Friday, 3 July 2015

Biskut Chocolate Chips

As salam...

Hari ni...saya buat biskut chocolate chips...biskut ni feveret si nombor satu...Saya adun doh pukul 11 pagi...lepas tu masukkan doh tu dlm peti ais...lepas antar anak-anak pi sekolah baru saya sambung buat biskut ni...macam biasa...geng saya kat dapur...sapa lagi kalau bukan si nombor lima...heran betul saya kat budak sorang ni...dia takmau tidoq siang...aktif memanjang...kadang-kadang mak dia yg dah tak larat bukak mata...

Okaylah...malas nak membebel panjang-panjang...meh tengok resepi biskut yg sedap ni...

Resepi Biskut Chocolate Chips
Bahan
- 1/4 cawan gula castor
- 1/2 cawan gula perang
- 1/2 cawan mentega
- 1/2 cawan minyak jagung
- 1 biji telur
- 1 sudu besar susu segar
- 1 sudu besar serbuk koko
- 2 cawan tepung gandum
- secubit garam
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1/2 sudu kecil cream of tartar
- 1/4 cawan almond nibs
- 1/4 cawan sunflower seeds
- 1 cawan semisweet chocolate chips
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara

  1. Pukul gula mentega, minyak, telur, susu dan vanilla hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum, serbuk koko, garam, soda bikarbornat, cream of tartar dan esen vanilla. Gaul sebati. 
  3. Kemudian masukkan almond nibs, sunflower seeds dan chocolate chips. Gaul rata.
  4. Simpan doh didalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
  5. Kemudian, bentukkan doh sebesar guli. Susun diatas loyang. Jarakkan doh antara satu sama lain kerana nanti biskut akan mengembang. Sebelum loyang dimasukkan ke dalam oven, leperkan sedikit doh.
  6. Bakar pada suhu 170C selama 10-15 minit atau sehingga masak.
  7. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.
  8. Sedia untuk dinikmati.
Senangkan buat biskut ni...tak payah nak terap...bulat-bulatkan je...dan tadi lepas bukak posa, si nombor satu dah pulun makan biskut ni... nampak gaya akan habis sebelum raya ni...hahahaha..

Jadi...apa yg ditunggu lagi...jom buat biskut...

Babai





Thursday, 2 July 2015

Kerabu Jantung Pisang

As salam...

Mak mertua saya ada kat rumah...dan hari ni mak mertua saya buat kerabu jantung pisang...sebab boss besar nak makan kerabu...

Saya pun suka makan kerabu...tak kisahlah apa versi pun...nak letak isi ikan ka...udang ka...semua saya makan...hmmmm...hari mak mertua saya sampai hari tu...boss besar ada beli kerabu selom...tapi nampaknya kerabu tu tak kena selera mak mertua saya...sebab dia kata takdak isi ikan...saya cakap kat mak mertua...lain negeri...lain caranya...hahaha...

Okaylah...meh tengok resepi mak mertua saya nih...

Resepi Kerabu Jantung Pisang
Bahan
- 1 biji jantung pisang
- 2 ekor ikan selar kuning sederhana besar
- 1 batang serai*
- 5 biji bawang merah*
- 1 ulas bawang putih*
- 1 hiris halia*
- 1 sudu teh biji lada hitam*
- 2 sudu makan kelapa parut*
- 1/2 cawan kelapa goreng*
- 2 sudu makan jus limau nipis
- 1/4 cawan santan
- garam dan gula secukup rasa

Cara

  1. Jantung pisang dibersihkan, buang kelopak luarnya yg keras. Hiris jantung pisang nipis-nipis. Rendam sekejap. Toskan.
  2. Masukkan hirisan jantung pisang ke dalam periuk, tambahkan air dan rebus hingga empuk. Kemudian toskan.
  3. Bersihkan ikan, bakar hingga masak. Ambil isi ikan dan diramas hingga hancur. Ketepikan.
  4. Tumbuk semua bahan yg bertanda* hingga halus. Ketepikan.
  5. Dalam satu mangkuk adunan yg besar, satukan jantung pisang, bahan tumbuk dan isi ikan. Gaul sebati.
  6. Tambahkan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa. Gaul sehingga semuanya mesra.
  7. Akhir sekali, tambahkan santan. Kacau hingga semuanya sebati.
  8. Siap.
Sedap kerabu ni...rasa jantung pisang dgn gabungan isi ikan...dan saya rasa...mesti lagi meletopsss kalau ditambahkan dgn hirisan cili padi dan bawang besar...owhhh...ini resepi mak mertua lah...mana buleh derhaka!

Dan mak mertua saya cakap...kalau tak abis...terus masukkan dlm peti ais utk elakkan basi...hmmm...tak sempat masuk peti ais pun...boss besar dok meratah je kerabu ni...

Okaylah...apa lagi...selamat mencuba resepi kerabu ni...

Babai