Owhhhh...dah taktau nak masak menu apa...asyik ulang menu yg sama je...sebab kekadang buat menu baru...anak-anak tak gemar pulak...nak bagi depa bersungguh makan...kena buat menu yg biasa je...
Sekarang dlm proses nak perabih stok dlm peti ais...iyalah...minggu depan dah nak raya...kita kasi clear itu peti ais...
Jadi...hari ni saya masak ikan masak sos je...simple dan sedap...
Meh tengok resepinya...
Resepi Ikan Bawal Masak Sos
Bahan
- 2 ekor ikan bawal
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 1 labu bawang besar dihiris
- 3 sudu besar cili kisar
- 2 sudu besar sos cili thai
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tomato
- sedikit serbuk kunyit
- sedikit air
- gula dan garam secukup rasa
- minyak utk menggoreng ikan
Cara
- Bersihkan ikan bawal dan dikelar. Lumurkan garam dan serbuk kunyit pada seluruh bahagian ikan
- Panaskan mintak. Goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan minyak menggoreng sebanyak 3 sudu makan. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu. Masukkan cili kisar. Goreng hingga garing.
- Kemudian tambahkan air dan semua jenis sos. Kacau sebati.
- Perasakan dgn gula dan garam.
- Seterusnya masukkan ikan, gaul sehingga semua bahagian ikan bersalut kuah.
- Tutup api apabila kuah pekat dan cukup rasa.
- Sedia utk dihidangkan.
Sempoikan? Masa berbuka tadi... sekejap je dah licin...nampaknya sahur nanti...saya buat nasik goreng je lah...hahaha...
Hmmm...selamat berbuka!
Babai
Tq bosskurkkrkrkkrk
ReplyDeleteMcm sedap dn mudah izinkn sy guna resipi ni,jazakallah
ReplyDelete