utk yg lain...

Moi tu sebenarnya nama lain bagi bubur lambuk rasanya...kalau tgk teksturnya pun mmg mcm bubur lambuk...tapi versi yg saya masak ialah versi yg paling sempoi...maklumlah balik kerja terus masuk dapur...masak guna bahan yg ada je...tapi alhamdulillah habis jugak seperiuk...



Apa lagi...meh la tengok resepinya
Resepi Moi Ayam
Bahan
A
- 1 1/2 cawan beras
- 6 cawan air ( blh tambah lagi, ikut jenis beras)
- 1 keping dada ayam hiris nipis
- 1 inci halia
- 2 batang serai diketuk
- 1/2 cawan santan 
- 1/2 kiub pati ayam
- 5-6 biji lada hitam tumbuk kasar
- garam secukup rasa

B
- 1 sudu makan minyak sapi
- 5 biji bawang merah dihiris
- 3 ulas bawang putih dicincang

C
- telur dadar dihiris nipis
- daun bawang dihiris kasar
- cili merah dihiris
- bawang goreng

Cara
  1. Basuh beras hingga bersih. Satukan semua bahan A kecuali santan dan garam. Masak dengan api perlahan sehingga beras hancur dan lembik berkanji. Kacau sekali sekala utk elakkan hangit. Jika perlu tambahkan lagi air.
  2. Sementara tunggu nasi menjadi kanji, panaskan minyak sapi, goreng bawang merah dan bawang putih hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Setelah nasi masak dan teksturnya lembik, masukkan santan. Kacau sebati. Biarkan mendidih sekejap sebelum dimasukkan bawang merah dan bawang putih yg digoreng. Masukkan juga satu sudu teh minyak sapi yg digunakan semasa menggoreng tadi.
  4. Perisakan dgn garam ikut citarasa.
  5. Kacau sebati. Tutup api.
  6. Untuk menghidang, masukkan moi ke dalam mangkuk dan taburkan dgn bahan C. Sedia utk dinikmati.
Moi ni sedap sbb bila bubuh santan, rasa berlemak gitu, lepas tu pulak, bawang yg digoreng dgn minyak sapi tu bagi aroma yg wangi kat moi ni...

Sebenarnya buleh ditambah carrot ataupun mixed vege...tapi sbb anak-anak saya susah nak makan sayur dan carrot yg depa suka pun takdak, jadi saya buat versi takdak sayur...hmmmm...kalau ada lobak asin pun sedap jugak...

Okaylah selamat mencuba ya...saya nak kena pi jaga orang demam pulak.. 

Babai

No comments:

Post a Comment