Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Monday, 8 August 2016

Ikan Gerut Sambal Nenas

As salam...

Alkisahnya, masa pi pasar tani hari tu, saya ada beli ikan gerut...lepas tu beli jugak sebijik nenas hawai...masa test makan, manis nenas tu dan tak gatal lidah...hmmm...saya mmg suka makan nenas, belilah sebijik, RM15...manis punya pasal kan...

Balik rumah, bila dah dipotong, tak semanis yg di makan kat pasar tani tu, lps tu ada jugak sikit2 rasa gatal di lidah...ada lah berbaki 1/4 biji lagi...simpan dlm peti sejuk...

Hari ni, bila nak masa dinner, awalnya nak buat ikan gerut masak taucu, tapi sbb ada nenas tu, kita masak mcm masam manis lah, yg bezanya, nenas tu dikisar halus...dan ini resepinya...


Resepi Ikan Gerut Sambal Nenas
Bahan
- 4 ekor ikan gerut dibersihkan
- 3 ulas bawang putih*
- 5 biji bawang merah*
- 1/2 inci halia*
- 3 biji cili merah*
- 1 cawan nenas *
- 1 sudu makan sos cili thai
- 1 biji cili hijau potong kasar
- 5-6 biji tomato ceri
- sedikit air
- garam dan gula secukup rasa
- minyak masak secukupnya
- sedikit serbuk kunyit

Cara

  1. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit pada ikan. Goreng hingga garing. Ketepikan
  2. Kisar semua bahan bertanda* hingga halus. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga terbit bau dan sedikit garing.
  4. Masukkan sos cili thai, perisakan dgn garam dan gula. Gaul sebati. Tambahkan sedikit air jika perlu.
  5. Kemudian, masukkan tomato ceri dan cili hijau. Kacau rata.
  6. Masukkan ikan. Biar sos bersalut pada ikan.
  7. Tutup api apabila kuah mendidih dan cukup rasa.
  8. Sedia utk dihidangkan.
Simple je kan...rasanya pun sedap...macam sweet sour cuma ada lebih sikit rasa nenas tu...si nombor dua yg cerewet pasal makan pun cakap sedap...iyalah...tak pedas kan..sedap lah dia gaul kuah tu kat nasik...

Selesai masalah hari ni, nak clearkan peti sejuk, nenas dah abih...hmmm...nanti nak clearkan bahan apa pulak ya?

Babai



Saturday, 16 April 2016

Ikan Bakar Air Asam

As salam...

Semalam saya ada urusan kat kl...hmmm...saya takmau drive masuk kl, jadi saya mintak Boss Besar yang tunggu saya kat sana...

Jadi saya park kereta kat station lrt dan naik lrt sampai Dato Keramat...sebelum nak pi settle kerja tu, saya nak pi makan dgn Boss Besar...ala2 lunch date gitu...lepas Boss Besar abih solat jumaat, dia bawak saya pi makan kat gerai ikan bakar kat pasar keramat tu...ramainya orang dan set hidangan kat situ ialah sup kaki ayam, ikan bakar, air asam dan ulam...sambil makan tu saya tengok cara pakcik tu bakar ikan dan hari ni saya bakar ikan style pakcik tu...


Ini resepinya
Resepi Ikan Bakar
Bahan
- 2 ekor ikan kembung yang fresh dibersihkan
- garam dan serbuk kunyit secukup rasa
- 2 sudu besar marjerin
- daun pisang untuk balut ikan

Cara

  1. Lumurkan keseluruhan badan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Balutkan dengan daun pisang.
  3. Bakar dengan api sederhana. 
  4. Sambil membakar, letakkan lah marjerin
  5. Balik-balikkan ikan dan bakar sehingga ikan masak sempurna.
  6. Sedia untuk dinikmati.
Resepi Air Asam
Bahan
- 2 biji cili merah*
-3 biji cili padi*
- belacan sebesar ibu jari*
- 2 biji bawang merah dihiris
- 1/2 biji tomato dihiris
- 2 sudu makan jus limau nipis
- 2 sudu makan air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa

Cara
  1. Tumbuk lumat semua bahan bertanda*.
  2. Masukkan bawang merah dan tomato. Tenyehkan dengan alu lesung. Tambahkan air asam jawa dan jus limau nipis. Perisakan dengan garam dan gula. Gaul sebati.
  3. Sedia utk dimakan dengan ikan bakar.
Hmmmm...tak sabar-sabar nak tengok apa komen Boss Besar...nampaknya menjadi lah ikan bakar ni...dan saya rasa rahsianya ialah penggunaan marjerin tu, aroma marjerin dan daun pisang tu masa bakar memang wangi...owhhhh ya, saya guna pemanggang ajaib tapi saya tak tutupkan tudungnya...jadi daun pisang tu pun jadi ala-ala garing gitu...

Dan mula lah saya dan Boss Besar plan kalau nak buat makan famili, bulehlah buat menu ikan bakaq dgn ayaq asam...hahaha...

Jadi, selamat membakar ikan!

Babai


Wednesday, 16 December 2015

Sambal Siakap Daun Kari

As salam...

Selalunya kalau ikan siakap ni...saya akan masak tiga rasa atau sweet sour je...kekadang terpikir jugak utk buat masak steam tapi rasanya anak2 saya tak gemar versi steam ni...depa suka ikan yg digoreng garing...

Jadi akhirnya saya buat masak sambal je...nak bagi bangkit bau nya...saya bubuh daun kari...



Okaylah...meh la tengok resepinya...
Resepi Sambal Siakap Daun Kari
Bahan
- 1 ekor ikan siakap dibersihkan
- 1 genggam cili kering rebus dan toskan*
- 2 biji bawang besar*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 biji tomato*
- 2 batang serai diketuk
- 4 pelepah daun kari
- 1 sudu makan sos ikan
- 1/2 sudu teh cuka
- gula dan garam secukup rasa
- sedikit serbuk kunyit
- minyak masak secukupnya

Cara
  1. Lumurkan garam dan serbuk kunyit pada seluruh bahagian ikan.
  2. Goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Kisarkan semua bahan bertanda* hingga halus. Ketepikan.
  4. Masukkan satu senduk kecil minyak menggoreng ikan tadi ke dalam kuali.
  5. Tumis serai dan daun kari hingga naik bau.
  6. Masukkan bahan kisar. Goreng hingga pecah minyak.
  7. Tambahkan cuka dan sos ikan. Gaul sekata.
  8. Perisakan dgn garam dan gula.
  9. Masak lagi hingga sambal garing.
  10. Setelah sambal cukup rasa dan telah garing, tuangkan sambal ke atas ikan.
  11. Sedia utk dinikmati. 

Sambal ni memang sedap...mungkin sbb saya mmg suka bau daun kari tu...tambah lagi sambalnya yg garing...cubit sedikit isi ikan...cuitkan pulak sambalnya dan makan dgn nasik...sedapnya...tak payah lauk lain pun takpa...

Anak2 saya pun suka...Alhamdulillah...
si nombor dua pun cakap sambalnya sedap...owhhhh ya...cili kering yg saya guna ni versi tak pedas...jadi kalau nak sambal tu pedas, bulehlah jugak diblend sekali cili padi dlm bahan kisar tu...

Okaylah...itu je lauk yg saya masak hari ni....

Selamat mencuba!

Babai

Saturday, 5 December 2015

Asam Pedas Jenahak dgn Nenas

As salam...

Boss Besar masih lagi outstation... malam ni baru balik...sblm dia outstation, saya dah bagitau dia yg bapak sedara saya masuk wad tapi sbb Boss Besar busy, dia janji utk ziarah pak sedara saya esok bila dia balik dari Jakarta..hmmmm...baiklah...

Bila duduk dgn anak2 je, saya mesti taktau nak masak apa...budak2 ni kalau goreng telur pun dah cukup...hikssss... senang kerja kan...

Pikiaq punya pikiaq...buat asam pedas je...lagipun pokok kesum kat laman sekangkang kera pun dah tinggi...bulehlah guna utk masak asam pedas ni...dan utk bagi lain sikit saya bubuh nenas...kita tengok apa rasanya...



Jom tengok resepinya...
Resepi Asam Pedas Jenahak dgn Nenas
Bahan
- 3 keping isi ikan jenahak dibersihkan
- 3 ulas bawang putih*
- 5 ulas bawang merah*
- 1 hiris halia*
- 1 hiris lengkuas*
- 1/2 inci belacan*
- 1 senduk kecil cili kisar (terpulang nak pedas ke tidak)
- 1 mangkuk air asam jawa (asam jawa sebesar ibu jari dibancuh dgn air)
- 2 batang serai dititik
- sedikit jintan manis dan jintan putih ditumbuk kasar
- 1 mangkuk kecil daun kesum
- 1 batang bunga kantan belah dua
- 1 mangkuk kecil nenas
- 2 biji tomato belah empat
- minyak utk menumis
- air secukupnya
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit serbuk kunyit

Cara
  1. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit pada isi ikan jenahak. Ketepikan.
  2. Kisar semua bahan bertanda* hingga halus. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak, tumis serai, jintan manis dan jintan putih yg telah ditumbuk hingga terbit bau.
  4. Masukkan bahan kisar. Goreng hingga kering airnya.
  5. Tambahkan cili kisar. Masak hingga cili garing dan pecah minyak. Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak hangit.
  6. Kemudian, masukkan air asam jawa, daun kesum dan bunga kantan. Kacau sebati.
  7. Renehkan sebentar dan masukkan ikan, nenas dan tomato. 
  8. Tambah air jika perlu.
  9. Perisakan dgn gula dan garam.
  10. Tutup api apabila kuah mendidih dan ikan masak sepenuhnya.
  11. Sedia utk dinikmati.
Jadi apa hasilnya bila letak nenas dalam kuah asam pedas ni? Sedap sbb ada rasa manis2 nenas dlm kuahnya...dan jugak ada sedikit aroma nenas selain dari aroma daun kesum dan jugak bunga kantan...masa masak tu kena pandai2 adjust rasa masam, masin dan manis kuahnya tu ya...kalau pedas lagi kick cuma versi kali ni pedas2 manja gitu...maklumlah rakyat jelata semuanya masih dibawah umur kan...

Hmmm..jadi apa lagi...kalau nak kan kelainan, bulehlah cuba asam pedas bernenas ni...

Babai

Monday, 26 October 2015

Ikan Bawal Tumis Serai

As salam...

Semalam dah makan daging...jadi hari ni makan ikan pulak...owhhh cerita pasal ikan ni nampaknya mmg harga barang makin naik lah...dulu masa kerja, tak perasan sangat pasal harga barang ni sbb jarang masak tapi sbb sekarang mmg hari2 masak...pagi petang siang malam...jadi mmg buleh rasa harga barang makin mahal...

Lepas amik si nombor empat dari tadika,saya terus pi pasar malam...walaupun tak malam lagi tapi penjual ikan dgn sayur dah ada...bulehlah membeli bahan mentah ni...harga ikan mmg dah tau mahal...yg saya terkejut masa beli sayur...rasa mcm tak padan je harga dgn sayur yg dibeli...aishhhh...pasal tu lah saya dok tanam sayur tapi failed...sebab bila bercambah je...dua tiga hari hilang...rupa2nya ada cik siput dok makan...dua hari lepas saya tgk benih honeydew dah 3cm tinggi...hari ni...gone!

Dok cerita lain pulak...apa menu hari ni...saya masak ikan bawal tumis serai...sedap...rasa masam dgn wangi serai...alaaaaa...macam masak cuka je tapi saya bubuh serai...kehkehkeh...otomatik nama lauk tu pun bertukar....



Wokeyyyy...ini resepinya
Resepi Ikan Bawal Tumis Serai
Bahan
- 2 ekor ikan bawal
- 1/2 labu bawang besar dihiris
- 3 ulas bawang putih dihiris
- sehiris halia
- 2 batang serai dihiris
- 1 biji cili hidup dihiris
- 1 sudu makan sos ikan
- asam jawa sebesar ibu jari dibancuh dgn 2 cawan;tapis ambil airnya shj
- garam dan gula secukup rasa
- garam dan serbuk kunyit
- minyak secukupnya
- air jika perlu

Cara

  1. Basuh bersih ikan. Lumur garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak goreng ikan. Tumis semua bahan hiris hingga wangi.
  3. Tambahkan air asam dan sos ikan. 
  4. Perisakan dgn gula dan garam. Tambah air jika perlu.
  5. Kemudian, masukkan ikan. Gaul rata. Hati-hati supaya ikan tak pecah.
  6. Masak sehinggakuah mendidih dan cukup rasa.
  7. Tutup api. Sedia utk dihidangkan.
Lauk ni kena seimbang rasa masam, manis dan masinnya....sbb tu perlu letak sedikit gula...kalau nak pedas, boleh jugak dimasukkan sedikit lada hitam ataupun cili padi.

Sos ikan tu optional, saya bubuh jugak sbb saya nak perabih stok sos ni...ada banyak dlm peti ais tu...bila bubuh sos ikan, kena jaga kuantiti garam sbb sos dah masin dan ikan pun masa digoreng dah bubuh garam kan...jadi kalau termasin atau termasam, tambahkan air dan adjust balik rasa tu ya!

Lauk ni pun feveret anak2...senang hati mak depa sbb tak payah nak masak yg extravaganza sgt...hoishhhhh...malas betul mak depa ni...kehkehkeh...

Okaylah...selamat memasak!

Babai

Sunday, 18 October 2015

Masak Lemak Kuning Lengkuas Ikan Tenggiri

As salam...

Sepatutnya lunch hari ni nak pi makan kat luar je...gembira betul sbb tak payah masak kan...

Tapi tak jadi keluar sbb si nombor lima dok mintak nasik...walhal dah makan roti canai masa breakfast tadi...tak sampai hati pulak bila dia dok tunjuk rice cooker sambil pegang pinggan biru dia...nak keluar masa tu pulak...tak buleh sbb abg dgn kakak dia tgh baca buku...Boss Besar takmau kacau depa...maklumlah tgh bersemangat nak ulangkaji kan...ntah apa lah yg ayah depa janji kat depa...tiba2 je jadi rajin baca buku...hmmmm...

Jadi...saya masak yg paling senang...dan lauk ni mmg feveret anak2...


Ini resepinya...
Resepi Masak Lemak Kuning Lengkuas
Bahan
- 2 keping isi ikan tenggiri
- 5 biji bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1/2 inci kunyit hidup*
- 1/2 inci lengkuas*
- 1 biji cili merah*
- 1 sudu kecil biji ketumbar ditumbuk halus
- 1 biji timun dipotong serong
- 1 kotak kecil santan
- 1 keping asam keping
- air secukupnya
- garam secukup rasa

Cara

  1. Ikan dibasuh bersih.
  2. Kisar halus semua bahan bertanda *.
  3. Masukkan bahan kisar, ketumbar dan asam keping ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan ikan, timun dan santan. Reneh dgn api perlahan.
  5. Tambahkan air jika kuah pekat. Perisakan dgn garam.
  6. Tutup api apabila kuah mendidih dan ikan masak sempurna.
  7. Sedia utk dihidangkan.
Amacam senangkan...selain lauk masak kuning ni, saya goreng ikan rebus, ada budu dan jugak ulam terung...jadi lah tu...masak ekpress kan...

Lepas masak...terus saya hidang nasik kat si nombor lima...mmg betul dia lapaq...habis nasik dlm pinggan biru dia tu...nampaknya roti canai mmg tak cukup bagi kenyang...mesti makan nasik jugak kan...lepas dia makan...saya minum susu...dan sekarang dia dah tido...

Hmmmm...selamat memasak ya!

Babai



Saturday, 10 October 2015

Kepala Jenahak Masak Tempoyak

As salam...

Hari ni rakyat jelata pi sekolah...ganti sbb jerebu hari tu kan...jadi kami tak ke mana-mana pun...duduk kat rumah aje...

Pagi ni makan nasik lemak...Boss Besar beli lepas dia hantar si nombor satu pi sekolah...

Jadi utk lunch...lambat sikit masuk dapur...apapun kena jugak masuk dapur...hmmmm...Boss Besar taknak belanja saya dgn rakyat jelata makan kat luaq ka....bukannya apa...kadang2 diri sendiri pun jemu makan lauk yg masak sendiri...nak makan lauk yg orang lain masak pulak...ehhh...

Tapi sbb dok budget isteri mithali...i masak jugak...kehkehkeh...maka kepala jenahak masak tempoyak in da house yo!


Ini resepinya...
Resepi Kepala Jenahak Masak Tempoyak
Bahan
- 1 ketul kepala ikan jenahak
- 10 biji cili padi*
- 1 inci kunyit hidup*
- 2 senduk tempoyak
- 5 cawan air
- 1 keping asam keping
- semangkuk daun kesum
- garam secukup rasa

Cara

  1. Ikan dibasuh bersih. Ketepikan.
  2. Tumbuk semua bahan bertanda*.
  3. Masukkan bahan tumbuk, tempoyak, asam keping dan air ke dalam periuk. Kacau sebati.
  4. Masak sehingga mendidih. Masukkan ikan, daun kesum dan perisakan dgn garam. Jika kurang masam, tambahkan satu keping lagi asam keping.
  5. Tutup api apabila ikan telah masak.
Senang kan? Bahan pun tak banyak... cuma masa nak bubuh asam keping tu rasa dulu tempoyak sbb kalau tempoyak dah masam, tak payah bubuh asam keping lagi...macam tempoyak yg saya guna ni...tempoyak yg baru...mak saya bagi...tempoyak ni tak masam lagi...

Kuah tempoyak ni cair sbb Boss Besar suka hirup kuahnya...jadi terpulang lah ya..kalau suka kuah pekat...kurangkan amaun air tu je...

Selain masak tempoyak...saya goreng jugak ikan rebus...budu dan timun sbg ulam...utk anak2...buat sup sayur...depa tak makan masak tempoyak ni sbb pedas kan...Boss Besar pun komplen pedas...tapi kuah tu dia hirup jugak...owhhh...baru letak 10 biji cili padi...rasanya kalau org yg makan pedas..mesti 10 biji cili padi tu tak rasa apa2 lagi kan...

Okaylah...selamat memasak ya!

Babai


Wednesday, 16 September 2015

Ikan Siakap Masam Manis

As salam...

Selamat hari malaysia...cuti hari ni buat apa? Kami tak pi mana-mana pun cuma keluar pi breakfast je pagi tadi...

Saya bagitau Boss Besar...rasanya hari ni nak masak ayam bakar ala kenny rogers tu...tapi lambat pi ke kedai jual ayam kat kuang tu...pukul 11...kedai dah tutup lah...lepas tu tanya Boss Besar nak makan mee sup tak...dia kata okay...tapi anak-anak mintak nasik utk lunch...owhhhh...Boss Besar kalah...kita ikut undi anak...

Jadi hari ni..masak ikan siakap masam manis je...saya guna bahan paling basic...tak bubuh cili kisar pun...hahaha...kita mesti guna resepi yg tersenang sekali kan...



Mai tengok resepinya...
Resepi Ikan Siakap Masam Manis
Bahan
- 1 ekor ikan siakap dibersihkan
- 3 ulas bawang putih dicincang
- 1/2 labu bawang besar dihiris
- 1 hiris halia
- 1 cawan air
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos plum
- 2 sudu makan sos cili
- 3 sudu makan sos cili thai
- 1 biji cili hijau dipotong kasar
- 1 biji cili merah dipotong kasar
- 1 cawan kiub nenas + 1/4 cawan sirapnya ( dlm tin)
- garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu teh tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
- minyak utk menggoreng

Bahan utk salut pada ikan
- sedikit garam
- sedikit tepung gandum
- sedikit tepung jagung

Cara
  1. Basuh bersih ikan. Toskan. Keringkan dgn menggunakan tisu dapur.
  2. Lumurkan sedikit garam ke seluruh permukaan ikan.
  3. Kemudian salutkan dgn sedikit tepung gandum dan tepung jagung.
  4. Panaskan minyak. Goreng tenggelam ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  5. Satukan semua jenis sos. Tambah air. Kacau sebati.
  6. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan campuran sos. Masak hingga mendidih.
  7. Kemudian tambahkan nanas dan sirapnya. Perisakan dgn garam dan gula.
  8. Apabila nenas mula lembut. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kuah pekat dan berkilat.
  9. Akhir sekali, masukkan cili merah dan cili hijau. Kacau sebati.
  10. Tutup api. 
  11. Utk menghidang, tuangkan kuah ke atas ikan. Sedia utk dinikmati!

Senang kan...rasanya pun sedap...sekejap je habis seekor ikan siakap ni...si nombor dua tanya...mak masak sekoq ikan je ka?

Hahaha...nampaknya tak cukup seekor lah...dia cakap...dia makan tulang je...ayah yg makan isi ikan...iya lah tu...

Lain kali mak masak sorang sekoq ikan kat hangpa...tapi ikan kembung je...save budget...hahaha...

Selamat mencuba!

Babai


Wednesday, 19 August 2015

Ikan Rebus Air Asam

As salam...

Haishhhh...macam nak makan ayaq asam ja...tomato tu dah lama bertapa dlm peti ais ni...

Ini menu dinner tadi...sblm masak...saya call boss besar dulu...nak makan kat rumah tak...bukannya apa...satgi masak byk...takdak sapa nak makan pulak kan...dia kata balik makan kat umah...jadi kita buat dua ekoq ikan temenung...satu utk i...satu utk u...



Jadi...ini resepinya
Resepi Ikan Rebus Air Asam
Bahan
- 2 ekor ikan kembung
- 1/4 cawan air asam jawa 
- belacan sebesar ibu jari dibakar
- 1 biji tomato didadu
- 1 biji bawang besar dihiris
- 1 biji cili merah
- 5 biji cili padi dihiris kasar
- 2 sudu makan air limau nipis
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit air utk rebus ikan

Cara

  1. Bersihkan ikan. Rebus ikan dgn sedikit air dan garam sehingga masak (tanda ikan dah masak, mata ikan tukar kaler putih dan tersembul keluar sikit)
  2. Satukan belacan dan cili merah. Tumbuk hingga halus.
  3. Pindahkan bahan tumbuk ke dalam mangkuk,tambahkan air asam jawa, bawang besar dan tomato. Tenyehkan sikit dgn belakang sudu supaya sebati. Tambahkan air limau nipis. Perisakan dgn gula dan garam. Kalau nak pedas, tambahkan cili padi lagi.
  4. Apabila air asam ni dah sesedap rasa, tuangkan ke atas ikan.
  5. Siap. Sedia utk dinikmati.


Sedap pulak makan macam ni...iyer lah...kekadang kalau dok makan yg bersantan pun muak jugak...tapi anak-anak tak suka pulak menu ni...kecik lagi kot...tak reti lagi nak makan air asam ni...tapi utk depa, saya masak ikan selar kicap je...

Okaylah...apa lagi...jom memasak.

Babai

Tuesday, 11 August 2015

Ikan Dori Sos Lemon

As salam...

Dalam peti ais ada fillet ikan dori...jadi hari ni nak masak ikan dori je utk bebudak ni...

Selalu makan masak lemon ni kalau pi restoran chinese muslim...anak2 suka...kali ni biaq mak hangpa pulak masak...

Satu peket ikan dori tu sekadar cukup utk sekali hidang je...tapi saya lebihkan kuah sbb macam biasa...si nombor dua suka makanan yg berkuah kan...

Saya letak jus dari setengah biji lemon...sebelum tambah gula...mak aiiii...masamnya...tapi bila dah ditambah gula...barulah balance rasa masamnya tu...hiiiiiii...



Jadi inilah resepinya...
Resepi Ikan Dori Sos Lemon
Bahan
- 3 keping fillet ikan dori
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh lada sulah
- sedikit serbuk kunyit
- 3 sudu makan tepung jagung
- 2 ulas bawang putih dicincang
- 1/2 kiub pati ayam
- 1/2 biji lemon- ambil jusnya
- 3 sudu makan gula
- 1 1/2 cawan air
- 3 sudu makan sos cili thai
- 1 sudu makan tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
- sedikit pewarna kuning
- minyak utk menggoreng
- garam secukup rasa
- sedikit cuka

Cara

  1. Basuh ikan dori dgn sedikit cuka. Bilas dgn air biasa dan ditoskan. Potong kecil ikan dori.
  2. Gaulkan ikan dori dgn garam,serbuk kunyit dan lada sulah. Perap 5 minit.
  3. Kemudian gaulkan ikan diri dgn tepung jagung. Pastikan semua bahagian ikan dori bersalut tepung.
  4. Panaskan minyak. Goreng ikan dori sehingga masak.
  5. Angkat dan ditoskan.
  6. Dalam kuali berasingan, panaskan satu sudu makan minyak masak. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan jus lemon, kiub pati ayam, air dan gula.
  7. Masak sehingga gula larut. Tambahkan sos cili thai. Gaul sebati.
  8. Apabila kuah mendidih, perisakan dgn garam dan masukkan bancuhan tepung jagung dan pewarna kuning. Masak sehingga kuah pekat dan berkilat.
  9. Tutup api.
  10. Tuangkan kuah ke atas ikan yg telah digoreng tadi. Sebaik-baiknya sebelum dihidangkan supaya ikan kekal rangup.
Wahhhhh...macam mana...lepas ni buleh lah cuba resepi ni...selain ikan, boleh juga digantikan dgn sotong, udang atau pun ayam...

Jadi apa yg ditunggu lagi...selamat mencuba!

Babai

Wednesday, 5 August 2015

Asam Pedas Rebus dgn Timun

As salam...

Dah lama tak buat asam pedas versi rebus ni...selalunya dok buat yg tumis tu...

Kalau hirup kuah asam pedas pun sodappp jugak kannnn...goreng ikan gelama masin...tumbuk sambal belacan...perggggghhh...bertambah nasik dlm pinggan tu...


Okaylah...takmau membebel banyak...meh tengok resepinya
Resepi Asam Pedas Rebus dgn Timun
Bahan
- 3 ekor ikan kembung dibersihkan
- 5 biji bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 1 sudu kecil belacan*
- 2 sudu makan cili kisar
- 1 keping asam keping
- 4 cawan air
- 1 genggam daun kesum
- 1/2 batang timun dipotong
- garam secukup rasa

Cara
  1. Tumbuk semua bahan * hingga lumat.
  2. Masukkan bahan tumbuk,cili kisar dan asam keping ke dalam periuk. Tambahkan air.
  3. Masak hingga mendidih.
  4. Kemudian, masukkan ikan dan timun. Tambahkan garam secukup rasa. Jika kurang masam, boleh lah ditambah sedikit air asam jawa.
  5. Tutup api apabila ikan telah masak.
Sebab dah lama tak makan asam pedas rebus ni...asyik dok menambah nasik je...sedap sbb isi ikan tu dicicah dgn sambal belacan...massm kuah asam pedas berganding dgn masin ikan gelama masin...ishhhh...taktau nak cerita lah...hahaha...

Apa lagi...selamat memasak!

Babai



Wednesday, 22 July 2015

Gulai Kuning Ikan Aya dgn Kacang Panjang

As salam...

Sekejap je dah abis cuti raya...saya sampai shah alam pukul 3.30 pagi tadi...hmmmm...jalan jammed jugak....rnr penuh org...boss besar pun asyik mengantuk je...jadi banyak berenti...dia nak tido...balik pun  ikut jalan lama..tapi jalan lama pun kereta banyak ..sama macam highway...

Hari ni...saya masak yg paling senang...buat satu lauk je utk lunch ni...letih you walaupun saya tak drive tapi still tak buleh tidoq sbb dok meneman boss besar bersembang...bukan apa...satgi takut dia terlelap jugak...

Okaylah...inilah resepinya...

Resepi Gulai Kuning Ikan Aya dgn Kacang Panjang
Bahan
- 1 ekor ikan aya dipotong keping
- 3 ulas bawang putih*
- 5 ulas bawang merah*
- 1/2 inci kunyit hidup*
- 1 cm lengkuas*
- 3 keping asam keping
- 1 sudu makan cili kisar
- 10 urat kacang panjang dihiris
- 1 biji timun di potong kasar
- 2 biji cili merah dipotong kasar
- 1 kotak santan
- 2 cawan air
- sedikit gula nise
- garam secukup rasa

Cara
  1. Bersihkan ikan, masukkan ikan ke dalam periuk, tambahkan air secukupnya. Masukkan asam keping dan satu sudu besar garam. Rebus ikan sehingga airnya hampir kering. Tutup api. Ketepikan.
  2. Kisarkan semua bahan bertanda * hingga halus.
  3. Pindahkan bahan kisar ke dalam periuk yg bersesuaian. Tambah air. Masak hingga mendidih.
  4. Kemudian, masukkan santan dan ikan. Kacau perlahan-lahan supaya ikan tak hancur.
  5. Perisakan dgn garam dan gula nise. Tambahkan asam keping jika perlu.
  6. Akhir sekali, masukkan kacang panjang cili merah dan timun. Tutup api apabila kacang panjang dan timun mulai lembut.
  7. Siap.

Hmmmm...resepi ringkas mcm ni pun...anak2 berselera makan....depa makan dgn kicap...boss besar pulak...saya tumbuk sambal belacan kat dia...lauk habis...nasik pun habis .. Alhamdulillah

Babai

Saturday, 4 July 2015

Ikan Tenggiri Cili Garing

As salam...

Menu hari ni simple je...selain masak cabai yg berkuah...masak cabai versi garing ni pun feveret famili saya...

Boleh guna apa2 ikan pun...macam hari ni...saya guna isi ikan tenggiri...5 keping isi ikan ni sekejap je abis...nampak gaya...sahur nanti saya goreng telur je...hahaha...

Ini resepinya...
Resepi Ikan Tenggiri Cili Garing
Bahan
- 5 keping isi ikan tenggiri digaram kunyitkan.
- 1/2 labu bawang besar dihiris
- 1 biji tomato dihiris
- 4 ulas bawang putih*
- 5 biji bawang merah*
- 10 biji cili merah*
- 1/2 inci belacan*
- 2 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan kicap manis
- sedikit air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- minyak utk menggoreng ikan

Cara

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
  2. Tumbuk semua bahan bertanda* hingga lumat. Ketepikan.
  3. Panaskan satu senduk kecil minyak goreng ikan. Goreng bawang besar dan tomato hingga layu.
  4. Masukkan bahan tumbuk. Goreng sehingga garing dan naik bau. 
  5. Tambahkan air asam jawa, sos ikan dan kicap. Gaul rata.
  6. Perisakan dgn garam dan gula.
  7. Kemudian masukkan ikan. Kacau sehingga semua bahagian ikan bersalut dgn cili. Goreng lagi hingga cili garing.
  8. Tutup api. Sedia utk dihidangkan.
Masa dok masak ni...habis melekat bau kat dapur...sampaikan si nombor dua tak sabar2 nak makan...

Dan masa bukak posa...semua pakat dok makan ikan ni...boss besar meratah cili yg garing tu...gaul dgn nasik pun sedap...

Hmmm...boleh lah cuba nanti ya!

Babai

Wednesday, 24 June 2015

Asam Pedas Ikan Merah

As salam...

Hari ni rumah huru-hara sikit...pakatan dua beradik buat sepah yg tahap mega...

Saya dok masak kat dapur...dua beradik ni dok main kat atas...macam biasalah...mak depa dok keletang keletung kat dapur...dgn harapan dua beradik tu tak bergaduh lah...bila si nombor satu balik sekolah agama...saya suruh dia monitor adik2  dia lah...kiranya...dari pukul 3 sampai lah bukak posa...saya duduk kat bawah ja...taktau kat atas mcm mana...sampailah bila boss besar balik...dia komplen kat saya...dia kata ini paling worst...hmmm...tak terbayang saya...bila tgk...urut dada...toys bersepah...kusyen berterabur...ada kertas dikoyak...kain baju yg saya nak lipat pun dihumbankan penuh kat lantai...coco crunch pun ada...waktu bila depa seludup coco crunch naik atas nih...aishhhh...anak2...

Owhhhh...kat dapur tadi...saya masak asam pedas ikan merah....ini resepinya...
Resepi Asam Pedas Ikan Merah
Bahan
- 4 keping isi ikan merah
- 1 labu bawang besar*
- 5 ulas bawang merah*
- 4 ulas bawang putih*
- 1 inci belacan*
- 1 inci halia*
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam*
- 1/2 inci kunyit hidup*
- 1 cawan cili kisar
- 1 cawan air asam jawa (tiga sudu besar asam jawa bancuh dgn air)
- air secukupnya (lebih kurang 4 cawan)
- 1 genggam daun kesum
- 1 btg bunga kantan
- 1 btg serai diketuk
- 1 biji tomato belah empat
- 1 senduk kecil minyak masak
- garam secukup rasa

Cara
  1. Bersihkan ikan dan digaram kunyit. Ketepikan.
  2. Kisar semua bahan * hingga halus.
  3. Panaskan minyak. Tumis serai dan bahan kisar hingga garing.
  4. Masukkan air asam jawa. Gaul sebati.
  5. Apabila mendidih, masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan. Tambahkan air. 
  6. Tunggu hingga ikan masak  perisakan dgn garam. Masukkan tomato.
  7. Masak lima minit lagi. 
  8. Tutup api.
Hiiii...resepi sempoi je...bulan posa ni...letih betul...walaupun tak kerja...tapi dok keluar masuk umah pi amik dan antar anak tu yg menguji ketahanan betul...

Asam pedas ni sedap lepas saya alter sikit...mana taknya...masa makan tu...muka boss besar berkerut...saya dah berbunga dlm hati dah...nak puji sedap lah tu...rupa2nya asam pedas tu tawar...tak berasa garam langsung...hahaha...apa lagi...cepat2 pi dapoq...tambah garam...dan hasilnya....walla!...baru dapat puji dari boss besar....sori lah...puasa kan   main agak2 je...

Okaylah...nak kemas kat atas ni...walaupun mata mengantuk sangat nih...

Babai

Saturday, 20 June 2015

Ikan Pari Bakar

As salam...

Hmmm...dah taktau nak masak lauk apa...sebabnya nak kena pikiaq lauk yg kena dgn selera semua...

Tapi kali ni...saya nak ikut selera saya pulak...ikan pari bakar...resepinya tak spesifik pun...saya guna apa yg ada je...tapi alhamdulillah...menjadi...si nombor satu makan paling banyak...ingatkan dia tak suka...

Ini resepinya...
Resepi Ikan Pari Bakar
Bahan
- 1 keping ikan pari di garam kunyitkan
- 2 ulas bawang putih*
- 3 biji bawang merah*
- 1 hiris halia*
- 1 batang serai*
- 5 helai daun limau purut*
- 2 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan jus limau nipis
- garam dan gula secukupnya
- minyak untuk menumis
- daun pisang
- aluminium foil

Cara
  1. Kisar bahan bertanda* hingga lumat.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi. Tambahkan cili kisar. Masak hingga cili garing.
  3. Masukkan jus limau, gula dan garam secukupnya. Kacau sebati. Tambah sikit air jika perlu. Tutup api.
  4. Ambil aluminium foil. Alaskan dgn daun pisang. Letakkan sedikit pes tumisan diatas daun pisang. Letak ikan pari dan tuang baki pes tumisan. Tutup dgn daun pisang dan balut dgn aluminium foil.
  5. Bakar hingga masak ( saya guna dapur gas je)
Rasa ikan bakar ni mcm tomyam pun ada...mungkin sebab letak daun limau purut dan serai....apapun...sedap betul makan ikan pari ni...saya tak letak sukatan utk garam dan gula...sebab saya pun main agak2 je...lagi2 bulan posa ni...tak boleh nak merasa...tapi  si nombor satu tanya saya..."kan mak boleh rasa dgn lidah lepas tu kumur"...saya jawab...hmmm..."malas nak merasa...kalau tak sedap pun...dimaafkan...sbb posa"...hahaha...

Okaylah...nak melayan si nombor lima...lepas baik dari demam ni...manjanya...ya ampunnnnn...dgn boss besar pun dia takmau...saya kena kendong kat pinggang je...hilang sikit dari dia melalak...alahai anak mak ni...

Babai

Saturday, 13 June 2015

Kari Kepala Ikan Bawal

As salam...

Pagi tadi boss besar pi Tanjung Karang...pi beli ikan...saya tak ikut...si nombor lima demam...

Kali ni...boss besar beli ikan bawal hitam...saiz xl...hmmmm...jadi apa lagi...saya buat kari lah...tapi cuma guna kepala ikan bawal je...kali ni...saya ikut resepi kak sheila spice of jouney...kat SINI

Saya berkenan dgn resepi ni...sebab k.sheila letak beras goreng...
hmmmm...tak pernah buat macam tu lagi...selalu tengok yg letak kelapa parut yg ditumbuk tu...

Resepi ni...saya buat mcm kari yg selalu mak saya masak...cuma saya kurangkan santan, lebihkan asam jawa dan tambah beras goreng...kalau sapa nak resepi dan step yg detail...boleh pi tgk kat blog kak sheila ya...resepi ni saya dah adjust ikut citarasa saya...

Ini resepinya
Resepi Kari Kepala Ikan Bawal
Bahan
- 2 keping kepala ikan bawal
- 1 peket rempah kari ikan cap O
- 2 sudu makan serbuk cili Faiza
- 10 ulas bawang merah*
- 5 ulas bawang putih*
- 150ml santan pekat
- 3 cawan air asam jawa (asam jawa sebesar bola ping pong dibancuh dgn air)
- 2 sudu makan beras ; goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus.
- 5 biji bendi
- 3 biji terung
- 2 biji tomato
- 2 biji cili hijau dipatahkan
- sedikit serbuk kunyit
- garam secukup rasa

Bahan tumis
- 1 senduk minyak
- 1 sudu besar halba campur
- 3 pelepah daun kari
- 3 biji bawang merah dihiris
- 2 ulas bawang putih dihiris
- 1/2 inci halia di hiris

Cara
  1. Basuh bersih kepala ikan, garam kunyitkan. Ketepikan.
  2. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat. Satukan bahan tumbuk dgn serbuk kari dan serbuk cili. Tambahkan satu sudu teh garam dan sedikit air. Kacau hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga garing. Masukkan pes rempah. Masak hingga pecah minyak. Guna api perlahan dan sentiasa dikacau utk elak hangit.
  4. Kemudian masukkan air asam jawa dan beras  goreng. Kacau sebati. Masukkan ikan.
  5. Apabila mendidih. Masukkan santan, terung, bendi dan tomato. 
  6. Perisakan dengan garam. Kalau nak masam, tambah lagi air asam jawa.
  7. Apabila mendidih, tutup api. 
  8. Sedia utk dihidangkan.

Saya memang suka kari...dan kari ni memang sedap...pekat sebab ada beras goreng...tak muak...dan saya suka kari yg masam sikit...tambah lagi ikannya yg fresh...meletopssss...

Boss besar suka jugak...cuma dia prefer kari yg saya buat sebelum ni..boleh tengok kat SINI...iyolah...boss besar kan tekak kelate...mana nak layan kari sangat kan...muahahaha...

Hmmm...nampaknya saya akan buat lagi kari versi kak sheila ni...anda pun boleh juga!

Babai

Wednesday, 10 June 2015

Ikan Percik Putih

As salam...

Bila cuti sekolah ni...dok masak ja...dari pagi sampai ke malam...depa dok lapaq ja...baru lepas makan pagi...dah tanya masak apa utk tengahari... aishhhh...depa dok ingat mak depa ni sotong kot...banyak tangan...hahaha...

Selalunya saya masak yg mudah je...ikan goreng...sayur tumis air...singgang ikan...itupun depa suka..kalau ikan tu depa cicah dgn budu...nampaknya anak2 saya ni memang tekak kelate..
Ehhh...kari pun depa suka lah...hmmm...nasib ada gak trait utara...kalau tak...meratap hiba hati ni...

Resepi ni saya amik masa dok tengok mak mertua saya masak hari tu...rasanya dah betul kot...sebab si nombor tiga cakap "ini ikan tersedap di dunia"...

Jadi ini lah resepinya

Resepi Ikan Percik Putih
Bahan
Perap Ikan
- 3 ekor ikan kembung dibersih dan dikelar
- 3 ulas bawang putih*
- 5 biji bawang merah*
- 1/2 inci halia*
- 2 sudu teh garam*

Cara
  1. Tumbuk semua bahan bertanda* hingga halus.
  2. Salut ikan dgn bahan tumbuk.
  3. Perap 10 minit.
  4. Bakar hingga masak. (Saya guna pemanggang ajaib)
Sementara tunggu ikan masak. Kita buat kuah percik.

Bahan Kuah Percik
- 300 ml santan pekat
- 100 ml air
- 10 biji bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia*
- 1 batang serai diketuk
- 1/2 keping asam keping
- garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan tepung beras dibancuh dgn sedikit air (optional)

Cara
  1. Kisar semua bahan * hingga halus.
  2. Masukkan bahan kisar,santan,air, asam keping,serai ke dalam kuali.
  3. Masak hingga mendidih dgn api sederhana.
  4. Tambahkan garam dan gula. Jika terasa masam, keluarkan asam keping. Seimbangkan rasa masam, manis dan lemak masin.
  5. Masukkan bancuhan tepung beras utk memekatkan kuah. 
  6. Ambil sedikit kuah, curahkan pada ikan yg sedang dibakar.
  7. Seterusnya, masukkan ikan yg telah dibakar kedlm kuah percik. Masak hingga ikan mesra dgn kuah.
    Dalam kuali
  8. Sedia utk dihidangkan.
Ini cara yg sempoi...kalau ikut step sebenar, sambil bakar ikan tu...kita bubuh kuah perciknya...lepas tu...bakar pulak dgn arang...lagi lah terangkat...tapi kalau setakat tiga ekor ikan je...tak berbaloilah kalau nak bakar dgn arang ni...hahaha...

Apa pun...anak2 saya suka...abis lah ikan ni utk makan tengahari...hmmm...nak masak apa pulak utk dinner...*garu kepala*

Babai