Showing posts with label kerabu. Show all posts
Showing posts with label kerabu. Show all posts

Sunday, 9 July 2017

Miang Kham

Assalam,

Selesai dah makan-makan utk jiran dan jugak geng surau...saya masak nasi kerabu dgn bihun sup utara....Selain tu saya buat Miang Kham jugak...Kebetulan kat tempat kerja saya, ada banyak pokok kaduk yang segar bugar...

Kali pertama saya makan Miang Kham ni, sepuluh tahun lepas..hmmm sedap...tak sangka daun kaduk boleh dimakan mcm sirih...kombinasi pedas,manis,crunchy amat perfect sekali...

Apa lagi, mai kita cuba buat untuk dijamu pada tetamu yg mai..saya google resepi, bahan asasnya sama je...yang berbeza resepi ialah sos/kuahnya...ada banyak version...dan saya adjust sikit resepi tu, kalau org thai tgk resepi ni mesti depa mengamuk kannnn..

Ini resepi miang kham saya, dan tak sangka dapat sambutan masa dihidangkan...Boss Besar pun terkejut, sbb awalnya dia kata mesti tak laku miang kham saya ni...huhuhu...tapi abis licin jugak..



Apa lagi, ini resepinya
Resepi Miang Kham

Bahan Sos
- 2 sudu besar palm sugar ( gula somtam kaler kuning)
- 1/2 keping gula nise
- 1/4 cawan air
- 1/4 cawan udang kering yg telah disangai*
- 1/4 cawan kacang tanah goreng*
-1/4 cawan kelapa parut digoreng*

Cara
  1. Kisar halus semua bahan bertanda *. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan gula nise, palm sugar dan air. Masak sehingga gula larut. Masukkan bahan kisar. Gaul sebati.
  3. Jika kuah terlalu pekat, boleh ditambahkan sedikit lagi air.
  4. Tambahkan sedikit kicap untuk berikan warna gelap pada sos itu. (optional)
  5. masak sehingga mendidih dan sebati. Tutup api.
Bahan inti
- Daun kaduk secukupnya - basuh bersih dan toskan
- limau nipis dipotong kecil dengan kulit
- isi kelapa yang disangai
- udang kering digoreng tanpa minyak
- halia muda dipotong dadu
- bawang besar dipotong dadu
- cili padi dihiris kasar
- kacang tanah goreng

Cara makan...
  1. Ambil sehelai daun kaduk, letakkan semua bahan inti, letakkan sos.
  2. Lipat dan makan. Nyummmm...

Senang kannnn....dan kita boleh siapkan sos miang kham ni awal-awal dan simpan dalam peti ais, bahan inti pun boleh disiapkan awal jugak...kalau ada orang mai umah, petik daun kaduk dan bolehlah dihidangkan miang kham ini...tapi rumah saya belum ada pokok kaduk lagi...nampaknya saya kena ambil keratan batang kaduk di tempat kerja saya dan kena tanam kat rumah jugak...

Dan apa lagi...selamat mencuba!

Babai

Thursday, 2 July 2015

Kerabu Jantung Pisang

As salam...

Mak mertua saya ada kat rumah...dan hari ni mak mertua saya buat kerabu jantung pisang...sebab boss besar nak makan kerabu...

Saya pun suka makan kerabu...tak kisahlah apa versi pun...nak letak isi ikan ka...udang ka...semua saya makan...hmmmm...hari mak mertua saya sampai hari tu...boss besar ada beli kerabu selom...tapi nampaknya kerabu tu tak kena selera mak mertua saya...sebab dia kata takdak isi ikan...saya cakap kat mak mertua...lain negeri...lain caranya...hahaha...

Okaylah...meh tengok resepi mak mertua saya nih...

Resepi Kerabu Jantung Pisang
Bahan
- 1 biji jantung pisang
- 2 ekor ikan selar kuning sederhana besar
- 1 batang serai*
- 5 biji bawang merah*
- 1 ulas bawang putih*
- 1 hiris halia*
- 1 sudu teh biji lada hitam*
- 2 sudu makan kelapa parut*
- 1/2 cawan kelapa goreng*
- 2 sudu makan jus limau nipis
- 1/4 cawan santan
- garam dan gula secukup rasa

Cara

  1. Jantung pisang dibersihkan, buang kelopak luarnya yg keras. Hiris jantung pisang nipis-nipis. Rendam sekejap. Toskan.
  2. Masukkan hirisan jantung pisang ke dalam periuk, tambahkan air dan rebus hingga empuk. Kemudian toskan.
  3. Bersihkan ikan, bakar hingga masak. Ambil isi ikan dan diramas hingga hancur. Ketepikan.
  4. Tumbuk semua bahan yg bertanda* hingga halus. Ketepikan.
  5. Dalam satu mangkuk adunan yg besar, satukan jantung pisang, bahan tumbuk dan isi ikan. Gaul sebati.
  6. Tambahkan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa. Gaul sehingga semuanya mesra.
  7. Akhir sekali, tambahkan santan. Kacau hingga semuanya sebati.
  8. Siap.
Sedap kerabu ni...rasa jantung pisang dgn gabungan isi ikan...dan saya rasa...mesti lagi meletopsss kalau ditambahkan dgn hirisan cili padi dan bawang besar...owhhh...ini resepi mak mertua lah...mana buleh derhaka!

Dan mak mertua saya cakap...kalau tak abis...terus masukkan dlm peti ais utk elakkan basi...hmmm...tak sempat masuk peti ais pun...boss besar dok meratah je kerabu ni...

Okaylah...apa lagi...selamat mencuba resepi kerabu ni...

Babai

Thursday, 18 December 2014

Kerabu Pucuk Paku dgn Isi Ikan

Salam...

Ingat lagi tak...yg saya meroyan di market...bukan setakat siput sedut...saya beli jugak pucuk paku...hmmmmm...nak masak apa yer?

Jadi...hari ni ada sesi menantu hantu bersama MIL memasak di dapur...



"MIL...MIL" saya memanggil mak mertua saya
 (itu bukan panggilan sebenar)


"Kenapa menantu tersayang" balas MIL 
(ohhhh....tolonglah jgn percaya dialog ni)



"Hari ni...kita buat kerabu pucuk paku lah..." saya melontarkan idea..
(ini baru betul dialognya)

dan sila bayangkan dialog dalam loghat kedah dan kelate yang pekat...hahahaha

Maka bermula lah sesi keletang - keletung di dapur...setelah berhempas pulas...kerabu siap untuk dirasa...


Nampak tak isi ikan bersalut mesra dgn pucuk paku...sooorrrgaa

So...apa lagi...jom tgk resepinya...

Resepi Kerabu Pucuk Paku

Bahan

- 1 ikat pucuk paku (kalau dah dicelur,dpt dlm 3 cawan)
- 5 ulas bawang merah*
- 1 ulas bawang putih*
- 1 hiris halia*
- 2 batang serai dihiris*
- 1 sudu besar kelapa parut*
- 1/2 sudu teh lada hitam*
- 4 sudu besar kelapa disangai dan ditumbuk  kasar
- 3 sudu besar santan pekat
- 1 sudu teh perahan limau nipis
- 2 ekor ikan kembung/mabong dibakar...ambil isinya..tumbuk kasar
- garam secukup rasa

Cara


  1. Bersihkan pucuk paku...ambil bahagian yg lembut..dicelur sekejap.
  2. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat
  3. Gaulkan pucuk paku dengan bahan yg ditumbuk tadi.
  4. Campurkan kelapa goreng, isi ikan dan santan.Gaul sebati.
  5. Perasakan dengan garam dan perahan limau nipis...digaul mesra dan sedia untuk dihidangkan.


Kerabu ni tak pedas...anak-anak saya pun boleh makan..cuma ada rasa 'hot' sikit...
penangan lada hitam..kalau sapa nak pedas..tambahkan hirisan cili padi ya...

Selamat mencuba...pasti anda disayangi mak mertua...


Babai

~aimzf~