Wednesday, 10 June 2015

Ikan Percik Putih

As salam...

Bila cuti sekolah ni...dok masak ja...dari pagi sampai ke malam...depa dok lapaq ja...baru lepas makan pagi...dah tanya masak apa utk tengahari... aishhhh...depa dok ingat mak depa ni sotong kot...banyak tangan...hahaha...

Selalunya saya masak yg mudah je...ikan goreng...sayur tumis air...singgang ikan...itupun depa suka..kalau ikan tu depa cicah dgn budu...nampaknya anak2 saya ni memang tekak kelate..
Ehhh...kari pun depa suka lah...hmmm...nasib ada gak trait utara...kalau tak...meratap hiba hati ni...

Resepi ni saya amik masa dok tengok mak mertua saya masak hari tu...rasanya dah betul kot...sebab si nombor tiga cakap "ini ikan tersedap di dunia"...

Jadi ini lah resepinya

Resepi Ikan Percik Putih
Bahan
Perap Ikan
- 3 ekor ikan kembung dibersih dan dikelar
- 3 ulas bawang putih*
- 5 biji bawang merah*
- 1/2 inci halia*
- 2 sudu teh garam*

Cara
  1. Tumbuk semua bahan bertanda* hingga halus.
  2. Salut ikan dgn bahan tumbuk.
  3. Perap 10 minit.
  4. Bakar hingga masak. (Saya guna pemanggang ajaib)
Sementara tunggu ikan masak. Kita buat kuah percik.

Bahan Kuah Percik
- 300 ml santan pekat
- 100 ml air
- 10 biji bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia*
- 1 batang serai diketuk
- 1/2 keping asam keping
- garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan tepung beras dibancuh dgn sedikit air (optional)

Cara
  1. Kisar semua bahan * hingga halus.
  2. Masukkan bahan kisar,santan,air, asam keping,serai ke dalam kuali.
  3. Masak hingga mendidih dgn api sederhana.
  4. Tambahkan garam dan gula. Jika terasa masam, keluarkan asam keping. Seimbangkan rasa masam, manis dan lemak masin.
  5. Masukkan bancuhan tepung beras utk memekatkan kuah. 
  6. Ambil sedikit kuah, curahkan pada ikan yg sedang dibakar.
  7. Seterusnya, masukkan ikan yg telah dibakar kedlm kuah percik. Masak hingga ikan mesra dgn kuah.
    Dalam kuali
  8. Sedia utk dihidangkan.
Ini cara yg sempoi...kalau ikut step sebenar, sambil bakar ikan tu...kita bubuh kuah perciknya...lepas tu...bakar pulak dgn arang...lagi lah terangkat...tapi kalau setakat tiga ekor ikan je...tak berbaloilah kalau nak bakar dgn arang ni...hahaha...

Apa pun...anak2 saya suka...abis lah ikan ni utk makan tengahari...hmmm...nak masak apa pulak utk dinner...*garu kepala*

Babai

No comments:

Post a Comment