Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Monday, 11 April 2016

Daging Goreng Berempah

As salam...

Kebelakangan ni saya agak busy dgn beban kerja yg banyak...rasa mcm dah tak dan nak kejar...siap satu kerja...ada banyak lagi yg dok tunggu..

Salah satu terapi yg bagi saya hepi....masak...jadi hari ni...saya mengabdikan diri kat dapur dan masak...

Daging goreng ni feveret si nombor satu...kali ni buat lain sikit, saya tambah rempah kurma...dan hasilnya...wallllllaaaaa...sedap bak kata si nombor satu...


Ini resepinya...
Resepi Daging Goreng Berempah
Bahan
- 300g daging hiris nipis digaul dgn sedikit serbuk kunyit
- 1 hiris halia
- 1 labu bawang besar di hiris
- 2 biji cili merah dan hijau dipotong kasar
- 1 sudu makan rempah kurma Faiza
- 1 sudu makan kicap manis Enaq
- 1 cawan air
- 3 sudu makan minyak masak
- secubit gula
- garam secukup rasa

Cara
  1. Masukkan daging dan halia ke dalam kuali. Masak dengan api perlahan hingga air daging kering. Jika daging belum empuk, masukkan air dan rebus lagi sampai daging lembut.
  2. Apabila daging sudah lembut, masukkan minyak dan rempah kurma. Goreng hingga daging garing dan terbit bau rempah. tambahkan kicap, bawang besar, cili hijau dan merah dan secubit gula. Gaul sebati. Perisakan dengan garam secukup rasa.
  3. Tutup api apabila bawang goreng mula layu.
  4. Sedia untuk dihidangkan
Senangkan? Kalau guna daging batang pinang, tak perlu lah tunggu lama sangat utk daging tu empuk. Tapi kali ni daging yang saya guna agak liat, jadi saya kena rebus laaaaaamaaaaa,hmmmm.... nampaknya saya tertipu dengan si pejual daging tu, dia kata daging tu daging lembut...masalah betul bila jadi orang yang taktau nak kenal jenis bahagian daging ni, selalu silap beli walhal sekilo agak mahal jugak, rm 38.

Saya letak kicap utk dapatkan kaler yg cantik dan secubit gula utk bagi berkilat...hmmmm...nampaknya anak-anak dan Boss Besar suka daging rempah ni...saya pikir nak simpan sikit utk esok, tapi abis jugak diratah macam tu je dgn rakyat jelata...

Apapun, resepi ni simple dan sedap...selamat mencuba!

Babai

Wednesday, 18 November 2015

Shahshouka

As salam...

Okay...dah tau nak masak apa utk dicicah dgn sandwich loaf tu...

Saya nak cuba buat shakshouka ni lah sbb bahannya ringkas je...dan sesuai dimakan dgn sandwich loaf tu...


Okay..ini resepinya..
Resepi Shakshouka
Bahan
- 200g daging cincang
- 5 ulas bawang putih dicincang
- 1 tin kecil sos pasta adabi
- 1 sudu besar sos cili
- 1 biji tomato didadu
- 1 biji bawang besar didadu
- 1/2 biji capsicum merah didadu
- 1/2 biji capsicum hijau didadu
- 3 biji telur
- 1 sudu teh biji lada hitam ditumbuk
- sedikit oregano dan rosemary
- garam dan gula secukup rasa
- minyak utk menumis

Cara

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga garing. 
  2. Masukkan daging. Goreng hingga daging kecut.
  3. Masukkan sos pasta dan sos cili. Gaul sebati.
  4. Kemudian, tambahkan bawang besar, capsicum,tomato dan lada hitam. Masak hingga semuanya mesra.
  5. Taburkan oregano dan rosemary.
  6. Perisakan dgn garam dan gula ikut citarasa.
  7. Masak sehingga daging empuk. Pecahkan telur dan biarkan telur sehingga 3/4 masak.
  8. Tutup api. Sedia utk dinikmati.
Sedap shakshouka ni...Boss Besar suka cuma saya masak termasin sikit...haishhh...masa dok merasa tu rasa mcm dah okay..rupanya terlajak garam lah tapi alhamdulillah abis jugak...

Sbb saya takdak kuali yg menawan, saya pindahkan shakshouka tanpa telur ni dlm mangkuk pyrex dan baru saya pecahkan telur...lepas tu saya masukkan dlm oven dan bakar sampai telur tu 3/4 masak...cuma saya tak ingat berapa lama saya bakar sbb asyik dok adjust temperature dan dok tambah masa bila tengok telur tu tak masak lagi...

Hmmm..apa pun tak rugi utk cuba resepi terutamanya pencinta daging...

Babai

Sunday, 25 October 2015

Daging Dendeng

As salam...

Hari ni masak daging...masa pi rumah kakak saya hari tu, dia bagi daging korban...sbb daging tu dok beku dalam freezer, kakak saya bagi semua...balik rumah bila dah buang lemak dan urat...dapat dalam dua kilo...

1/2 kilo saya masak singgang, 1/2 kilo lagi saya simpan dan yg baki satu kilo tu saya masak daging dendeng...petang nanti saya nak pi hantar lauk ni ke rumah abg sulung saya...banyak kan...mana abih kalau kami sefamili je yg makan...

First time makan daging dendeng ni , member saya masak...wahhhh sedap jugak...jadi hari ni jom cuba masak daging dendeng ni...sebab gulai,rendang, masak kicap dah selalu sangat masak...

Saya cari resepi yg guna bahan paling sikit...haishhhh...malas kan tapi renyah jugak nak buat daging dendeng ni walaupun bahannya tak banyak...sbb nak kena rebus,hiris,ketuk dan goreng daging tu...


Okay...jom tengok resepinya
Resepi Daging Dendeng
Bahan
- 1 kilo daging dipotong kiub besar
- 5 biji bawang besar dihiris
- 20 biji cili kering ; rebus dan ditoskan
- 2 sudu kicap pekat
- 3 sudu kicap manis
- 1 inci halia
- 5 ulas bawang putih
- garam dan gula secukup rasa
- minyak secukupnya

Cara
  1. Goreng halia dan bawang putih hingga wangi. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Ketepikan.
  2. Rebus daging hingga empuk. Toskan. Air rebusan disimpan. Hiris nipis daging. Ketuk dengan lesung batu hingga leper. Buat sehingga habis.
  3. Satukan daging, satu sudu makan kicap pekat dan bahan tumbuk. Gaul sebati. Perap 1 jam.

  4. Goreng bawang besar hingga layu dan sedikit garing. Angkat dan toskan.
  5. Kisar bawang besar goreng dgn cili kering hingga hancur.
  6. Panaskan sedikit minyak(guna minyak goreng bawang), goreng daging yg diperap hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  7. Dengan menggunakan minyak yg sama. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  8. Masukkan daging dan kicap. Gaul rata.
  9. Perisakan dgn garam dan gula.
  10. Masak hingga kering.(saya buat sedikit berkuah).
  11. Tutup api. Sedia utk dihidangkan.

Dah siap daging dendeng ni....nampaknya anak2 saya suka dgn menu ni...paling tak disangka si nombor tiga pun boleh makan daging...kalau diikutkan dia memilih sikit bab makan ni...si nombor tiga suruh saya masak daging dendeng ni esok...nak bawak bekal pi sekolah...tak berenti mulut dia cakap sedap...berbunga2 hati saya...lalala

Daging dendeng ni sedap sbb guna bawang yg banyak...rasa manis dan wangi bawang tu yg membangkitkan selera...lagipun sbb tak pedas jadi anak2 boleh makan...nak makan dengan roti pun buleh...

Cuba tengok banyakkan bawang yg di guna...menangis2 saya masa hiris bawang...hiksssss...

 bawang!
Owhhh banyak pulak ceritanya...jadi apa yg ditunggu lagi...cubalah!

Babai

Thursday, 10 September 2015

Homemade Beef Patty

As salam...

Hari ni kanak-kanak riang cuti lagi...termasuk lah si nombor empat...dia pun takmau pi tadika...dia kata dia pun cuti jugak...selalunya dia yg paling excited nak pi tadika...tapi hari ni mcm lemau sikit...mungkin sbb abang kakak ada kat rumah lah tu...

Jadi...utk makan petang nanti..saya nak buat burger utk depa...beef patty ni saya buat lepas boss besar pi keja...awal pagi dah keletang keletung kat dapur...utk roti burgernya...saya plan nak buat lps hantar si nombor satu pi sekolah agama...wahhhh...besarnya cita2 tu kan...


Okaylah...ini resepi beef patty versi mak anak lima...saya guna bahan apa yg ada je....
Resepi Homemade Beef Patty
Bahan
- 400g daging kisar Ramly
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan bread crumbs
- 1 biji telur
- 1 kiub pati ayam
- 1 sudu teh garam
- 1/2 cawan sos pasta
- 2 sudu makan jus lemon
- 1 sudu makan kicap manis
- 2 sudu makan minyak jagung
- 1 sudu makan oregano

Cara

  1. Gaulkan semua bahan hingga sebati.
  2. Rehatkan 30 minit.
  3. Kemudian, kepalkan kepada 10 bahagian.
  4. Panaskan non-stick pan (saya guna pemanggang ajaib). 
  5. Letakkan patty, leperkan sedikit. Bakar hingga masak. (Patty ni agak lembut dan mudah hancur, jadi kena berhati- hati semasa terbalikkannya. Kalau guna pemanggang ajaib lebih senang, kita terbalikkan pemanggang tu saja)
  6. Siap. Sedia utk digunakan dgn homemade burger bun nanti.

Lepas gaul, rehatkan 30 minit

Bakar dgn pemanggang ajaib!

Masa saya gaulkan adunan, kalernya kuning sbb bread crumbs yg saya guna tu kaler oren, pasal tu saya letak sikit kicap...dgn harapan kaler jadi lebih gelap...hikssss...
Bread crumbs kaler oren you!
Adunan saya agak lembik...rasanya sbb bila saya basuh daging kisar tu...saya toskan sekejap je...sepatutnya saya tunggu sampai daging kering... biasalah..kejar masa kan sbb takut si nombor lima bangun tido...kalau dia bangun...semuanya akan tinggal cita2 je...hahahaha...jadi next time...dah tahulah...toskan daging kisar hingga kering...

Apa rasa beef patty ni?...si nombor satu cakap sedap...dia dah tapau dua keping bawak pi sekolah agama...tak sabar nak makan katanya bila saya bagitau roti burger tak siap lagi...dan beef patty ni kurang minyak berbanding dgn daging burger yg biasa kita beli tu...baguih utk kesihatan kan!

Okaylah...nak pi sidai kain pulak nih...

Babai

Friday, 28 August 2015

Daging Kicap Ala Mamak

As salam...
Resepi ni dah lama...saya dapat dari mamak nasi kandar kat kampung saya...

Rasa daging ni macam daging kicap yg kita beli kat kedai mamak...hahaha...itu lah yg saya rasa...

Kalau nak pedas...kita cuma tambah amaun cili kisarnya...saya buat tak pedas sangat...sesuai utk anak2 saya makan...

Bahan pun tak banyak...paling utama...mestilah kicap manis dan rempah empat sekawan tu...


Okaylah...jom tengok resepinya...
Resepi Daging Kicap Ala Mamak
Bahan
- 1 kilo daging batang pinang dihiris
- 3 sudu makan gula pasir
- 2 sudu makan gula merah
- 4 sudu makan cili kisar
- 1/2 cawan kicap manis
- 1/2 sudu teh cuka
- 5 ulas bawang merah dihiris
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 1 hiris halia
- rempah empat sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)
- garam secukup rasa
- minyak utk menumis

Cara


  1. Basuh bersih daging dan ditoskan.
  2. Gaulkan daging dgn gula merah,gula pasir dan kicap manis. Perap 30 minit.
  3. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang merah, bawang putih,halia dan rempah empat sekawan hingga wangi. Tambahkan cili kisar dan cuka. Goreng hingga cili garing.
  4. Kemudian, masukkan daging bersama bahan perapan ke dalam kuali.
  5. Masak sehingga daging kecut. Jika inginkan lauk yg berkuah, tambahkan sedikit air. Perisakan dgn garam.
  6. Tutup api apabila daging empuk dan cukup rasa semuanya.
  7. Sedia utk dihidangkan.
Resepi ni senang je...aroma kulit kayu manis tu yg membangkitkan rasa masakan ni...jgn terkejut bila tgk kuantiti gula tu...sebab masakan ni mmg ada rasa manis, pedas dan kat hujung2 rasa tu ada sikit rasa masam...

Si nombor dua bertambah2 nasiknya...adoiiii...bila la si nombor dua ni nak diet...perut dia boroi macam pompuan mengandung 7 bulan... aishhh...salah mak yg memasak kah?

Apa pun...selamat mencuba resepi ringkas yg umphhhhh ni...

Babai


Thursday, 6 August 2015

Kari Daging dgn Kentang

As salam...

Saya ni bukan penggemar daging...sejak kawin barulah saya berkenalan dgn daging ni...ntah sebab apa saya tak berapa lalu nak makan daging nih...seingat saya...masa kecik...saya pernah tgk orang sembelih lembu utk korban...start dari situ saya stop makan daging...

Dulu kalau mak saya masak nasik daging...saya rela makan roti je...tapi itu kisah dolu2 saya...bila masuk dlm famili in laws saya...depa mmg penggemar daging tahap extreme...semua bahagian yg buleh makan depa makan...hmmmm...start pada tu jugaklah mula belajaq masak dan makan daging...itu pun lepas tiga tahun kawin...sekarang...dah buleh masak daging...tapi kalau makan tu sekadar merasa aje...tak sampai tahap meratah lagi.. hahaha...

Okaylah...sebab boss besar dgn si nombor satu ni suka makan daging...hari ni saya masak kari daging...


Inilah resepinya...
Resepi Kari Daging dgn Kentang
Bahan
- 1/2 kilo daging
- 3 sudu makan serbuk kari daging
- 5 biji bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia*
- 2 cawan santan pekat
- 3 cawan air
- 3 biji kentang belah empat
- 1 sudu teh gula nise
- garam secukup rasa

Untuk tumisan
- 5 pelepah daun kari
- 5 ulas bawang merah dihiris
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 1/2 inci halia dihiris
- kulit kayu manis, bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga
- sedikit minyak utk menumis

Cara
  1. Kisar semua bahan* hingga halus. Ketepikan.
  2. Basuh bersih daging dan dihiris. Toskan.
  3. Satukan bahan kisar dan serbuk kari. Kacau rata kemudian gaulkan pada daging. Perap sekejap. (10 mins)
  4. Panaskan minyak. Tumis bahan tumisan hingga garing.
  5. Kemudian, perlahankan api dan masukkan daging yg telah diperap tadi.
  6. Biarkan sehingga daging empuk dan rempah pecah minyak. Kacau sekali sekala utk elakkan hangit. Tambah sedikit air jika perlu.
  7. Seterusnya masukkan santan dan air. Kacau rata. Tambahkan kentang.
  8. Perisakan dgn garam dan gula nise.
  9. Masak sehingga mendidih dan ubi kentang empuk lembut.
  10. Tutup api.
  11. Sedia utk dihidangkan.
Famili saya suka kuah yg pekat, jadi saya akan masak kuah tu agak lama sampai kuah pekat. Kalau mak saya...dia letak kerisik...tapi saya malas daaaa nak buat kerisik ni...

Setengah kilo daging ni cukup utk sekali makan je...utk famili besar saya ni lah...tambah lagi si nombor satu...berulangkali makan nasik...

Okaylah...selamat mencuba ya!

Babai

Monday, 6 July 2015

Daging Goreng

As salam...

Hmmmm...sekejap je dah nak sampai ke penghujung ramadhan...punyalah cepat masa berlalu...

Setakat ni...saya cuma berterawih kat rumah...iyalah...anak kecik kan...payah nak dibawak ke surau...yg pi surau...boss besar dgn si nombor satu...

Hari ni...repair wiring kat rumah...ada tiga suis...bila nak on..abis power trip satu rumah...jadi boss besar panggil wireman lah utk repair...abis berdebu rumah...jadi...saya masak yg sempoi-sempoi je...lagipun boss besar berbuka kat opis...

Meh tengok resepi daging goreng ni...
Resepi Daging Goreng
Bahan
- 1/2 kilo daging batang pinang dihiris
- 1 labu bawang besar dihiris
- 3 ulas bawang putih diketuk
- 1 hiris halia
- 1 biji cili merah potong kasar
- 5 biji cili padi
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh sos tiram
- sedikit serbuk kunyit
- garam secukup rasa
- minyak utk menggoreng

Cara

  1. Daging dicuci bersih dan digaul dgn serbuk kunyit.
  2. Masukkan daging, bawang putih dan halia ke dalam kuali. Buka api. Masak hingga air daging keluar dan hampir kering. Kalau daging masih liat, tambahkan lagi sedikit air.
  3. Apabila air daging hampir kering,masukkan minyak. Kacau rata.
  4. Tambahkan sos tiram, lada hitam dan perisakan dgn garam.
  5. Kemudian, masukkan bawang besar, cili merah dan cili padi. Goreng hingga bawang besar layu.
  6. Tutup api. Sedia utk dimakan.

Senangkan?...sebab saya guna daging batang pinang, tak payah nak masak lama...sekejap je daging dah lembut...masa hiris daging tu, petuanya kena melawan urat supaya daging tak liat...tapi saya hiris ikut suka je...hahaha...nasib daging tak liat...

Sekarang ni...semua benda mahal...beli 1/2 kilo daging pun...dah rm20...adoiii...tepuk dahi bila pikir...patutlah org meniaga pun jual mahal...sbb kos bhn mentah pun tinggi...

Okaylah...mata dah ngantuk nih...selamat beramal!

Babai

Sunday, 17 May 2015

Daging Merah

As salam...

Apa cerita misi mencari tv cabinet...hahaha...belum jumpak lagi...tapi kami laki bini dah terbeli benda lain...masa kat kedai...rasa mcm okay...tapi bila sampai kat umah... adoiiii...besaq pulak...hmmmm...kat mana nak letak ni...

Kebetulan, boss besar keluar jumpak kawan..jadinya saya yg dok susun balik kerusi meja kat living hall ni...ada dekat 10 kali saya dok ubah...patah pinggang weiiii...bila boss besar balik....owhhhh...reject...susun balik...dan dptlah susunan yg okay...cuma nampak sempit sikit...nak menyesal pun tak buleh...terbeli kannnn...

Dinner...saya masak satu lauk je...berkerut muka batalion askar bila tgk lauk sejenis je atas meja...anak-anak...bersyukur lah dgn rezeki yg Allah bagi...



Inilah resepinya
Resepi Daging Merah

Bahan
- 1/2 kilo daging
- 10 biji cili kering direbus*
- 1/2 labu bawang besar*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 hiris halia*
- 1/2 kiub pati ayam
- 2 sudu makan sos cili thai
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan sos tomato
- 1/2 labu bawang besar dihiris
- 2 helai daun limau purut
- 1 batang serai diketuk
- sedikit pewarna merah
- garam dan gula secukupnya
- sedikit minyak utk menumis

Cara
  1. Rebus daging dgn sedikit pewarna merah hingga empuk. Hiris nipis. Simpan air rebusan.
  2. Kisar semua bahan bertanda*. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak, masukkan hirisan daging. Goreng sekejap. Angkat.
  4. Dalam kuali yg sama, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan serai dan air rebusan daging. Kacau rata.
  5. Kemudian, masukkan daging, kiub pati ayam, sos cili thai, sos tomato, sos ikan dan sos tiram. Kacau sebati.
  6. Apabila mula mendidih, perisakan dgn garam dan gula.
  7. Tambahkan bawang besar yg telah dihiris dan juga daun limau purut. Kacau sehingga semuanya bergaul rata.
  8. Tutup api. Sedia utk dihidangkan.
Hmmm...senangkan..rasa mcm masak paprik jugak...cuma ini kaler merah... muahahaha...

Kalau nak cepat...atau malas masak ... ini resepi yg patut dicuba...ringkas dan sedap...

Okaylah...selamat memasak!

Babai


Friday, 10 April 2015

Daging Kicap Lada Hitam

As salam...

Haishhhh...kicap lagi...boleh jadi duta kicap ni...pegang botol kicap...posing bawah pokok...hmmm

Nak buat macam mana ya....anak-anak...depa tak makan pedas...lepas tu suka makan kicap...apa lagi...lauk ni lah dok terbayang kat kepala...(sebenarnya...nak masak cepat je)

Resepi ni lebih kurang macam daging goreng halia...cuma saya lebihkan kicap dan serbuk lada hitam je...tapi serbuk lada hitam tu tak boleh terlebih pulak...tak pasal2...panas bontot nanti...

Daging pulak...saya memang guna batang pinang...sebab lembut kan...

Meh tengok resepinya...




Resepi Daging Kicap Lada Hitam

Bahan
- 300g daging batang pinang dihiris
- 3 ulas bawang putih diketuk
- 1 hiris halia
- 1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
- 4 sudu makan kicap
- 1/2 labu bawang besar dihiris
- sedikit capsicum merah dan hijau dihiris
- sedikit air asam jawa (saiz 1/2 ibu jari bancuh dgn air)
- garam secukupnya
- sedikit bancuhan tepung jagung
- minyak untuk menumis (2 sudu makan)

Cara
  1. Basuh bersih daging dan ditoskan.
  2. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang putih hingga naik bau. Kecilkan api, masukkan daging. Kacau.
  3. Apabila daging mula kecut dan lembut, masukkan air asam jawa, kicap dan lada hitam. Kacau sebati.
  4. Perisakan dengan garam. Kalau agak kering, tambahkan sedikit air. 
  5. Setelah daging empuk, masukkan bawang besar dan capsicum. Kacau sebentar sebelum dimasukkan bancuhan tepung jagung.
  6. Kacau sebati dan tutup api apabila lauk nampak likat dan berkilat.
  7. Sedia untuk dinikmati.
Dah siap...ada petua yg mak saya bagi...dia kata...bila nak goreng daging...api kena kecik...sebab takut daging terkejut dan liat...hihihi...saya ikut cakap mak...tapi kadang-kadang liat jugak...

Okaylah...saya nak pi sidai kain pulak..

Babai


Monday, 30 March 2015

Gulai Darat Daging

As salam...

Sejak pagi...saya plan nak masak udang...terasa macam nak buat sayur lemak buncis dgn udang...tapi teringat yg si nombor dua tak blh makan udang...tangan dia naik gatal2..
haishhhh...terlupa pulak mak dia...anak kena pantang daaaa...

Abis tu...nak masak apa ya?...daging ada...buat gulai darat je...bubuh kentang...si nombor lima pun boleh makan jugak nanti...sekarang bila masak...kena dua dalam satu...sbb si nombor lima dah tak mau makan bubur nasik...dia nak makan mcm kita jugak...selera org tua si budak kecik ni!

Okaylah...ini resepinya
Resepi Gulai Darat Daging

Bahan
- 1/2 kilo daging dihiris- basuh bersih
- 3 sudu makan rempah gulai darat
- 1 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan kerisik
- 3 biji kentang belah empat
- 5 cawan santan dari 1 biji kelapa
- 1 keping asam keping
- 1/4 keping gula nise
- 10 ulas bawang merah*
- 5 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 1/2 inci lengkuas*
- 2 sudu besar rempah biji ketumbar*
- sedikit kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga
- garam secukup rasa
- minyak utk menumis

Cara

  1. Tumbuk/kisar halus semua bahan bertanda *.
  2. Campurkan bahan tumbuk,rempah gulai darat,cili kisar dan sedikit air.Gaul sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga,bunga cengkih dan bunga lawang hingga wangi.
  4. Masukkan pes rempah(step#2)dan biar sehingga garing dan pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan daging. Gaul sebati dan masak hingga daging kecut.
  6. Tambahkan santan,asam keping,gula nise dan kerisik. Masak hingga mendidih.
  7. Masukkan kentang dan perisakan dgn garam. 
  8. Tutup api apabila kentang empuk dan daging masak sempurna.
  9. Sedia untuk dihidangkan.
Hmmm...dah siap...si nombor satu bawak bekal lauk ni pi sekolah agama...

Apa pun...selamat mencuba!

Babai

Thursday, 12 March 2015

Rendang Daging

Salam...

Ini menu semalam...stok daging ada lagi...buat rendang aje lah...saya memang suka rendang ni...walaupun saya kureng sikit mkn daging...tapi rendang daging saya suka...makan kuah je...hahaha...



Resepi ni mak saya yg bagi...mestilah sedap kan...resepi mak...sapa boleh challenge....tapi mak saya...dia tak tumis...semua masuk dlm kuali dan masak sampai pecah minyak...saya derhaka sikit...saya tumis dulu...

Piawai pedas tu terpulang lah...sebab ahli rumah ni tak makan pedas...jadi kalau nak pedas tu...tambah lagi amaun cili kisar tu dan sebab saya ni memang spesies pemalas...saya beli cili kisar readymade...hahaha

Kerisik...saya buat sendiri...sbb dlm freezer mmg ada stok kelapa parut...selalunya kalau beli kerisik readymade...tak sedap...ampunnnn tokey kerisik...saya bercakap atas pengalaman sendiri ni...

Okaylah...citer panjang pun tak guna...jom masak rendang!

Resepi Rendang Daging

Bahan
- 1/2 kilo daging lembut dihiris
- 15 biji bawang merah*
- 5 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 1 inci lengkuas*
- 1 inci kunyit hidup*
- 6 batang serai*( 3 kisar/3 ketuk)
- 1 cawan kerisik buat sendiri yo!
- 1/2 kilo santan pekat
- 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
- 1/2 sudu makan serbuk jintan manis
- 1/2 sudu makan serbuk jintan putih
- 1/2 cawan cili kisar
- 1 keping asam keping
- 1/2 keping gula nise
- 3 helai daun kunyit dihiris halis
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis

Cara
  1. Kisar semua bahan bertanda *. Ketepikan.
  2. Panaskan satu senduk kecil minyak. Tumis bahan kisar dan serai hingga wangi.
  3. Kemudian,tambahkan cili kisar,serbuk ketumbar,serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih. Masak hingga pecah minyak.
  4. Perlahankan api,masukkan daging. Gaul sebati.
  5. Apabila daging mula kecut, masukkan asam keping,santan dan kerisik.
  6. Perisakan dengan gula nise dan garam.
  7. Masak hingga terbit minyak dan daging empuk. Jika suka...boleh masak hingga kering.
  8. Sebelum tutup api,masukkan pula daun kunyit. Gaul sebati.
  9. Sedia untuk dihidangkan.
Rendang ni memang berminyak...dari minyak tumisan dan jugak dari santan. Jadi untuk kurangkan minyak tu, saya akan tarik rendang daging ke pinggir kuali...dan biarkan minyak bertakung kat tengah kuali...masa nak hidang tu...kita ambil daging di pinggir kuali lah ye...jangan pulak di senduknya minyak pulak...


Boss besar kata sedap...tapi dia komplen berminyak lah...saya jawab...minyak banyak ni lah yg buat rendang boleh simpan lama...u jgn makan minyak ye bang...makan daging sudahlah....

Citer pasal minyak ni...walaupun harga minyak dunia rendah ...tapi ada gak yang garu kepala...hmmmm...apapun...
bertabahlah bang!...lalala

Babai

Monday, 9 March 2015

Daging Goreng Halia

Salam...

Lunch hari ni...saya masak daging...si nombor satu memang suka makan daging ni...

Selalunya...saya goreng kunyit je...tapi hari ni...goreng dgn halia pulak lah...saya letak kicap jugak bagi kaler sikit kat lauk saya ni...untuk daging...saya beli daging yg lembut...saya tak pandai sangat pasal daging ni..bila pi beli...saya cuma mintak daging lembut je...kalau peniaga tu nak tipu...memang akan kena tipu hidup2 lah...tapi Alhamdulillah...setakat ni tak kena tipu lagi...hahaha

Apa lagi...inilah resepinya

Resepi Daging Goreng Halia

Bahan
- 300g daging lembut dihiris nipis
- 5 ulas bawang putih dihiris
- 2 inci halia dihiris memanjang
- 2 labu bawang besar dihiris
- 2 biji cili merah dipotong kasar
- 1 sudu teh lada hitam ditumbuk
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan kicap masin
- 1 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
- gula dan garam secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
- air jika perlu

Cara


  1. Panaskan minyak,tumis bawang putih,halia,cili merah dan bawang besar hingga wangi.
  2. Masukkan pula daging. Gaul rata. Guna api sederhana.
  3. Apabila daging mulai kecut dan berubah warna, tambahkan kicap manis,kicap masin dan sos tiram. Kacau hingga sebati.
  4. Kemudian,masukkan lada hitam, gula dan garam secukup rasa. Tambahkan sedikit air jika nampak terlalu kering.
  5. Kacau lagi,apabila daging sudah empuk,barulah ditambahkan tepung jagung yg sudah dibancuh dengan air. Kacau rata.
  6. Tutup api apabila kuah menjadi likat dan berkilat.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Hmmm...sebab nak bagi lauk daging ni nampak menggoda...masa nak tutup api tu,saya tambah lagi cili merah dan bawang besar yg dihiris. Selain tu...saya campak jugak dua tiga helai daun selasih...hmmmm..petik kat laman sekangkang kera saya...hahaha...
Pokok selasih ni sepasu dgn pudina
Haaaa...si nombor satu cakap sedap...dia nak bawak bekal pi sekolah agama...baiklah nak...mak akan tapau untuk kamu!

Babai

Saturday, 24 January 2015

Daging Hitam Manis

Salam...





Masak daging lagi ka? Iya lah...nak perabih stok bahan mentah ni...esok nak pi pasar...nak beli stok minggu depan pulak...

Hmmmm...sup dah buat...hari tu dah goreng daging...nak masak apa pulak hari ni...

Kerisik yang buat hari tu ada lagi...kita masak daging hitam manis lah...resepi ni ringkas je...tak guna santan..bahan utamanya kerisik dgn kicap manis...dan tak guna bawang pun...boleh buat berkuah ataupun masak hingga kering...sesuai dimakan dgn nasi, pulut kuning (resepi pulut kuning DI SINI) ataupun cicah roti...




Ini resepinya

Resepi Daging Hitam Manis

Bahan

- 500 g daging dihiris
- 10 tangkai cili kering
- 1 sudu teh ketumbar*
- 1 sudu teh jintan manis*
- 1 sudu teh jintan putih*
- 1 sudu besar gula merah
- 3 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar air asam jawa
- 3 sudu besar kerisik
- sedikit minyak untuk menumis
- rempah empat sekawan (kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga)

Cara
  1. Rebus daging hingga empuk. Ketepikan.
  2. Goreng cili kering hingga wangi. Toskan dan ditumbuk lumat. Ketepikan
  3. Sangai semua bahan bertanda *. Kemudian kisar halus. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak, tumis rempah empat sekawan hingga naik bau.
  5. Masukkan bahan kisar dan cili kering. Tambahkan air rebusan daging. Kacau sebentar.
  6. Tambahkan kerisik,kicap manis,air asam jawa dan gula merah. Gaul sebati.
  7. Masukkan pula daging. Kacau rata
  8. Perisakan dgn garam jika perlu.
  9. Masak sehinggga daging empuk sepenuhnya.
  10. Tutup api.
  11. Sedia untuk dihidangkan.

Jemput makan.

Babai

Wednesday, 21 January 2015

Sup Daging Style Mak Anak Lima

Salam...

Hari ni...si nombor empat dengan si nombor lima tak buat perangai...tenang rasanya...hahaha...

Tapi mak depa pulak rasa malas nak masak...jadinya..buat sup daging ajelah...bila check dapur pulak...rempah sup takdak..la nak buat macam mana pulak ni...

Ok..ok..kita call mak kat kampung...tanya mak nak buat lagu mana kalau rempah sup takdak..mak saya kata " hang kena tumbuk la rempah ratus tu"...nampaknya saya kena buat dari mula la...hahahaha...mak anak lima baru berangan-angan nak bermalas-malasan..tapi angan-anganku musnah..gara-gara rempah sup takdak...

Apa pun..sup ni sedap..mengikut kata nak-anak saya...depa mana pernah komplen tak sedap..nanti mak depa jadi tarzan pulak...





Ini resepinya...sediakan otot tangan masing-masing..sebab kita nak menumbuk rempah ratus ni..

Resepi Sup Daging

Bahan

- 300 g daging dihiris
- 1 sudu teh biji ketumbar*
- 1 sudu teh jintan manis*
- 1 sudu teh jintan putih*
- 1 sudu teh lada hitam*
- 2 biji buah pelaga*
- 2 kuntum bunga lawang*
- 2 kuntum bunga cengkih*
- 2 cm kulit kayu manis*
- 5 ulas bawang merah**
- 3 ulas bawang putih **
- 1 inci halia **
- 2 biji kentang dipotong empat
- 1 batang carrot dipotong ikut suka
- 1 tangkai batang celery dipotong kasar
- Air secukupnya
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis

Bahan tumis

- 3 ulas bawang merah dihiris
- 2 ulas bawang putih dihiris
-1/2 inci halia dihiris
- sedikit rempah empat sekawan ( kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)

Bahan tabur

- Bawang goreng
- sedikit daun bawang dan daun sup dihiris

Cara.

  1. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat. Ketepikan
  2. Kisar bahan bertanda ** hingga lumat. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga naik bau. Masukkan daging. Masak hingga daging kecut.
  4. Masukkan bahan kisar dan bahan tumbuk. Tambahkan air.
  5. Apabila daging mula empuk, masukkan kentang dan carrot. Perisakan dengan garam. Tambahkan celery.
  6. Tutup api apabila daging dan kentang empuk sepenuhnya. 
  7. Sedia untuk dihidangkan.
  8. Taburkan bawang goreng , daun bawang dan daun sup sebelum menghidang.  
 ***kalau nak pedas, tambahkan 2-3 cili padi yang telah diketuk ke dalam sup



Macam mana? 

Berketul-ketul tak otot tangan tu..maklumlah dok menumbuk rempah nak buat sup...

Nah saya belanja... gambar penolong saya kat dapur...si nombor lima...



Babai