Showing posts with label spaghetti. Show all posts
Showing posts with label spaghetti. Show all posts

Saturday, 4 June 2016

Fetuccini Carbonara

 As salam...

Saya malas masak....hahaha... maka kita masak yg simple sajo...rasanya hari tu, Boss Besar ada beli spaghetti...jadi dlm kepala terbayang spaghetti carbonara...tapi bila check balik, rupanya Boss Besar beli fetuccini...no hal punya...tukar aje resepi dlm kepala tu jadi fetuccini carbonara...

Resepi ni saya belasah ikut apa bahan yg ada...tambah tolak ramuan yg ada...dan wallllaaaahhh...sedap jugak akhirnya...rahsia besarnya ialah...ikut je citarasa memasing...insyaAllah menjadi...


Meh tengok resepinya
Resepi Fetuccini Carbonara
Bahan
- 1 pek fetuccini
- 2 sudu besar butter
- 1 biji bawang holland didadu kecil
- 3 ulas bawang putih diketuk
- 2 biji tomato didadu
- 1 cawan daging cincang
- 1 tin sos carbonara cendawan ADABI
- 2 sudu makan sos tomato
- 2 sudu makan sos cili
- 1/2 cawan air
- 1 keping keju cheesedale
- 10 biji meatball
- sedikit oregano
- garam dan gula secukup rasa

Cara

  1. Rebus fetuccini hingga lembut. Angkat dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak supaya fetuccini tidak melekat. Ketepikan.
  2. Goreng meatball secara deepfry hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan periuk, masukkan butter. Apabila butter mula mencair, tumis bawang besar, garlic hingga terbit bau.
  4. Masukkan tomato dan daging cincang. Kacau dan masak sehingga daging empuk.
  5. Tambahkan sos carbonara, sos cili,sos tomato, keju, meatball dan oregano. Kacau sebati. Tambahkan air.
  6. Perisakan dengan garam dan gula.
  7. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  8. Tutup api.
  9. Sedia untuk dihidangkan..
Utk meatball, saya guna brand abang burn, first time nak cuba...Si nombor satu cakap sedap meatball tu...saya? Hmmm tak dapat komen sbb makanan western ni bukan tekak saya...tambah lagi...saya tak berapa gemar makan daging...jadi komen2 ni dapat dari rakyat jelata je...apapun respon yang rakyat jelata bagi membuatkan mak depa ni rasa macam chef yg hebat lak...depa kata sedap...yayyyyy...Boss Besar pun cakap sedap...

Menu ni saya buat utk makan pagi...hahaha...western abih la tu...bertabahlah anak-anak...hari ni takdak nasik...kita tengok berapa lama depa buleh tahan dgn makan fetuccini je...adakah depa akan cari nasik jugak...kita tunggu....muahahaha...

Apa lagi....selamat memcuba...

Babai

Friday, 20 November 2015

Spaghetti Goreng

As salam...

Hari ni bebudak ni dah cuti sebab sekolah kebangsaan ada hari anugerah...sapa yg terlibat aja yg kena pi...hmmm...nampak sangat lah kan anak saya sorang pun tak terima apa2 anugerah kan...hahaha...

Bila depa tak pi sekolah...mulalah aktiviti bergaduh tu...biasalah mula2 depa bergurau2,lama-lama hang kata aku...aku kata hang... bergaduh... menjerit... menangis...kalau buleh selotep mulut tu....dah lama saya buat...

Lepas tu memunggah mainan...paling yg saya hilang sabaq...bila depa mula buat rumah dgn susun kusyen dan jugak guna selimut...kalau main reti kemas balik takpa...ini biaq je bersepah mcm tu je...owhhhhh...rasa mcm nak telan je sorang2...

Lepas depa puas tunggang langgangkan rumah....lapaq pulak...kali ni saya buat pekak telinga je...takdak nasik...makan spaghetti goreng je...hahaha...


Jadi, meh tengok resepi spaghetti ni...
Resepi Spaghetti Goreng Paling Sempoi
Bahan
- 1 peket spaghetti
- 3 ulas bawang putih dicincang
- 15 ekor udang
- 6 ketul sosej dihiris
- 2 biji telur
- 3 sudu makan sos ikan
- 2 sudu makan cili sos
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu besar chilli flakes
- 1 biji carrot dihiris
- 1/2 biji capsicum merah didadu
- 1/2 biji capsicum hijau didadu
- sedikit minyak utk menumis
- gula dan garam secukup rasa
- air utk merebus spaghetti

Cara
  1. Rebus spaghetti hingga lembut. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan sosej. Goreng hingga sosej masak. Masukkan udang, carrot dan chilli flakes. Kacau rata.
  4. Kemudian masukkan sos ikan, sos cili, sos tiram dan kicap. Gaul sebati.
  5. Pecahkan telur. Biarkan telur sedikit kental sebelum dikacau.
  6. Perisakan dgn gula dan garam.
  7. Seterusnya, masukkan spaghetti. Kacau hingga sebati. Tambahkan capsicum. Gaul rata.
  8. Tutup api. Sedia utk dinikmati.
Sebab depa lapaq...depa makan jugak spaghetti ni walaupun sebenarnya depa lapaq nasik...kehkehkeh...

Sambil makan...mulut berbunyi jugak...si nombor satu tanya kenapa mak tak buat spaghetti yg ada kuah tu...yg nombor dua dok komplen cakap spaghetti ni tak rasa apa...iyolah anak2...hangpa mmg tekak melayu betul...nak nasik jugak...

Hmmm...tak sedap ka spaghetti goreng ni? Saya rasa sedap je...taste org tua kot...hahaha...

Apa pun selamat mencuba dan adjust ikut citarasa sendiri ya!

Babai


Monday, 28 September 2015

Spaghetti Bolognese?

As salam...

Menu malam ni bukan nasik...maklumlah sekarang kan tengah dok control diet si nombor dua...masa balik kampung hari tu...pakat terkejut org kampung tgk size badan dia...tak macam darjah dua...macam darjah lima...okay...saya reka aje...tapi mmg betul badan dia naik mendadak...dia makan berselera...jadi bila masak western ni...harapnya dia kurang makan lah...maklumlah...dia peminat tegar nasik kan...

Resepi ni saya masak ikut apa yg ada kat dapur...kalau omputih tengok...mesti depa tepuk dahi kot...hahaha...sbb ada tokok tambah ikut selera sendiri kan...



Jadi...ini resepinya
Resepi Spaghetti Bolognese
Bahan
- 1 peket spaghetti
- 200g daging cincang
- 1 labu bawang besar didadu
- 1 biji tomato didadu
- 3 ulas bawang putih dicincang
- 1 botol besar sos pasta san remo
- 3 sudu makan tomato paste
- 1 tin cendawan butang toskan airnya
- 3 sudu makan sos tomato
- 4 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan butter
- 1/2 sudu teh oregano
- 1/2 sudu teh rosemary
- sedikit serbuk lada hitam
- garam dan gula secukupnya
- 1 sudu makan minyak masak

Cara

  1. Rebus spaghetti hingga lembut. Angkat dan toskan. Gaulkan dgn sedikit minyak utk mengelakkan spaghetti melekat.
  2. Untuk sosnya, panaskan kuali, masukkan butter. Apabila butter mula mencair, masukkan bawang putih, bawang besar, tomato, oregano dan rosemary. Goreng hingga layu.
  3. Kemudian, masukkan daging cincang. Masak sehingga daging empuk.
  4. Tambahkan semua jenis sos,tomato puree dan lada hitam. Gaul sebati.
  5. Apabila kuah mendidih, masukkan cendawan butang. 
  6. Perisakan dgn gula dan garam.
  7. Tutup api apabila daging empuk dan sos cukup rasa.
  8. Untuk menghidang, letakkan spaghetti dan curahkan sosnya.
  9. Sedia utk dinikmati.
Senangkan...saya suka kuah spaghetti yg ada rasa masam...sebab tu saya bubuh tomato paste jugak...sos cili pulak sbb nak bagi ada rasa pedas sikit...hmmm...bila masak selalunya mmg ada tokok tambah ikut selera masing-masing kan...

Jadi macam mana reaksi si nombor dua...dia makan banyak jugak...laaaa...nampaknya dia pun suka makan spaghetti lah...tak tercapai misi hari ni...dan Boss Besar pun makan bertambah...saya rasa mesti sedap kan...hahaha...kiranya habislah sepeket spaghetti dan seperiuk kuahnya...gembira rasa hati ni...lalala...

Okay...selamat memasak ya!

Babai