Showing posts with label mangga. Show all posts
Showing posts with label mangga. Show all posts

Monday, 25 April 2016

Masak Lemak Telur dan Mangga Muda

As salam...

Macam biasa dah lama saya tak masak, tapi malam tadi si nombor dua tanya, kenapa mak dah tak masak macam dulu...hmmmm...baiklah nak, mak cuba untuk lebih kerap masak...

Pagi tadi, utk bekal sekolah agama, saya buat nasik goreng...keletang keletung dan saya terlewat keluar dari rumah, sampai kat tempat kerja, lagi dua minit...merah...hahaha...

Untuk dinner, saya nak masak yang simple je, jadi saya masak lemak telur dan nak bagi macam lain sikit, bubuhlah jugak mangga muda dalam kuah tu...ala2 nak ganti asam keping...hikkkssss...



Ini resepinya...
Resepi Masak Lemak Telur Dgn Mangga Muda
Bahan
- 5 biji telur
- 5 biji bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1/2 inci kunyit hidup*
- 1 hiris lengkuas*
- 2 biji cili padi*
- 1 biji cili merah*
- 1 kotak kecil santan ayam brand
- 1 biji mangga muda dihiris
- air secukupnya
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit minyak utk menumis
- hirisan cili hijau sbg hiasan.

Cara

  1. Kisar semua bahan bertanda* hingga halus. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga terbit bau.
  3. Masukkan 1/3 kotak santan dan dua cawan air. Biarkan mendidih.
  4. Perlahankan api, pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk. Jangan kacau. Biarkan telur tu masak dahulu utk elakkan telur hancur.
  5. Apabila telur masak, masukkan baki santan,mangga muda dan hirisan cili hijau. Kacau perlahan. Jika kuah pekat, bolehlah ditambahkan air lagi.
  6. Perisakan dgn garam dan gula secukup rasa. Tutup api apabila kuah mendidih.
  7. Sedia utk dihidangkan.
Macam mana rasanya ya? Sedap...lemak-lemak dan ada rasa masam mangga muda...Boss Besar pun cakap sedap...tapi dia makan sikit je, diet kan...nak bagi lengkap hidangan ni, saya goreng ikan dan tumbuk sambal totok...laju je masing-masing tambah nasik...

Hmmm...apa lagi, kalau ada pokok mangga kat rumah tu, try lah resepi ni!

Babai

Wednesday, 6 April 2016

Chilled Mango Cheesecake

As salam...

Hari ni saya buat ciskek...hmmm...
dok terlioq tengok orang dok pakat buat...

Resepinya mudah je...yg remehnya masa nak susun mangga kat atas tu je...maklumlah nak jugak bentuk bunga tu...




Okaylah...takmau cerita panjang...ini resepinya
Resepi Chilled Mango Cheesecake
Bahan
A
- 150g biskut marie
- 70g butter dicairkan

B
- 250g cream cheese pada suhu bilik
- 250g UHT whipping cream
- 1 1/2 sudu besar gelatin halagel
- 50ml air suam
- 60g gula castor
- 1 biji mangga masak ranum

C
- 2 biji mangga dihiris setebal 2-3 mm
- 1 biji mangga dijadikan puree
- 1 sudu besar gula castor
- 1/2 sudu besar gelatin halagel
- 50ml air suam

Cara

  1. Kisar biskut marie sehingga halus. Satukan biskut dengan butter cair. Gaul sebati.
  2. Padatkan serbuk biskut itu di dalam loyang springfoam 8". Bakar selama 10 minit pada suhu 160C. 
  3. Keluarkan dari oven, sejukkan sekejap sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
  4. Untuk filling, pukul whipping cream hingga gebu, jangan overbeat, nanti berketul-ketul. Ketepikan.
  5. Campurkan gelatin dan air suam. Kacau hingga gelatin larut. Ketepikan.
  6. Ambil isi mangga dan jadikan puree. Ketepikan.
  7. Satukan cream cheese dan gula castor. Pukul hingga cream cheese kembang dan sebati.
  8. Setelah cream cheese kembang, masukkan gelatin dan puree mangga. Pukul dengan kelajuan sederhana.
  9. Seterusnya, tambahkan whipping cream dan kaup balikkan hingga adunan sebati.
  10. Tuangkan adunan creamcheese ini ke dalam loyang yang telah diisi dengan serbuk biskut.
  11. Masukkan loyang ke dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
  12. Untuk glaze dan hiasan, jadikan puree dari sebiji mangga. Tambahkan gula. Gaul rata. Ketepikan.
  13. Larutkan gelatin dengan air suam. Kacau hingga gelatin larut.
  14. Masukkan gelatin ke dalam puree mangga. Gaul rata.
  15. Curahkan glaze mangga ini ke atas kek dan susun hirisan mangga menjadi kelopak rose.
  16. Simpan cheesecake di dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam.
  17. Sedia utk dinikmati.
Hmmmm...sedapnya...Boss Besar yang bukan penggemar ciskek pun cakap sedap...si nombor tiga makan bertambah...si nombor dua tengok je...dia kan makan nasik...mana nak dilayan ciskek ni...hmmmm

Paling tak tahan bila si nombor tiga tanya kenapa bila birthday mak, kek mak buat sendiri...owhhhh...nak buat lagu mana...takdak sapa yg beli kek kat mak...hmmmm...dah tua rupanya saya...uban pun dah mula cakap hai kat kepala ni...

Apapun...selamat mencuba dan selamat hari tua utk saya!

Babai

Monday, 18 May 2015

Mango Casablanca

As salam...

Pagi ni...pi pasar tani...beli bhn mentah...dan saya beli jugak buah pelam...3 kilo...rm10...pelam siam katanya...

Bila balik rumah...mak aiiiii...banyak pulak pelam ni...hmmmm...nak buat apa ya?

Selongkar peti ais...whipping cream ada sikit lagi...thickened cream pun ada...apa lagi...buat mango casablanca lah...resepi asal saya amik kat SINI...cuma saya tukar nestle cream (takdak stok kat rumah) tu dgn whipping cream+ thickened cream...



Hmmmm...ini resepinya...kalau nak resepi asal...boleh tgk di blog Kak Amie

Resepi Mango Casablanca
Sumber :Kak Amie
Bahan
- 1 kilo mangga dipotong dadu kecil
- 250g cream cheese
- 250ml thickened cream
- 200ml whipping cream
- 1/4 cawan susu pekat 
- biskut cream crackers secukupnya

Cara
  1. Satukan cream cheese, thickened cream, whipped cream dan susu pekat. Pukul hingga kembang dan gebu.
  2. Dalam bekas yang sesuai (paling bagus guna bekas empat segi), ratakan sedikit adunan cream pada dasar bekas.
  3. Kemudian susun kepingan biskut di atasnya. 
  4. Letakkan adunan cream lagi dan diratakan.
  5. Tabur buah mangga yg telah dipotong dadu di serata permukaan cream. Tutup dengan kepingan biskut lagi.
  6. Ulang langkah 4-5. Buat sehingga habis dan diakhiri dgn lapisan cream dan taburan mangga.
  7. Jika ada serbuk biskut, jgn dibuang, taburkan di atas permukaan mango casablanca itu.
  8. Simpan dalam peti sejuk sehingga cream agak keras.
  9. Sedia utk dinikmati.
Wahhhh...sedap betul bila makan sejuk-sejuk....tapi hancur la diet...lemak berkrim kannnn...bila makan tu...tak terasa dah banyak suap masuk ke mulut...boleh abis sebekas nih...jadi sapa nak diet tu...mango casablanca ni adalah mimpi ngeri....hahaha

Sebab dpt banyak dan takut saya makan tak ingat dunia...kita kongsi lah sesama jiran...saya antar sebekas kecil kat jiran ... harapnya...dia pun  sukalah mango casablanca ni...

Apa lagi...kalau ada stok pelam...boleh cuba buat mango casablanca ni...memang sooodapppp...

Babai

Friday, 1 May 2015

Pulut Mangga

As salam...

La ni...musim mempelam harum manis kan...dah lama saya tak makan pelam harum manis ni...hmmm...teringin pulak...tapi rasanya mahal jugak harga utk sekilo pelam ni...tak berbaloi nak beli ni...maklumlah...sekarang ni era jimat cermat kan...

Kebetulan boss kepada boss besar ada bagi pelam...manis betul pelam ni...lupa pulak nak tanya pelam apa...tapi yg pasti...tu bukan pelam harum manis idaman kalbu lah...takpa...janji buah pelam...saya suka je...

Apa lagi...kita buat pulut mangga lah...tapi saya tak buat banyak...cukup utk merasa sorang sikit...makan pulut banyak pun...satgi sakit urat pulak...

Ini resepinya...
Resepi Pulut Mangga

Bahan
- 1 cawan beras pulut (rendam 1 jam)
- 300ml santan
- 2 sudu makan gula
- 1 sudu teh garam (tambah lagi jika perlu)
- 2 sudu makan tepung beras bancuh dgn sedikit air.
- 2 helai daun pandan disimpul
- buah mempelam secukupnya
- sedikit air

Cara
  1. Basuh bersih pulut. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai. 
  2. Tambahkan sedikit air cukup sekadar separas dgn pulut sahaja.
  3. Kukus hingga lembut.
  4. Sementara tunggu pulut masak, campurkan santan, gula dan garam. Kacau sehingga gula larut. Ketepikan.
  5. Apabila pulut masak, keluarkan pulut dari pengukus dan gaul 100ml campuran santan tadi. Masukkan kembali pulut ke dalam pengukus, kukus sekejap (5 minit).
  6. Sekarang kita sediakan sos santan pula.
  7. Campurkan baki santan (200ml) dgn tepung beras dan daun pandan. Masak diatas api sederhana sehingga likat.
  8. Setelah sos santan masak, sejukkan sebelum dituang ke atas pulut dan hirisan mangga.
Cara menghidangnya...senang je...ambil pulut, letak hirisan mangga...tuang sos santan...dah siap...
Masa ni belum tuang santan lagi
Nikmatnya makan pulut mangga...lemak santannya...berlawan pulak dgn manis buah pelam ni...aishhhh...taktau lah nak cakap macam mana...paling best makan sejuk-sejuk...simpan sat dalam peti sejuk...pastu...ngapppp...makan...jangan sakit urat sudahlah...

Okaylah..apa lagi...kalau ada pelam dalam peti sejuk tu...cuba lah buat pulut mangga ni...sedapppp...

Babai