Monday, 16 May 2016

Si Nombor Empat!

As salam...

Ahad lepas, si nombor empat ada sport day...di Taman Lembah Bukit SUK...kami pi satu famili...bawak tikar dan nasik bungkus...berkelah kat situ...

Sampai sana, macam ada famili day...sbb setiap famili bawak tikar dan duduk berselerakan di bawah pokok...saya rasa ada lah dalam seratus lebih famili...

Lepas register si nombor empat dan makan nasik bungkus.. Boss Besar angkut semua askar balik sbb susah nak control si nombor lima...dia dok lari sana sini...orang ramai...ada tasik pulak tu...kawasan kat situ pun berlecah sbb hujan kan...abih kotor baju dia...jadi cuma tinggal saya dgn si nombor empat...

Mula-mula saya ingat macam sukaneka biasa je, lari dlm guni, bawak bola ping pong dalam sudu atau tiup tepung, tapi takde pun acara macam tu, sports day depa ni ada tema, pasal pekerjaan...ada lima stesen, setiap budak akan buat aktiviti di setiap stesen...dan ini ceritanya....


beratur nak pi stesen 1



Stesen 1
Pejabat Pos.
Beratur-beli setem-lekat setem-cop-masuk surat dalam post box merah-tunggu surat-dapat surat-bagi kat ibubapa-

Stesen 2
Kem askar
Demostrasi abg askar-tembak-tembak-budak tadika kena trekking- tengok khemah askar-macam mana askar masak dan makan-
***macam perang betul sbb ada effect bunyi tembakan dan bom

Stesen 3
Pertanian
- kenal sayur dan buah-buahan- lekat gambar buah dan sayur ikut kumpulan yang betul

Stesen 4
Penternakan
- kenal haiwan untuk penternakan- lekat gambar haiwan- soal jawab-

Stesen 4
Pembinaan aka Bob the Builder
- bina model rumah tiga tingkat dengan kadbod-




Nampaknya si nombor empat sgt enjoy dengan semua aktiviti tu, cuma biasalah cuaca panas kan, dia merungut letih je...mak dia pun letih jugak sbb dok ikut dari satu stesen ke satu stesen...dan bila semua dah abih, takdak hadiah pun, sbb takde pemenang kan...cuma dapat sebijik tumbler je...

Lepas tu tunggu Boss Besar mai amik saya dan si nombor empat....sampai rumah...terus si nombor empat tidoqqqq....letih sangat lah tu...

Babai

Tuesday, 3 May 2016

Kueyteow Goreng Rencah Ikan Bilis

As salam...

Kueyteow adalah antara menu yg anak-anak saya suka, sekarang ni saya selalu balik lambat dan bila nak cepat, masak yg paling senang je utk dinner...

Tadi bila singgah kedai acheh, saya beli dua peket kueyteow, mmg dlm kepala ni nak masak kueyteow je...dan kali ni, saya nak cuba guna ikan bilis sbg salah satu rencahnya...resepi ni saya pernah terbaca dlm majalah...tgk gambar mcm tempting je....jom cuba...tapi pada masa yg sama, udang, fishcake dan telur pun saya bubuh jugak...

terlajak gelap pulak!

Okay...jom tengok resepinya...
Resepi Kueyteow Goreng Rencah Ikan Bilis
Bahan
- 2 peket kueyteow dibilas dgn air, toskan.
- 5 ulas bawang putih*
- 3 ulas bawang merah*
- 1 genggam ikan bilis*
- 10 ekor udang
- 2 keping fishcake dihiris
- 3 biji telur dipukul sedikit
- 4 sudu besar cili kisar
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar kicap pekat JALEN
- 3 sudu besar kicap manis
- 1 genggam tauge
- 1 mangkuk kecil hirisan kucai
- garam secukup rasa
- minyak utk menumis

Cara
  1. Tumbuk bahan bertanda* hingga halus. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi.
  3. Masukkan udang dan fishcake. Kacau sebati.
  4. Tambahkan sos ikan,sos tiram,kicap manis,kicap pekat,sos cili dan sedikit air. Kacau sebati.
  5. Apabila mendidih, masukkan telur. Biarkan telur keras sebelum dikacau rata.
  6. Masukkan kueyteow. Gaul sebati.
  7. Tambahkan tauge dan kucai. Masak sehingga kueyteow lembut. Perisakan dgn garam jika perlu, kalau tak mahu menggunakan garam, gantikan dgn sos ikan atau kicap masin.
  8. Tutup api apabila kueyteow telam masak sempurna.
  9. Siap!
Simple kan...sambil masak sambil saya merasa....kalau ada terkurang saya tambahlah sos, kicap sikit-sikit, kiranya adjust ikut citarasa masing-masing lah...

Boss Besar cakap sedap...hmmm...kiranya tak menyesal lah saya cuba resepi ni....anak - anak pun suka, sekejap je dua peket kueyteow ni abih...alhamdulillah...

Jadi, apa lagi...cubalah!

Babai