Monday, 16 February 2015

Nasi Ayam Sempoi

Salam...

Hari ni saya ada misi....kemas umah...ishhh...dah rasa berdebu dan melekit-lekit lantai ni...dulu saya panggil part time maid...RM 80 untuk 2 jam...tapi kalau depa kemas umah saya...mesti lebih daripada dua jam...kena bayar extra lah...pekerja dia indon...bila tanya depa kata depa dibayar ikut jam...RM5 per hour...nampaknya tokey cina tu memang pandai lah...amik untung atas angin je...iyalah...dia upah indon tu ikut jam...sabun dan perkakas tuan rumah yang sediakan...tokey cina tu cuma mai hantar dan amik depa kat umah je...


Kali pertama je bersih betul...lepas tu...biasa-biasa je...la ni bila tak keja...tak kan nak panggil org cuci rumah kot...diri sendiri takdak gaji...ada hati nak amik orang cuci rumah...hahahaha...jadi mak anak lima...sila guna tulang empat kerat anda ya...


Jadi...kena masak yg sempoi je...lepas antar anak sekolah...saya start masak...pukul sepuluh...dah siap...lepas tu pi amik anak kat skolah agama plak...bagi depa makan...sambil-sambil tu saya dah tuang clorox kat bilik air...nanti lepas antar depa sekolah...saya akan menyental jamban...hahahaa


Resepi ni sangat simple...sesuai kalau nak cepat...rasa dia sedap ikut penilaian si nombor satu...hahahaha..dia tolak batu dengan kayu je...resepi ni saya tujukan khas pada remaja-remaja yang baru berjinak-jinak nak masak...kalau tak sedap...jawab saja macam ni ya!



Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong tunjukkan
Saya budak baru belajar
Resepi sedap tolong ajarkan

Apa lagi...jom memasak...

Resepi Nasi Ayam Sempoi


Bahan

Untuk Air Rebusan Ayam
- 1 ekor ayam dipotong kecil, basuh bersih
- 5 cawan air
- 1 inci halia diketuk
- 5 ulas bawang putih diketuk

Cara
  1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk. Rebus hingga mendidih.
  2. Tutup api.
  3. Keluarkan isi ayam- toskan - akan digoreng nanti.
  4. Air rebusan ayam dibahagikan dua...1 bahagian untuk nasi dan 1 bahagian lagi untuk sup.
Untuk Nasi
-  4 cawan beras, basuh bersih dan ditoskan
-  Air rebusan ayam + air  secukupnya
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar marjerin
- 1 sudu besar minyak masak
- 2 helai daun pandan disimpul
-  garam secukup rasa

Cara
  1. Panaskan periuk rice cooker, masukkan marjerin dan minyak.
  2. Tumiskan daun pandan hingga wangi, masukkan pula sos tiram. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan beras yang telah dibasuh bersih.
  4. Goreng sekejap. Tambahkan air  dan air rebusan ayam secukupnya ( bergantung kepada jenis beras, sukatan air macam kita masak nasik biasa)
  5. Tambah garam secukup rasa. 
  6. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa

Untuk sup
- 3 ulas bawang putih*
- 5 ulas bawang merah*
- 1/2 inci halia*
- 1 ketul kiub pati ayam
- sedikit daun bawang,daun sup dan bawang goreng

Cara
  1. Tumbuk bahan bertanda *. 
  2. Masukkan air rebusan ayam ke dalam periuk. Tambahkan bahan tumbuk dan kiub pati ayam. Masak hingga mendidih
  3. Kalau nak kuah banyak,tambahkan lagi air. Perisakan dgn garam jika perlu.
  4. Tutup api. Semasa menghidang taburkan daun bawang,daun sup dan bawang goreng.
Untuk Ayam
- Ayam yang telah direbus tadi
- 3 sudu makan kicap pekat manis
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan madu
- garam secukupnya

Cara

  1. Gaulkan semua bahan.
  2. Perap 15 minit
  3. Goreng sekejap,sekadar untuk garingkan bahagian luar sahaja.
Untuk Sos Kicap
- Ambil baki perapan ayam dan masukkan dua sudu makan minyak panas menggoreng ayam tadi.

Untuk Sos Cili
- 5 biji cili merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 sudu makan cuka
- 2 sudu makan sos cili
- garam dan gula secukupnya

Cara
  1. Kisar cili merah dan bawang putih. Masukkan kedalam periuk.
  2. Tambahkan cuka,sos cili,gula dan garam. Masukkan sedikit air 
  3. Masak hingga mendidih dan cukup rasa masam,manis dan masinnya.
  4. Tutup api.
Hiasan sampingan
Salad,hirisan timun dan tomato

Dah siap...boleh lah dimakan...kalau tengok macam banyak je step nak masak nasi ayam ni...janganlah risau...mudah je sebenarnya...

Adik-adik manis...cubalah resepi ni ya!

Babai



Sunday, 15 February 2015

Jeli Kelapa

Salam...

Panas-panas ni...kalau dapat makan jeli kelapa baru keluar peti ais...bestnya...


Masa pi pasar hari tu...saya beli 4 biji kelapa muda...sebabnya si nombor empat suka minum air nyior muda nih...beli lah kat dia...

Dua biji dah selamat diminum... Hmmm...saya pikir yang lagi dua tu...buat jeli saja...

Meh tengok resepinya...saya guna agar-agar tali balance buat puding jagung hari tu...

Resepi Jeli Kelapa

Bahan
- 1/2 peket agar-agar tali ( cap burung layang-layang)
-500 ml air
- 1000 ml air kelapa (dari dua biji kelapa)- asingkan air dan isinya
- 3/4 cawan gula
- 2 helai daun pandan disimpul

Cara

  1. Rebus agar-agar, daun pandan dengan air sehingga agar-agar larut.
  2. Kemudian tambahkan gula. Kacau dan tunggu hingga gula larut sepenuhnya.
  3. Tapiskan larutan agar-agar dan kemudian dimasukkan semula ke dlm periuk. Ini bertujuan untuk memastikan tiada lagi saki baki agar-agar yg tak larut.
  4. Tambahkan air kelapa. Kacau dan tunggu hingga sekali mendidih. Tutup api.
  5. Tuangkan larutan agar-agar ke dalam bekas yang sesuai. Letakkan isi kelapa yg telah di potong kasar di atasnya.
  6. Sejukkan di dalam peti ais.
  7. Sedia untuk dihidangkan.
Tekstur jeli ni lembut...tak macam agar-agar yg boleh dipotong. Jeli ni kena makan dengan sudu. Kalau suka jeli yg keras...boleh je kurangkan air. Saya letak daun pandan sebab nak dapat aroma pandan tu...macam kita guna kelapa pandan lah kiranya...dan amaun gula tu terpulang lah ya...kalau suka manis...boleh saja tambahkan gula...

Hmmmm...dah panjang lebar ni...selamat mencuba!

Babai