Friday, 12 February 2016

Gulai Rangka Ayam

As salam...

Hari ni si nombor lima dah okay sikit...semalam bawak dia jumpak paed kat ttdi jaya,Dr. Meghana. Doc kata lungs dia okay, takdak infection kat telinga, no tonsilitis,rashes takdak, cuma doc risau bila si nombor lima nampak lethargic...saya bagitau dah dua minggu dia takmau makan...cuma breastfeed je...so doc cakap pada umur ni, susu ibu gives nothing,maybe si nombor lima bila dia minum susu tu, dia rasa lebih selesa sbb mak dok peluk je kan...so saya kena bagi dia makan apa jua foods yg dia suka..sbb si nombor lima suka aiskrim...saya bagi dia aiskrim campur pisang, calsiyum, air kotak, yakult,taufu fa...dan setiap kali mmg paksa dia utk makan...tapi kalau masih nampak letih lagi, memang kena bawak pi hospital...apa pun alhamdulillah hari ni dia dah mula nak main dgn abg dan kakak...

Hmmm...lunch utk yg lain pun kena siapkan jugak...saya defrost satu plastik ayam...masa tu tak tengok pun, bawak keluar dari freezer terus letak kat sinki...bila nak masak...adoyaiii...ini rangka ayam lah...nak defrost isi ayam mcm lambat je...jadi buat gulai dan bubuh aje kentang...hiksssss...padahal sblm tu rancang nak masak ayam masak kicap...hmmmm



Okaylah...ini resepinya...
Resepi Gulai Rangka Ayam
Bahan
- 2 ekor rangka ayam dipotong kecil
- 1 labu bawang besar*
- 4 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia*
- 1/2 inci lengkuas*
- 1 peket kecil rempah kari daging FAIZA
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 1 kotak kecil santan ayam brand
- 3 biji kentang potong empat
- 1 sudu teh gula nise
- 3- 4 cawan air
- garam secukup rasa

Utk tumis
- 5 biji bawang merah dihiris
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 2 pelepah daun kari
- rempah empat sekawan (dua biji buah pelaga, dua kuntum bunga cengkih, dua kuntum bunga lawang, satu batang kulit kayu manis)
- minyak utk menumis

Cara
  1. Kisar semua bahan bertanda* hingga lumat. Ketepikan.
  2. Satukan semua rempah dgn sedikit air dan jadikan pes rempah. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis. Goreng hingga terbit bau.
  4. Masukkan pes rempah. Masak hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan bahan kisar. Kacau sebati.
  5. Apabila campuran pes rempah dan bahan kisar hampir kering, masukkan rangka ayam yg telah dibasuh bersih. Gaul rata dan biarkan sekejap sebelum dimasukkan santan dan air.
  6. Biarkan sehingga kuah mendidih.
  7. Kemudian, masukkan kentang dan gula nise.
  8. Perasakan dgn garam.
  9. Tutup api apabila kuah memekat dan ubi kentang menjadi empuk.
  10. Siap.
Kalau tengok resepi ni, lain sikit dari gulai yg biasa saya masak, sebab saya tambahkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih...
bereksperimen sbb nak tau rasa gulai ni akan jadi macam mana...tapi alhamdulillah menjadi jugak...si nombor tiga cakap sedap...si nombor dua pun cakap macam tu jugak...owhhhh...kembang setaman hati ni...

Nak melengkapkan hidangan hari ni, saya goreng telur dadar...cukup lah utk anak-anak makan...walaupun si nombor lima dah okay sikit tapi dia masih lagi cranky...saya mesti ada depan mata dia je...sambil saya dok masak, dia dok menangis tarik kain ntah apa lah yg dia nak,  jenuh jugak dok memujuk...

Okaylah...itu lah cerita hari ni...kalau ada rangka ayam kat dlm freezer tu, cubalah masak guna resepi ni...

Babai

No comments:

Post a comment