Showing posts with label talam. Show all posts
Showing posts with label talam. Show all posts

Tuesday, 16 June 2015

Talam Pisang

As salam...

Hari rabu lepas masa pi pasar malam saya beli pisang abu...saya mintak kat adik tu pisang yg boleh goreng hari jumaat...dia bagi pisang yg hijau lagi...owhhhh...okaylah...saya agak hari jumaat ni sesuai lah kalau nak goreng...tapi bila hari jumaat...kaler hijau lagi...takpalah...tunggu hari ahad pulak...dah mula kuning tapi pisang tu dah lembut...tak sesuai nak goreng...saya kupas kulit, simpan pisang tu dlm peti ais...

Jadi hari ni...saya nak buat talam pisang lah...resepi saya amik kat SINI

Hmmm...senang je buat talam pisang ni rupa-rupanya...sambil saya mengemas dapur lepas anak2 makan malam...saya buat talam ni...

Meh tengok resepi ni...kot-kot ada idea nak buat kuih bulan posa nanti...



Resepi Talam Pisang
Sumber: Kak Yatie
Bahan
Bahagian bawah
- 3 1/2 cawan santan
- 1 1/4 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 cawan pisang lenyek
- sedikit garam
- sedikit pewarna kuning

Cara
  1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang 9". Alaskan dengan plastik dan sapu minyak.
  2. Satukan semua bahan kecuali pisang. Kacau hingga tepung larut. Tapiskan ke dalam periuk.
  3. Tambahkan pisang. Masak diatas api sederhana sehingga naik wap. Pastikan adunan sentiasa dikacau.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Kukus 15 minit atau sehingga masak.
Sementara tunggu lapisan bawah, kita siapkan lapisan atas pulak...

Bahan
Bahagian atas
- 3 cawan santan
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung jagung
- 1/4 cawan gula pasir
- sedikit garam

Cara
  1. Satukan semua bahan. Kacau hingga tepung larut.
  2. Tapiskan ke dalam periuk.
  3. Masak sehingga naik wap.
  4. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah.
  5. Kukus 20 minit atau sehingga masak.
  6. Selepas masak, buka tudung kukusan dan kukus lagi 10 minit. Ini untuk menyejatkan lapisan air di atas permukaan kuih talam.
  7. Biarkan sejuk sebelum dipotong dgn pisau plastik.
Apa rasanya? Saya memang suka makan pisang...jadi ini memang pilihan yg sesuai lah...manis pisang dan lemak santan...gabungan yg 'wow'...

Jadi...jgn tunggu lagi...cubalah!

Babai

Thursday, 12 February 2015

Talam Tokyo

Salam...

Hmmmm...setelah berjaya mentalam hari tu...hari ni pun saya mentalam lagi...gila talam betul...jangan dok jadi talam dua muka sudah lah...


Saya buat talam tokyo jugak bersempena...adik bongsu saya...MAT...dia dapat pi Jepun...Semalam hari  penyampaian sijil tamat kursus persediaan kat UM...Mak saya pi dengan abg saya...


MAT nanti hang mai umah kak...kak masak ikan cabai spesel untuk hang..extra pedaih...(baca : pedas)...hahahaha


Ok...pasal talam tokyo ni...saya pernah makan masa kenduri adik pompuan saya bernikah...sepupu saya bawak mai...masa mula-mula makan...punya la saya dok teka...depa guna apa untuk lapisan bawahnya...



Talam Tokyo

Lepas mengoogle...baru tau guna sagu,suhun dgn kelapa parut...hmmmm...macam lain drpd lain...lagipun saya mmg suka makan sagu...


Jadi...sebab semua bahan dah ada...saya pun cuba buat talam tokyo ni...hmmmm....memang sedap...saya paling suka lapisan atasnya...lembut dan cukup lemaknya...macam biasa...saya amik resepi ni dari blog Kak Yatie...



Blur pulak gambar...aishhhh

Sekarang...jom kita tengok resepinya

Resepi Talam Tokyo

Sumber : Kak Yatie

Bahan

Lapisan Bawah (loyang 10x10x2")

- 300 gm sagu kecil warna putih
- 60 gm suhun
- 100 gm kelapa parut putih
- 100 ml santan pekat
- 300 ml air
- 1 sudu kecil garam

Cara
  1. Cuci sagu sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.
  2. Rendam sohun dngn air suam selama 30 minit, toskan dan dipotong kecil.
  3. Satukan bahan2 di atas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang  dialas plastik dan oleskan sedikit minyak.
  4. Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.
Lapisan Atas
- 4 biji telur
- 300 gm gula pasir
- 400 ml santan pekat
- 400 ml air +3 helai daun pandan(blender dan tapiskan)
- 100 gm tepung kastard
- sedikit pewarna hijau apple
- 1 sudu kecil air kapur)
- 1/2 sudu kecil garam

Cara
  1. Campurkan semua bahan dan blend rata.
  2. Kacau sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
  3. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
  4. Padamkan api dan angkat kuih setelah masak. Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong. Gunakan pisau plastik untuk mendapat potongan yang licin
** Saya balut tudung pengukus dengan kain. Lepas kuih masak, saya bukak penutup dan biarkan lagi 10 minit, supaya kalau ada lapisan air kat atas kuih tu akan tersejat.


Nampak macam susah je nak buat..tapi kalau ikut step nya...insya Allah menjadi...

Apa lagi...jom mentalam...

Babai


Wednesday, 4 February 2015

Talam Sekoteng

Salam...

Pernah tengok sekoteng tak? Sekoteng ya...bukan sekodeng...tengok bawah...
*
*
*
*
Sekoteng!
Dah lama saya teringin nak makan talam sekoteng ni...tapi taktau beli kat mana sekoteng ni...lepas tu...awal tahun lepas...masa pi Melaka...saya jumpak sekoteng ni...apa lagi...sambar la 3 peket...rm 10...masa tu la...la ni...taktau la kot-kot dah naik harga...

Lepas beli...saya letak sekoteng ni dalam peti ais...dah lama simpan...sampai lupa...hahaha...

Hari ni...saya selongkar peti ais...aishhhh...ada sekoteng rupanya...saya simpan kat chiller...terus mengimbau memori pi Melaka tahun lepas...ehhh...bukan lah...terus teringat kat talam sekoteng...

Sebelum operasi keletang keletung...check stock barang dulu...wokeyyy...lengkap.. apa lagi jom mentalam...wehhhh...teruk ni...rosak bahasa...tepuk dahi...

Resepi amik dari blog Kak Yatie...dia pandai buat kuih talam...pi la terjah blog Kak Yatie ni ya...


Sedapnya talam sekoteng ni...cukup lemak nya...sekoteng pulak,,rasa kenyal-kenyal gitu...cuma saya tak pandai nak potong kuih talam ni cantik-cantik...senget - benget...(saya konpius jap, ada ka perkataan benget ni)...dah guna pisau plastik...taktau la kot kena pakai pembaris masa nak potong kuih talam ni....kata hati saya sambil garu kepala...hahahaha

Apa lagi...ini lah resepi talam sekoteng yang sedap tu...

Resepi Talam Sekoteng
Sumber : Kak Yatie



Bahan
Untuk lapisan bawah (loyang 10x10x2)

- 50 g sekoteng (rebus dan toskan)
- 150 g tepung beras
- 250 ml santan pekat
- 450 ml air
- 1 sudu besar tepung Hoen Kwee (putih) ( saya guna hijau sbb takde stok yg kaler putih)
- 150 g gula castor
- 1 sudu teh garam

Cara
  1. Campurkan semua bahan kecuali sekoteng. Gaul hingga sebati.
  2. Tapiskan campuran itu ke dalam periuk. Masak sekejap sahaja hingga naik wap.
  3. Tutup api dan masukkan pula sekoteng yg telah direbus tadi. Kacau sebati.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak dan dilapik dengan plastik.
  5. Kukus selama 25 minit. Balut tudung pengukus dengan kain supaya wap air tak menitik kat atas kuih ni.
Untuk lapisan atas

- 150 g tepung gandum
- 300 g gula halus
- 3 biji telur
- 250 ml santan pekat
- 500 ml air
- 1/2 sudu teh garam
- 1 1/2 sudu teh perisa rose
- sedikit pewarna merah

Cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender. Blend hingga sebati. 
  2. Tapis adunan ke dalam periuk. Masak hingga naik wap.
  3. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah diisi dengan lapisan bawah tadi.
  4. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan sebelum di potong. Gunakan pisau plastik untuk potongan yang licin.
*** selepas kuih talam masak, saya kukus lagi lebih kurang 10 minit tanpa tudung pengukus bertujuan untuk menyejatkan air yang terdapat di atas permukaan kuih talam.


Ermmmm...apa lagi...mari lah mentalam...saya gerenti anda pasti puas hati...

Hahahaaha

Babai