Saturday, 23 January 2016

Sotong Goreng Kunyit Berkuah

As salam...

Bila Boss Besar takmau makan nasik...saya jadi malas masak sbb selalunya kalau saya masak yg pelik-pelik, Boss Besar lah yg tolong perabih sambil bagi komen...

Anak2 makan macam biasa jugak tapi selalunya utk depa, saya akan masak lauk yg depa suka je...kekadang tu, ayam goreng pun dah cukup...

Utk hari ni, saya nak masak sotong, memandangkan saya malas kan...goreng kunyit aje lah...dah buat berkuah sikit sbb si nombor dua suka lauk yg berkuah...



Jadi jom tengok lauk yg simple ni...
Resepi Sotong Goreng Kunyit Berkuah
Bahan
- 6 ekor sotong sederhana kecil dibersihkan dan dihiris
- 3 ulas bawang putih diketuk
- 1 hiris halia diketuk
- 1/2 biji tomato dihiris
- 1 biji cili merah dihiris
- 1 biji bawang besar di hiris
- 2 biji kentang dihiris
- 1 sudu makan sos ikan
- 1/2 sudu teh sos tiram
- sedikit lada hitam tumbuk kasar
- sedikit daun bawang
- sedikit air
- garam dan gula secukup rasa
- serbuk kunyit secukupnya
- sedikit minyak

Cara
  1. Gaulkan sedikit garam dan serbuk kunyit pada kentang. Goreng kentang hingga empuk. Ketepikan.
  2. Gaulkan sotong dgn sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  3. Panaskan satu sudu makan minyak. Tumis bawang putih, halia dan tomato hingga naik bau.
  4. Masukkan sotong, bawang besar dan cili merah. Masak sehingga sotong kecut.
  5. Bila sotong mula mengecut, tambahkan sedikit air, ubi kentang, sos ikan, sos tiram, lada hitam dan garam serta  gula secukup rasa.
  6. Apabila semuanya sebati dan cukup rasa, masukkan pula daun bawang. Kacau sekejap. Tutup api.
  7. Siap.
Sotong ni tak buleh masak lama sangat nanti liat, jadi bila tengok sotong tu dah bertukar warna dan mengecut, masaklah sotong tu...tapi kalau sapa yg suka makan sotong yang agak keras dan liat, bulehlah masak lama sikit...

Bila bubuh tomato, kuah tu akan ada rasa masam2 sikit, jadi utk seimbangkan rasa, bubuhlah secubit gula...dan kalau suka kuah yg pedas, ketuklah dua tiga biji cili api dan masukkan dalam lauk ni...

Hmmm...nampaknya lauk yg simple ni lah yg paling menggamit selera...makan dgn nasik panas, sedapnya!

Jadi apa lagi, selamat memasak!

Babai

No comments:

Post a comment