Saturday, 17 January 2015

Sagu Gula Melaka

Salam...

Petang semalam, saya buat sagu gula melaka ni...lepas anak-anak pi sekolah..cuma tinggal si nombor empat dengan si nombor lima je...hmmm...depa takmau tidoq...macam macam saya buat nak suruh depa tidoq...ohhh...mak dah letih nak...kalau hangpa tidoq...buleh mak tumpang sekaki...


    


Lepas tu...saya ajak depa pi dapur dgn saya...hmmmm...jom buat sagu gula melaka ni...sambil dok merebus sagu tu...tengok-tengok si nombor lima dah tersengguk-sengguk...ini sudah baguih...cepat2...settle semua...jom pi tidoq...hahaha...

Haaa...sekarang apa lagi...meh tengok resepi ni...


Resepi Sagu Gula Melaka

Bahan
Untuk sagu

- 1 cawan sagu
- 3 cawan air
-  pewarna jika perlu

Cara
  1. Basuh sagu dan direbus dgn air hingga sagu menjadi jernih. Kalau masih nampak putih-putih dan air hampir kering, tambahkan sikit air lagi.
  2. Lepas sagu masak, tuangkan ke dalam penapis,bilas sekejap dgn air, sbb nak buang kanji sagu tu. Kalau nak kaler, titiskan sedikit pewarna,kacau rata.
  3. Kemudian masukkan ke dalam acuan/bekas yg sesuai.
  4. Biarkan sejuk 

Sekarang...kita nak buat kuahnya pulak...

Bahan
Untuk kuahnya

- 1 keping gula melaka
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar gula merah (nak bagi kaler gelap sikit)
- 1/2  cawan air
- 2 helai daun pandan disimpul
- 1 cawan santan
- 1/2 cawan susu cair
- sedikit garam (nak bagi rasa lemak)

* kadang-kadang saya guna semua susu cair je...terus tuang dari tin...hahaha..

Cara
  1. Masukkan gula melaka,air dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga semuanya larut.Tapis dan ketepikan.
  2. Seterusnya,dlm periuk yg lain, masukkan santan,susu cair dan garam. Didihkan sebentar. Ketepikan.
  3. Sekarang, ambil bekas yg sesuai, letakkan sagu tadi, curahkan kuah santan dan gula melaka. Siap
  4. Sedap kalau makan sejuk-sejuk.

Hmmmmm....apa lagi....cubalah....

Babai


















No comments:

Post a Comment