Sunday 14 February 2016

Pau Pandan Inti Kelapa

As salam...

Semalam kan ada masak inti kelapa,jadi hari ni saya buat pau lah...saya tengok resepi kat belakang kotak tepung pau dan saya adjust sikit ikut apa yg ada kat dapur ni...

Nak bagi menawan, letak sikit pandan paste dan jugak kaler hijau...okay takmau tulih panjang-panjang...jom tengok resepinya...



Resepi Pau Pandan
Bahan
- 500g tepung pau
- 1 sudu besar instant yeast
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar susu pekat
- 1 cawan + 3 sudu besar air suam
- 3 sudu besar minyak masak
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh garam
- sedikit pes pandan
- sedikit pewarna hijau epal
- inti kelapa secukupnya
- kertas alas secukupnya

Cara
  1. Satukan yis,air suam dan gula. Kacau sebati dan biarkan sehingga berbuih.
  2. Kemudian, tambahkan minyak, garam,susu pekat,baking powder,pes pandan dan pewarna hijau. Kacau hingga sebati.
  3. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
  4. Rehatkan doh sehingga kembang sekali ganda.
  5. Bahagikan doh kepada 16 bahagian doh kecil.
  6. Ambil satu doh kecil, leperkan dan letak inti kelapa ditengah.
  7. Tutup inti kelapa dgn menarik bahagian sisi doh. Bulatkan doh dengan kemas dan letakkan di atas kertas alas.
  8. Buat sehingga habis.
  9. Rehatkan doh sekali lagi selama 15 minit.
  10. Kukus doh pau di dalam pengukus yg telah dididihkan airnya.
  11. Kukus selama 8-9 minit sahaja dgn api yg kuat.
  12. Pastikan tudung pengukus dibalut dgn kain supaya wap air tak menitik ke atas kuih pau.
  13. Keluarkan pau dari pengukus dan sedia utk dinikmati.

Pau yg dihasilkan gebu gitu...ini kali pertama saya buat pau bubuh susu pekat...walaupun lain drpd resepi yg biasa saya guna tapi kuih pau ni sedap...

Warna hijau pau jugak cantik...anak-anak saya suka...tekstur pau ni lembut...hmmm...lepas ni buleh buat lagi sbb inti kelapa ada berbaki lagi...

Apapun, selamat mencuba!

Babai

No comments:

Post a Comment