Tuesday, 17 March 2015

Roti Sarang Lebah

As salam...

Si nombor lima dgn si nombor tiga suka makan roti...dan roti sarang lebah ni...antara roti yg depa suka...



Nak buat pun senang...saya masuk dlm mixer je...tak kuasa lah saya nak menguli tangan...ada gak kenen-kenen kat boss besar...nak beli bread maker...tapi dia buat dunno je...sian kat bini dia kannnn...

Lagi satu...yg bestnya pasal roti ni...sbb dia guna tepung gandum...jadi tak payah nak beli tepung roti kan...dan yg paling win..mestilah sos buttetscotch nya...kalau takdak whipping cream...susu cair pun boleh...senang cakap...bahan2nya...semua boleh dapat kat kedai belakang rumah je...hahaha

Okaylah...cerita panjang pun tak gunakan...meh la tengok resepinya...

Resepi Roti Sarang Lebah

Bahan
Untuk roti
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu teh yis
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1/2 cawan air suam
- 1 sudu besar gula
- 1/4 cawan plain yoghurt
- 1/4 cawan minyak jagung
- 1/4 sudu teh garam

Untuk tabur atas roti
- sedikit almond flakes,bijan hitam,kuaci

Cara
  1. Satukan yis,gula dan air suam. Biarkan sehingga berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan,masukkan tepung,garam dan baking powder. Gaul rata. Apabila yis sudah berbuih, masukkan campuran yis itu ke dalam tepung. Gaul sebati. 
  3. Tambahkan yoghurt. Uli lagi dan kemudian tambah minyak sikit-sikit. Uli sehingga menjadi doh yg elastik. Lagi lama uli lagi bagus.
  4. Rehatkan doh sehingga saiznya mengembang dua kali ganda. Tutup mangkuk adunan dgn kain lembab.
  5. Lepas doh telah naik dua kali ganda, ambil doh dan tumbuk-tumbukkannya.
  6. Kemudian,bahagikan doh kepada ketulan kecil dan susun dalam loyang. Tak perlu susun rapat sebab doh akan kembang nanti.
  7. Tunggu doh kembang dua kali ganda,taburkan almond flakes,kuaci dan black sesame di atas permukaan doh.
  8. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170C selama 10 - 15 minit atau sehingga masak.
Sebelum masuk oven

Selepas keluar oven

Sementara tunggu roti masak, kita buat sos butterscotch pulak

Bahan
- 1/2 cawan gula perang
- 1/2 cawan susu cair/whipping cream
- 2 sudu besar butter
- 1 sudu teh esen vanilla
- sedikit garam

Cara
  1. Cairkan butter di dalam periuk.
  2. Kemudian, masukkan gula perang dan masak dgn api perlahan sehingga gula cair. 
  3. Tambahkan susu cair/whipping cream. dan esen vanilla. Hati-hati sebab akan ada percikan kecil.
  4. Kacau sebati dan tutup api apabila semua campuran sebati dan sedikit likat.
Okay...roti dan sos butterscotch dah siap. Apa lagi...tuangkan sos kat atas roti...dan sedia untuk dinikmati.

Kejadian roti ni....sangat sedap dan gebu...si nombor lima pun abis makan seketul...

Selamat mencuba!

Babai

Monday, 16 March 2015

Lauk GST?

As Salam...

Hahaha...macam mana tajuk? Ngeri tak...berapa je hari lagi...GST ni nak mula...ishhhh...taktau la macam mana kan...

Kenapa saya panggil lauk GST...ini boss besar lah yg sebut bila dia nampak lauk ni kat atas meja tadi...

Sebenaqnya...saya malas nak pi market beli ikan...stok yg ada cuma telur je...hahaha...jadi menu ni yg terlintas kat kepala...nak buat kuah pekat atau cair terpulanglah...kalau anak ramai mcm saya...kuah kena bagi lebih...hahaha...



Lauk ni simple je...tapi sedap...anak2 saya suka...si nombor dua makan bertambah...

Jom tengok resepi ni...

Resepi Parpu Telur
Bahan
- 1/2 cawan parpu (rendam 1 jam/basuh/toskan)
- 3 biji telur
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 3 ulas bawang besar*
- 2 ulas bawang putih*
- 2 biji kentang belah empat
- 1 biji cili hidup dipatahkan
- 1 cawan santan pekat
- 1 1/2 cawan air
- 1 biji tomato belah empat
- 1 biji bawang besar belah empat
- garam secukup rasa

Bahan Menumis
- 1 tangkai daun kari
- 2 ulas bawang putih dihiris
- 3 ulas bawang merah dihiris
- 1 sudu teh halba campur
- sedikit minyak

Cara
  1. Tumbuk kasar bahan bertanda *. Ketepikan.
  2. Rebus parpu,serbuk jintan manis,serbuk jintan putih hingga parpu empuk dan sedikit pecah.
  3. Kemudian,masukkan serbuk kunyit dan serbuk cili. Kacau rata. Tambahkan air. 
  4. Apabila sudah mendidih,masukkan kentang. 
  5. Pecahkan telur ke dalam kuah. Jangan kacau. Biarkan telur keras dahulu baru di kacau perlahan.
  6. Seterusnya, masukkan santan, tomato,bawang besar dan cili merah. Perisakan dengan garam.
  7. Tutup api apabila kentang sudah empuk.
  8. Sementara itu, dlm kuali yg lain, panaskan minyak dan tumis bahan menumis hingga naik bau. Kemudian curahkan minyak dan bahan tumis tu ke dalam kuah parpu telur. Teknik ni dipanggil tumis darat.
  9. Sedia untuk dihidangkan. 
Lauk parpu telur ni saya partnerkan dengan ikan kering...pasal tu lah boss besar panggil lauk GST...saya kata ni langkah berjimat (padahal malas nak start kereta pi market)...hahaha

Apapun...habislah lauk GST ni...kadang2 makan yg simple tu lah yg naikkan selera kan?

Selamat mencuba...

Babai