Showing posts with label cencaluk. Show all posts
Showing posts with label cencaluk. Show all posts

Sunday, 22 May 2016

Nasi Goreng Cencalok Sotong

As salam...


Ingat tak saya ada stok cencaluk yg dibeli masa saya pi melaka bulan lepas....hahaha...saya budget blog ni macam ada follower je...pasal tu tanya soalan...ahakkkksss...

Untuk dinner, saya malas nak masak lauk pauk, rakyat jelata request nasik goreng...yayyyy...mak suka...senang kerja...tapi lepas tu mula pening kapla pulak...nak goreng nasik versi apa ya?

Dan tiba-tiba teringat cencalok sotong yg dah lama dok tersimpan dalam fridge tu...jom bereksperimen...dan ini hasilnya...


Macam mana? Nak cuba tak resepi ni...jom tengok resepinya pulak...

Resepi Nasi Goreng Cencalok Sotong
Bahan
- 5 cawan nasi sejuk
- 3 ulas bawang putih*
- 1 ulas cili merah* (kalau nak pedas, gantikan dengan beberapa biji cili padi)
- 1 genggam ikan bilis*
- 1/2 cawan cencalok sotong, di toskan
- 2 biji telur dikocok
- 2 sudu makan kicap lemak manis 
- 1 sudu besar sos ikan
- 1/2 batang carrot di hiris memanjang
- sedikit minyak untuk menumis

Cara
  1. Tumbuk semua bahan bertanda * hingga lumat. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan cencalok sotong. Goreng hingga garing. 
  3. Kemudian, masukkan telur. Biarkan telur keras sedikit sebelum dikacau rata.
  4. Tambahkan carrot, sos ikan dan kicap. Gaul sebati.
  5. Apabila carrot setengah masak, masukkan nasi. Gaul sebati. Perasakan dengan garam(jika perlu kerana cencaluk dan sos ikan dah masin)
  6. Tutup api apabila carrot empuk dan nasi goreng secukup rasa.
  7. Sedia untuk dihidangkan.
Macam mana respon rakyat jelata...abihlah nasik goreng seperiuk...anak-anak suka nasik goreng cencalok ni...hmmmm...bolehlah dibuat menu bersahur bulan posa nanti...

Selamat memasak ya!

Babai

Sunday, 10 April 2016

Ayam Cencaluk

As salam...

Semalam saya pi Melaka...trip dgn kawan2 tempat kerja...wajib kena pi...anak-anak Boss Besar jaga...

Bila sampai melaka...benda yg dicari mestilah gula melaka dan cencaluk...kalau ikutkan, rakyat jelata di rumah ni tak makan cencaluk tapi sebab saya teringin nak try ayam cencaluk, beli jugak lah sebotol...tak silap saya resepi ni asalnya dari baba nyonya... 




Meh tengok resepinya...
Resepi Ayam Cencaluk
Bahan
-1/2 ekor ayam dipotong kecil
- 5 biji bawang merah dihiris
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 1/2 cawan cencaluk ditoskan airnya
- 2 sudu besar gula
- 3 sudu makan jus limau nipis
- 6 helai daun limau purut
- 2 biji cili merah dihiris
- 5 biji cili padi
- 5 biji bawang merah*
- 3 batang serai*
- 1/2 inci kunyit hidup*
- 1 cawan air
- garam jika perlu
- 1/4 cawan minyak masak

Cara
  1. Kisar halus bahan bertanda*. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Goreng bawang merah dan bawang putih hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Dalam kuali yang sama, tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan cencaluk, daun limau purut dan ayam. Masak hingga ayam kecut dan 3/4 masak.
  4. Kemudian, tambahkan air, gula, bawang goreng (dari step #2), jus limau nipis,cili merah dan cili padi. Gaul sebati.
  5. Renehkan hingga kuah pekat dan ayam masak sempurna. Tambahkan garam jika perlu.
  6. Tutup api. Sedia untuk dinikmati.
Mula-mula tu risau jugak bila tengok kombinasi ayam dan cencaluk ni...tapi bila dah masak, sedap rasanya. Boss Besar tak percaya bila saya bagitau ada cencaluk dalam lauk ni...

Wangi daun limau purut dan rasa masam dari jus limau nipis tu memang terangkat...tambah lagi dengan rasa masin-masin udang cencaluk tu...saya bubuh cili padi sebiji-sebiji nak bagi ada kaler hijau, tapi sapa yg suka pedas, bolehlah dihiris cili padi tu...

Nak bagi power lagi, saya goreng pulak ikan gelama masam...akhirnya musnahlah diet Boss Besar bila dia makan nasik bertambah-tambah...adoiiiii...

Jadi...apa lagi...jom masak!

Babai