Wednesday, 6 April 2016

Chilled Mango Cheesecake

As salam...

Hari ni saya buat ciskek...hmmm...
dok terlioq tengok orang dok pakat buat...

Resepinya mudah je...yg remehnya masa nak susun mangga kat atas tu je...maklumlah nak jugak bentuk bunga tu...




Okaylah...takmau cerita panjang...ini resepinya
Resepi Chilled Mango Cheesecake
Bahan
A
- 150g biskut marie
- 70g butter dicairkan

B
- 250g cream cheese pada suhu bilik
- 250g UHT whipping cream
- 1 1/2 sudu besar gelatin halagel
- 50ml air suam
- 60g gula castor
- 1 biji mangga masak ranum

C
- 2 biji mangga dihiris setebal 2-3 mm
- 1 biji mangga dijadikan puree
- 1 sudu besar gula castor
- 1/2 sudu besar gelatin halagel
- 50ml air suam

Cara

  1. Kisar biskut marie sehingga halus. Satukan biskut dengan butter cair. Gaul sebati.
  2. Padatkan serbuk biskut itu di dalam loyang springfoam 8". Bakar selama 10 minit pada suhu 160C. 
  3. Keluarkan dari oven, sejukkan sekejap sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
  4. Untuk filling, pukul whipping cream hingga gebu, jangan overbeat, nanti berketul-ketul. Ketepikan.
  5. Campurkan gelatin dan air suam. Kacau hingga gelatin larut. Ketepikan.
  6. Ambil isi mangga dan jadikan puree. Ketepikan.
  7. Satukan cream cheese dan gula castor. Pukul hingga cream cheese kembang dan sebati.
  8. Setelah cream cheese kembang, masukkan gelatin dan puree mangga. Pukul dengan kelajuan sederhana.
  9. Seterusnya, tambahkan whipping cream dan kaup balikkan hingga adunan sebati.
  10. Tuangkan adunan creamcheese ini ke dalam loyang yang telah diisi dengan serbuk biskut.
  11. Masukkan loyang ke dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
  12. Untuk glaze dan hiasan, jadikan puree dari sebiji mangga. Tambahkan gula. Gaul rata. Ketepikan.
  13. Larutkan gelatin dengan air suam. Kacau hingga gelatin larut.
  14. Masukkan gelatin ke dalam puree mangga. Gaul rata.
  15. Curahkan glaze mangga ini ke atas kek dan susun hirisan mangga menjadi kelopak rose.
  16. Simpan cheesecake di dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam.
  17. Sedia utk dinikmati.
Hmmmm...sedapnya...Boss Besar yang bukan penggemar ciskek pun cakap sedap...si nombor tiga makan bertambah...si nombor dua tengok je...dia kan makan nasik...mana nak dilayan ciskek ni...hmmmm

Paling tak tahan bila si nombor tiga tanya kenapa bila birthday mak, kek mak buat sendiri...owhhhh...nak buat lagu mana...takdak sapa yg beli kek kat mak...hmmmm...dah tua rupanya saya...uban pun dah mula cakap hai kat kepala ni...

Apapun...selamat mencuba dan selamat hari tua utk saya!

Babai

No comments:

Post a comment