Showing posts with label biskut. Show all posts
Showing posts with label biskut. Show all posts

Saturday, 28 May 2016

Biskut Ala Pepero

As salam...

Kalau pi langkawi mesti nak beli pepero kan tapi bila ada isu halal tu...terus terbantut niat...



Hmmm...cuti sekolah dah start...si nombor satu ada kelas tambahan, jadi tak dapatlah kami anak beranak nak balik kampung...bila duduk rumah ni, mulalah askar-askar yang lain tu dok merungut boring...suruh baca buku...depa takmau...

Macam mana ya...okaylah kita masuk dapur je...main masak-masak yg simple...hari ni...kita buat biskut ala pepero tu...sgt senang...bahan-bahan nak membuatnya pun senang nak beli...


Ini resepinya...
Resepi Biskut Ala Pepero
Bahan
- biskut jejari (beli timbang je)
- dark chocolate secukupnya.
- almond nibs (dibakar hingga keperangan)
- chocolate rice
- colourful sprinkles

Cara

  1. Cairkan dark chocolate secara double boil. 
  2. Ambil sebatang biskut jejari, celup dalam coklat yg telah dilarutkan.
  3. Taburkan hiasan ikut citarasa.
  4. Susun di atas redai yg dialas dengan talam supaya lebihan coklat jatuh ke bawah.
  5. Buat sehingga habis dan masukkan dalam fridge lebih kurang 3-5 minit.
  6. Simpan dalam bekas kedap udara.
  7. Sedia untuk dinikmati...
Senang kan...sedap pulak...saya tak pasti berapa lama biskut ni tahan untuk disimpan sbb anak-anak saya ni, buat waktu pagi...tengahari dah tinggal setengah balang...rasa masin biskut jejari...pahit-pahit coklat dan almond nibs yang crunchy...mmg ralit jadinya...

Jadi apa lagi...jom beraktiviti dgn anak-anak...

Babai

Saturday, 21 May 2016

Frambozen Kenari

As salam...

Dah lama saya nak buat biskut ni...untuk buat kudapan depan tv...bila tengok biskut ni, yg paling menggoda mestilah almond flakes tu kan...

Jadi hari ni, mood rajin ada mari...apa lagi jom masuk dapur...keletang keletung sambil dok masak nasik...sambil dok buat biskut ni...



Hmmm...ini resepinya
Resepi Frambozen Kenari
Bahan
A
- 180g butter pada suhu bilik
- 50g gula castor
- 280g tepung gandum
- 1/2 sudu teh emplex
- 1/2 sudu teh butter oil

B
- filling blueberry/ strawberry jam (ikut citarasa)

C
- 2 biji putih telur
- 30g gula castor
- 60g gula aising
- 1 sudu teh esen vanilla
- 2 sudu besar tepung ubi
- almond flakes secukupnya

Cara
  1. Untuk lapisan bawah, satukan butter dan gula castor. Pukul hingga sebati. Tambahkan emplex dan butter oil. Gaul sebati.
  2. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga boleh dikepal-kepal.
  3. Masukkan doh ke dalam loyang yg telah dialas kertas minyak. Ratakan ke seluruh loyang dan tekan hingga padat.
  4. Cucukkan secara rawak permukaan doh dgn garfu.
  5. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
  6. Bakar pada suhu 140C selama 25- 30 minit (bergantung pada jenis oven)
  7. Sementara menunggu doh masak, sediakan lapisan meringue pula
  8. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula castor dan gula aising. Pukul lagi hingga kental dan membentuk soft peak iaitu apabila mangkuk adunan diterbalikkan, meringue tak jatuh.
  9. Tambahkan esen vanilla dan tepung ubi. Kacau sebati. Ketepikan.
  10. Apabila doh bawah telah masak, keluarkan dari oven, sapukan filling blueberry pada permukaan doh. Biarkan sejuk sekejap.
  11. Kemudian, ratakan adunan B (meringue) pada permukaan doh bawah. Taburkan almond flakes secukupnya.
  12. Bakar pada suhu 130C selama 1 -1 jam 15 minit (bergantung pada jenis oven). 
  13. Biskut masak apabila permukaan dalam meringue tidak melekat.
  14. Biarkan sejuk dahulu sebelum dipotong dengan pisau yang tajam.
Ini pertama kali saya nak rasa biskut ni...jujurnya biskut ni sedap tapi manis lah...tak buleh makan banyak...mungkin lepas ni kena kurangkan amaun gula tu dan guna filling yang masam-masam sikit...mungkin buleh guna lemon curd yg masam-masam lemak manis tu...

Bahagian meringue tu macam tekstur marshmallow, kenyal-kenyal kat dalam...dan pemenang dlm biskut ni...mestilah almond flakes tu...crunchy..

Saya potong biskut ni masa tengah panas-panas lagi itu sebab potongannya tak berapa kemas, nasib baik saya baru potong setengah je, sebahagian lagi saya tunggu time biskut tu sejuk, potong dengan pisau tajam, baru kemas sikit...

Apa pun, saya pikir biskut ni sesuai diletakkan dalam candy buffet sbb cantik dan sedap terutamanya utk depa yang suka makan manis...

Jom...apa lagi...cubalah!

Babai


Thursday, 19 November 2015

Tat Bunga

As salam...

Macam mana lah pulak terpikiaq nak buat biskut ni...

Dalam peti ais ada dua biji nenas saiz kecik...bukan baby nenas tu...nenas biasa yg masam...sblm ni saya dah guna sebiji tinggal lagi dua...apa lagi saya parut nenas tu buat jem saja..tak dpt banyak pun...dalam semangkuk kecil je...dan saya puas hati lah sbb first time buat jem dan jadi pulak....yayyyyy...

Tapi anak2 tak minat pulak makan jem nenas ni...pikiaq punya pikiaq..saya nak buat tat nenas aje...jadi saya masak lagi jem tu dan di tambah dgn sedikit tepung gandum supaya nanti senang nak gentel...dpt lah 30 biji inti nenas saiz guli...

Lepas tu saya uli doh, letak kaler oren utk bunga, hijau utk daunnya...resepi doh ni sedap sbb dohnya tak gebu mcm tat yg biasa tu, jadi bila makan tak muaklah...keletang keletung...ini hasilnya...



Hmmm...jom tengok resepi...
Resepi Tat Bunga
Bahan
- 125g butter
- 25g gula castor
- 1/8 cawan susu pekat
- 1 biji kuning telur gred C
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 225g tepung gandum
- secubit garam
- pewarna oren/kuning dan pewarna hijau
- inti nenas secukupnya

Cara

  1. Satukan butter dan gula. Pukul hingga kembang.
  2. Masukkan susu pekat. Pukul lagi. Tambahkan telur, esen vanilla dan pewarna oren. Pukul sebati.
  3. Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh.
  4. Ambil sedikit doh, warnakan dgn pewarna hijau. Gaul hingga warna hijau sebati.
  5. Masukkan doh oren dan doh hijau ke dalam plastik berasingan. Simpan dlm peti sejuk 30 minit.
  6. Keluarkan doh dari peti sejuk. Uli sekejap supaya lembut.
  7. Untuk doh hijau, ambil sedikit dan bentukkan memanjang lbh kurang 1.5 cm, manakala canaikan doh oren setebal 0.5 cm, terap dgn acuan bunga(saya guna acuan cheese tart je).
  8. Ambil satu doh yg telah diterap, letak inti di tengah dan rapatkan bahagian sebelah hujungnya sahaja. Letakkan tiga doh hijau pada bahagian yg dirapatkan utk membentuk sepal.
  9. Buat sehingga habis.
  10. Masukkan doh yg telah siap dibentuk ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu.
  11. Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
  12. Keluarkan biskut dari oven dan sejukkan di atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
  13. Sedia utk dinikmati.

Sbb tat nenas mmg feveret saya, jadi otomatik tat bunga ni pun jadi feveret jugak...intinya yg tak manis melampau dan ada rasa masam-masam gitu...wahhhh...saya suka...satu adunan kat atas tu dptlah dlm 30 biji bergantung pada saiz bunga...

Bila biskut ni berjaya dgn cemerlangnya, mula lah saya terpikiaq nak buat jem kurma dan lepas tu buat tat kurma pulak...sbb dlm peti ais banyak betul stok buah kurma...

Okaylah...kalau boring2 tu, cubalah buat biskut ni...sedap ..i tell u!

Babai

Tuesday, 22 September 2015

Biskut Mazola

As salam...

Nampaknya tahun ni saya dpt raya dgn mak ayah kat kampung...dan saya balik awal ke kampung dgn pakatan lima beradik...Boss Besar hantar balik dulu sbb cuti sekolah kan...tapi biasalah...kelate kena balik jugak...kiranya hari khamis tu lepas zohor mesti dah kena bertolak pi kelate pulak...takpa...asalkan dpt raya dgn famili saya...itu dah bagi saya hepi...lalala...

Jadi projek hari raya kat kampung ni...biskut mazola...mak saya kata dah lama tak buat kuih raya...selama ni...beli yg tunjuk2 saja...hikssss...

Apa lagi...buat kuih raya lah kita...tapi mencabar jugak...mak saya guna oven bulat tu...masa nak bakar tu...selalu dok kena perati kuih yg tengah dok bakar....

Dan saya panggil biskut mazola ni biskut old skool...sebab saya buat bulat2 macam jual kat kedai tu...sebab saya malas nak terap guna acuan...hahaha


Okay...ini lah resepinya...
Resepi Biskut Mazola Old Skool
Bahan
- 400g kacang tanah 
- 400g tepung gandum
- 200g gula halus
- 1 sudu teh garam
- minyak jagung mazola secukupnya

Hiasan 
- sedikit kacang tanah goreng, satu biji kuning telur

Cara
  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga rangup. Buang kulit dan kisar sampai halus.
  2. Satukan kacang yg telah dikisar, tepung gandum,gula dan garam. Gaul sebati.
  3. Kemudian tambahkan minyak mazola sedikit demi sedikit. Gaul sehingga membentuk doh yg boleh dibentuk. Kalau terlembik, tambahkan sedikit tepung. ***saya guna tak sampai setengah botol minyak mazola botol kecil tu***
  4. Bulat-bulatkan adunan sebesar guli. Letak kacang di atasnya dan sapu kuning telur.
  5. Buat sehingga doh habis.
  6. Masukkan doh yg telah siap kedlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu.
  7. Bakar pada suhu 180C selama 10-15 minit atau sehingga masak (bergantung kepada jenis oven)
  8. Setelah masak, sejukkan atas redai sblm disimpan dlm bekas kedap udara.
  9. Sedia utk dinikmati.
Dah siap pun biskut mazola old skool ni...bentuknya pun ala2 zaman dulu...apa pun rasa biskut mazola ni mmg sedap...memang mengimbau zaman kecik-kecik dulu lah...

Jadi...apa lagi...selamat buat biskut!

Babai



Tuesday, 7 July 2015

Biskut Tart Rose

As salam...

Hari ni...saya dah start buat biskut utk raya...hahaha...sebelum ni...saya beli je...tapi sebab sekarang dah jadi surirumah...buat sendiri lah nampaknya...

Dulu...biskut tart rose ni saya order dekat member satu tempat kerja...saya suka biskut ni...kiranya dulu kalau order 100 biji...sebelum raya pun dah abis...

Bila buat sendiri...renyah jugak...mula2 tu saya terkial2 jugak bila nak bentukkan rose tu...tapi bila dah nak hujung2...baru dapat teknik yg betul...tapi itulah...takdak sapa yg buleh snap gambaq...assistant yg ada cuma si nombor lima...yg lain pi skolah...

Jem utk filling tu saya guna jem buah campuran...dan saya tambah sikit sirap rose...sebab nak bagi jem tu kaler merah dgn aroma rose...ini optional...takmau letak sirap rose pun takpa...

Okaylah...ini resepinya..
Resepi Tart Rose
Bahan
- 1/2 cawan butter
- 1/2 cawan marjerin daisy
- 3/4 cawan gula aising
- 1 biji kuning telur
- 1 cawan tepung jagung
- 1 3/4 tepung gandum
- 1 sudu teh esen vanilla
- jem buah campuran secukupnya
- sedikit pewarna sirap rose

Cara
  1. Satukan butter, marjerin dan gula aising. Pukul hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaul sebati.
  3. Tambahkan tepung jagung. Gaul sekata. 
  4. Kemudian, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh yg boleh dibentuk. Jika doh lembik, tambahkan lagi tepung gandum.
  5. Canaikan doh setebal 3mm, tekap dgn acuan bulat (saya guna tudung botol minyak).
  6. Sapu jem diatasnya. Lipat dua menjadi semibulatan.
  7. Kemudian ambil dua doh yg telah dilipat dua. Cantumkan dan bentukkan menjadi kelopak rose. Pindahkan ke dalam paper cup.
  8. Buat sehingga habis. Masukkan kedlm oven yg telah dipanaskan. Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
  9. Setelah masak, sejukkan dahulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.
Satu adunan ni dapat dlm 60-70 biji bergantung pada saiz acuan.

Nampaknya...si nombor tiga suka makan biskut ni...berulang-ulang dia pi dapur makan...maklumlah tak posa kan...

Okaylah...selamat mencuba!

Babai

Friday, 3 July 2015

Biskut Chocolate Chips

As salam...

Hari ni...saya buat biskut chocolate chips...biskut ni feveret si nombor satu...Saya adun doh pukul 11 pagi...lepas tu masukkan doh tu dlm peti ais...lepas antar anak-anak pi sekolah baru saya sambung buat biskut ni...macam biasa...geng saya kat dapur...sapa lagi kalau bukan si nombor lima...heran betul saya kat budak sorang ni...dia takmau tidoq siang...aktif memanjang...kadang-kadang mak dia yg dah tak larat bukak mata...

Okaylah...malas nak membebel panjang-panjang...meh tengok resepi biskut yg sedap ni...

Resepi Biskut Chocolate Chips
Bahan
- 1/4 cawan gula castor
- 1/2 cawan gula perang
- 1/2 cawan mentega
- 1/2 cawan minyak jagung
- 1 biji telur
- 1 sudu besar susu segar
- 1 sudu besar serbuk koko
- 2 cawan tepung gandum
- secubit garam
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1/2 sudu kecil cream of tartar
- 1/4 cawan almond nibs
- 1/4 cawan sunflower seeds
- 1 cawan semisweet chocolate chips
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara

  1. Pukul gula mentega, minyak, telur, susu dan vanilla hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum, serbuk koko, garam, soda bikarbornat, cream of tartar dan esen vanilla. Gaul sebati. 
  3. Kemudian masukkan almond nibs, sunflower seeds dan chocolate chips. Gaul rata.
  4. Simpan doh didalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
  5. Kemudian, bentukkan doh sebesar guli. Susun diatas loyang. Jarakkan doh antara satu sama lain kerana nanti biskut akan mengembang. Sebelum loyang dimasukkan ke dalam oven, leperkan sedikit doh.
  6. Bakar pada suhu 170C selama 10-15 minit atau sehingga masak.
  7. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.
  8. Sedia untuk dinikmati.
Senangkan buat biskut ni...tak payah nak terap...bulat-bulatkan je...dan tadi lepas bukak posa, si nombor satu dah pulun makan biskut ni... nampak gaya akan habis sebelum raya ni...hahahaha..

Jadi...apa yg ditunggu lagi...jom buat biskut...

Babai





Monday, 20 April 2015

Biskut Sarang Semut

As salam...

Stok kudapan mengunyah depan tv dah abis...biskut dahlia hari tu pun...sekejap je balang dah kosong...si nombor empat panggil biskut tu...biskut pink...

Biskut ni saya buat semalam...lepas saya masak peknga...terus sambung buat biskut ni...tengahari tu saya tak masak...boss besar tapau nasik bungkus lepas dia balik dari servis kereta...petang nya pulak pi rumah SIL...dia buat makan2...birthday anak dia...

Ini resepi biskutnya...
Resepi Biskut Sarang Semut

Bahan
- 250g butter
- 100g tepung kastard
- 100g tepung jagung
- 250g tepung gandum
- 1 biji kuning telur
- sedikit sprinkles/chocolate rice

Cara

  1. Ayak ketiga-tiga tepung. Ketepikan.
  2. Pukul butter dan gula castor hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau hingga semuanya bercampur.
  4. Kemudian masukkan tepung dan gaul sehingga membentuk doh.
  5. Masukkan doh ke dalam plastik dan simpan dlm peti ais 3-4 jam.
  6. Keluarkan doh dari peti ais dan parut dgn pemarut.
  7. Ambil sedikit adunan doh, masukkan ke dlm acuan kertas dan taburkan sprinkles/chocolate rice ke atasnya.
  8. Masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan. Bakar pada suhu 150C selama 15 minit.
  9. Sejukkan sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
  10. Sedia utk dinikmati.
Ini antara biskut yg paling senang... rasanya pun sedap...hmmmm...nampak gayanya ini antara biskut yg masuk list nak buat utk raya...tahun ni plan nak buat biskut sendiri...maklumlah...
surirumah...hahaha

Okay...selamat mencuba!

Babai

Thursday, 16 April 2015

Biskut Dahlia Susu Dwiwarna

As salam...

Hmmm...bulan posa pun belum lagi...saya dah mula buat biskut...sebab dah lama tak makan biskut ni...dulu-dulu mak saya selalu buat biskut ni time nak raya...lagi satu biskut yg mak saya selalu buat...biskut dam...mungkin esok saya buat biskut dam pulak...buat kudapan tengok tv...

Saya buat tak banyak...cukup utk makan kat rumah dan bagi dekat kawan saya sikit...

Sepatutnya...kat tengah tu letak manik gula...saya takdak stok kat umah...so saya amik sikit adunan...letak kaler merah terang...dan buat bulat2 kecil...okaylah...adunan tak banyak...kalau tak...jenuh nak buat bulat2 kecik tu...acuan pun saya takdak...saya guna star nozzle je...sebab nak dpt bentuk bunga dahlia tu...tapi sebenarnya terpulanglah...nak guna acuan bentuk mana pun...

Okaylah...jom tengok resepinya ..
Resepi Biskut Dahlia Susu
Bahan
- 125g butter
- 1/4 tin susu pekat
- 50g tepung ubi
- 225g tepung jagung
-1 sudu teh esen vanilla
- secubit garam
- pewarna merah

Cara
  1. Pukul butter dan susu hingga sebati.
  2. Tambahkan tepung jagung dan tepung ubi. Gaul sebati hingga membentuk doh.
  3. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan merah dan satu lagi dibiarkan pada warna asal. Jika tiada manik gula, ambil sedikit doh dan diwarnakan merah terang utk diletakkan diatas doh doh biskut nanti.
  4. Masukkan doh ke dalam plastik dan rehatkan dalam peti ais selama 10-15 minit.
  5. Keluarkan doh. Ambil sedikit doh merah dan sedikit doh kuning, masukkan dlm acuan dan tekan.
  6. Kemudian ambil pula doh bulat kecil merah terang untuk letak ditengahnya.
  7. Buatlah sehingga doh habis.
  8. Masukkan dlm oven yg telah dipanaskan. Bakar pada suhu 150C selama 15 minit. Saya guna api bawah sahaja.
  9. Sejukkan di atas redai sblm disimpan dlm bekas kedap udara.
Apa rasanya? Lemak manis macam tu..rapuh dan cair dlm mulut...hmmmm...nampaknya anak-anak-anak pun suka biskut ni...satu adunan ni saya dpt dlm 60++ biji...saiz yg comel-comel gitu...

Apa lagi...selamat buat biskut...praktis utk raya...lalalala...

Babai

Tuesday, 14 April 2015

Cheese Crackers

As salam...

Tadi dok blogwalking...dan saya jumpak resepi ni (kat  SINI)...semua bahan ada...apa lagi...jom ke dapur...

Sebab saya takdak acuan bentuk ikan...saya pun DIY jugak...macam dalam blog tu...guna tin aluminium je...hihihi...sekarang saya dah ada acuan ikan pakai buang...cuma acuan ikan saya tak secantik acuan ikan orang putih tu...hmmmm...lepas ni...jgn buang tin aluminium lah...berguna jugak!

Inilah acuan ikan saya....dah sedia untuk berkhidmat ni...



Okay...sekarang jom kita buat cheese crackers nih...saya buat 1/2 adunan sahaja...baru nak test market kan...anak2 suka ke tak...resepi kat bawah ni...utk satu adunan ya!



Resepi Cheese Crackers

Bahan
- 250g cheddar cheese diparut
- 4 sudu besar butter
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- 2 sudu besar air sejuk

Cara
  1. Satukan semua bahan kecuali air. Gaulkan hingga semua sebati. 
  2. Tambahkan air. Gaul lagi hingga membentuk doh.
  3. Masukkan doh ke dalam plastik dan simpan doh dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.
  4. Kemudian, keluarkan doh yg telah sejuk. Canai nipis dan terap dgn acuan.
  5. Buat sehingga habis.
  6. Ambil lidi kecil, lorekkan ekor ikan dan cucuk untuk buat lubang mata.
  7. Masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan. Bakar pada suhu 170C selama 10-15 minit atau sehingga warna menjadi kuning keemasan.
  8. Sejukkan dan bolehlah dihidangkan.
Senang betul resepi ni...apa rasa cheese crackers ni?...hmmmmm...rasanya macam biskut yg kita beli dalam peket kat kedai tu...rangup dan lemak masin...bezanya yg ini...bebas pewarna dgn pengawet...dan dibuat dengan penuh kasih sayang gitu...lalala

Okay anak-anak...jom makan biskut ikan keju ni!

Update@15/4/2015
Hmmm...nampaknya...anak2 saya tak suka biskut ni...ishhhh...memang bukan tekak omputihlah depa ni....

Babai

Saturday, 21 February 2015

Biskut Bright Eyed Susan

Salam...

Jom buat biskut...maklumlah..tengah dalam misi nak perabih almond nibs...


Saya suka makan kacang...semua jenis kekacang...kalau biskut pun...yang ada kekacang...suka... suka... suka...
hahaha...

Lepas ni boleh buat biskut mazola pulak...ishhhh...sedapnya...

Hmmmm...mak anak lima ni asyik dgn misi perabih almond nibs je...apa cerita pasal misi kempis perut..misi kemas dapur...ohhhh...misi tu still ongoing...tapi lembab sikit macam siput...

Takmau cerita banyak...jom lah jamu mata dengan resepi ni...



Resepi Biskut Bright Eyed Susan

Bahan
- 260gm tepung gandum
- 1/2 sudu teh baking powder
- Secubit garam
- 250g butter
- 125g gula castor
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 biji kuning telur

Hiasan
- 1 biji putih telur
- Almond nibs secukupnya
- Jem strawberry

Cara
  1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
  2. Pukul butter dan gula hingga sebati.
  3. Masukkan kuning telur dan terus kacau. Tambah esen vanilla dan gaul rata.
  4. Kaupbalikkan adunan tepung ke dalam mentega dan uli sedikit hingga setakat menjadi doh yang lembut.
  5. Sukat adunan sebanyak 1/2 sudu besar dan bulat-bulatkan. Ini untuk mendapatkan bentuk yang sama untuk setiap biskut.
  6. Menggunakan hujung jari tekan tengah2 biskut untuk membentuk lubang.
  7. Celup permukaan atas biskut dalam putih telur dan kemudian celup ke dalam almond nibs.
  8. Bakar pada suhu 200 C selama 10 min. Keluarkan sebentar dan paipkan jem di tengah2 lubang.Bakar lagi 10 minit
  9. Apabila siap, sejukkan biskut di atas redai sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.
Biskut ni sedap...crunchy...cuma saya tak sure kalau simpan lama...jem kat atas tu berkulat ke tak...ingat nak buat eksperimen...tapi sekejap je biskut ni abis...anak-anak makan...tak dan nak simpan sikit...hahaha...

Apa kata...nanti nak raya...buatlah biskut ni...mesti puas hati...

Babai



Friday, 13 February 2015

Biskut Cornflakes Badam

Salam...

Dah buat biskut ka? Hali laya sudah dekat maaaa....Hahaha...






Sebenarnya saya nak perabih almond nibs yg ada dlm peti ais ni...cornflakes yg anak- anak makan pun dok ada...buat biskutlah...saya pikir boleh jugak buat kunyah-kunyah sambil tengok tv...


Hasil kejadian...mestilah sedap...rangup-rangup gitu...satu adunan ni dapatlah dalam 50 biji...


Meh tengok resepinya..





Resepi Biskut Cornflakes Badam


Bahan

- 125g butter
- 70g gula halus
- 125g tepung gandum
- 60g cornflakes
- 50g chocolate chips
- 50g almond nibs
-1 sudu teh esen strawberry / esen vanilla
- jem strawberry secukupnnya

Cara


1. Masukkan butter dan gula dalam        mangkuk adunan. Pukul sehingga sebati. 

2. Tambahkan tepung. Gaul adunan hingga rata

3. Campurkan cornflakes,almond nibs dan chocolate chips. Gaulkan hingga sebati.

4. Ambil sedikit doh, tekankan sedikit dibahagian tengah. Paipkan jem strawberry diatasnya.

5. Masukkan  adunan biskut ke dalam ketuhar yg telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar pada suhu 170C selama 15 - 20 minit (bergantung pada jenis oven. 
Setelah masak,sejukkan di atas redai besi sblm disimpan dalam bekas kedap udara.


6. Sedia untuk dinikmati dgn yg tersayang.

Hmmmm...macam mana? Boleh lah cuba buat biskut ni...sedap makan sambil tengok tv...


Babai