Monday, 25 April 2016

Masak Lemak Telur dan Mangga Muda

As salam...

Macam biasa dah lama saya tak masak, tapi malam tadi si nombor dua tanya, kenapa mak dah tak masak macam dulu...hmmmm...baiklah nak, mak cuba untuk lebih kerap masak...

Pagi tadi, utk bekal sekolah agama, saya buat nasik goreng...keletang keletung dan saya terlewat keluar dari rumah, sampai kat tempat kerja, lagi dua minit...merah...hahaha...

Untuk dinner, saya nak masak yang simple je, jadi saya masak lemak telur dan nak bagi macam lain sikit, bubuhlah jugak mangga muda dalam kuah tu...ala2 nak ganti asam keping...hikkkssss...



Ini resepinya...
Resepi Masak Lemak Telur Dgn Mangga Muda
Bahan
- 5 biji telur
- 5 biji bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1/2 inci kunyit hidup*
- 1 hiris lengkuas*
- 2 biji cili padi*
- 1 biji cili merah*
- 1 kotak kecil santan ayam brand
- 1 biji mangga muda dihiris
- air secukupnya
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit minyak utk menumis
- hirisan cili hijau sbg hiasan.

Cara

  1. Kisar semua bahan bertanda* hingga halus. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga terbit bau.
  3. Masukkan 1/3 kotak santan dan dua cawan air. Biarkan mendidih.
  4. Perlahankan api, pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk. Jangan kacau. Biarkan telur tu masak dahulu utk elakkan telur hancur.
  5. Apabila telur masak, masukkan baki santan,mangga muda dan hirisan cili hijau. Kacau perlahan. Jika kuah pekat, bolehlah ditambahkan air lagi.
  6. Perisakan dgn garam dan gula secukup rasa. Tutup api apabila kuah mendidih.
  7. Sedia utk dihidangkan.
Macam mana rasanya ya? Sedap...lemak-lemak dan ada rasa masam mangga muda...Boss Besar pun cakap sedap...tapi dia makan sikit je, diet kan...nak bagi lengkap hidangan ni, saya goreng ikan dan tumbuk sambal totok...laju je masing-masing tambah nasik...

Hmmm...apa lagi, kalau ada pokok mangga kat rumah tu, try lah resepi ni!

Babai

No comments:

Post a comment