Sunday, 12 July 2015

Kuih Lompang

As salam...

Hari ni...kita masak kuih dulu2 lagi...hmmmm...nak bagi anak2 kenal...asyik dok makan donut je...bila sebut lompang...terlopong mulut tu...

Saya suka lompang gula merah...rasa gula merah tu bagi saya paling best...tambah pulak dipartnerkan dgn kelapa parut...sedap betul...

Okaylah...ini resepinya...
Resepi Kuih Lompang
Bahan
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan gula merah
- 1/4 cawan gula pasir
- 1 cawan air
- 1 sudu besar tepung ubi
- 1 sudu kecil air kapur
- sedikit kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam
- acuan lompang secukupnya

Cara

  1. Satukan air, gula merah dan gula pasir. Masak hingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
  2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung ubi ke dalam larutan air gula tadi. Kacau hingga semua tepung larut. Tambahkan air kapur. Kacau sebati.
  3. Seterusnya, isikan adunan ke dalam acuan lompang. Buat sehingga habis. 
  4. Masukkan acuan ke dalam pengukus yg telah dipanaskan terlebih dahulu. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan kuih lompang sebelum dikeluarkan dari acuan.
  6. Isikan lubang tg terbentuk dengan kelapa parut.
  7. Sedia utk dihidangkan.
Nampaknya kuih lompang ni jadi kesukaan si nombor tiga...dah berketul dia makan...hmmmm...berbaloi rasa bila kita masak...anak2 suka makan kan...

Jadi apa lagi...jom memasak!

No comments:

Post a Comment