Tuesday, 5 April 2016

Mee Sup Sempoi

As salam...

Hari ni saya dapat balik awal, dah dua hari saya pi kursus kat kuala selangor, walaupun disediakan bilik, saya tak tidoq sana maklumlah selama ni saya tak pernah lagi berpisah dengan anak-anak....lagipun kuala selangor dgn shah alam tak jauh mana, hari pertama tu, saya sampai rumah malam tu pukul 11.30 mlm...hmmmm...lainlah kalau depa hantar saya pi kursus kat perlis...mau berbaldi-baldi ayaq mata dok menangis sbb teringat kat anak....

Sampai rumah tadi pukul 2.00 ptg, saya singgah pi beli ayam, dalam kepala saya nak buat mee sup yang sempoi je, untuk si nombor dua, saya tanak nasik putih, boleh makan dgn kuah sup nanti.

Resepi ni saya mmg rekomen untuk mak-mak yang sibuk, tak susah pun nak buat dan rasanya pun taklah berempah sangat...sesuai kalau budak kecik-kecik nak makan...untuk org tua, kita buat lah sambal kicap yang berasap kalau depa nak kuah yang pedas....



Jom tengok resepinya....
Resepi Mee Sup Sempoi
Bahan
- 2 bungkus mee kuning dicelur dan ditoskan
-1/2 ekor ayam potong sederhana dan dicuci bersih
-1 kiub pati ayam
- 5 ulas bawang putih (jangan buang kulit)
- 1 inci halia diketuk
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 10 biji lada hitam ditumbuk kasar
- 1 bunjut rempah sup
- 2 - 3 liter air (ikut kesesuaian)
- sedikit serbuk kunyit
- garam secukup rasa
- minyak untuk menggoreng ayam

Untuk hiasan
- bawang goreng, kobis celur, sambal leting

Resepi sambal leting
Bahan
- 15 biji cili padi ditumbuk halus
- 1 sudu makan cuka
- 3 sudu makan kicap
- 3 sudu makan air
- sedikit minyak

Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, goreng cili tumbuk hingga garing. Masukkan kicap, cuka dan air. Kacau sebati. Tutup api.

Untuk kuah sup
Cara
  1. Masukkan ayam, halia, bawang putih dan air ke dalam periuk yang sesuai. Rebus hingga mendidih dan ayam empuk.
  2. Angkat ayam dan toskan. Gaul rata ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  3. Dalam periuk air rebusan ayam, masukkan kiub pati ayam, serbuk lada sulah, lada hitam dan sup bunjut. Renehkan sehingga semua rempah sup mesra dengan kuah. Perisakan dengan garam. Tutup api.
  4. Panaskan minyak, goreng ayam yang telah direbus tadi hingga garing. Angkat dan dipotong kecil-kecil.
  5. Dalam mangkuk, masukkan mee yang telah dicelur, taburkan isi ayam, taburkan bawang goreng, sayur kobis, dan sambal kicap leting. Curahkan kuah. Sedia untuk dinikmati.
Hmmmm....walaupun simple, habislah jugak dua bungkus mee ni....Boss Besar cakap sedap...hikkkssss....seronok je rasa...untuk sambal leting tu, mmg pedas...kalau takmau buat, cili kicap pun okay jugak,...kalau ada daun sup, daun bawang boleh lah ditabur atas mee sup kita ni...saya dah malas nak keluar pi beli....kobis celur sbb nak perabih stok kobis dalam peti ais je, saya hiris nipis-nipis dan lepas tu celur sekejap...jadi lah buat hiasan....

Jadi apa lagi....cubalah resepi mee yang sempoi ni...mesti puas hati...

Babai

No comments:

Post a comment