Jom buat buah melaka...ini lah kuih yg paling senang rasanya...bahan pun tak banyak...cuma kalau nak bagi anak makan...saya akan koyakkan kecik - kecik...iya lah...tekstur kuih ni kan kenyal...takut tercekik pulak nanti...
Sekarang ni...si nombor lima dah dapat pelajaran baru ...aishhhh...susah hati mak nya...panjat meja...lepas tu berjoget...kecik besar kecik besar je mak dia tengok...kita angkat...dia naik balik...sapa sifu nya...si nombor empat lah...
Cerita tu selingan saja...jom tengok resepi buah melaka ni...
Bahan
- 2 cawan tepung pulut
- air secukupnya
- pewarna hijau
- gula melaka di potong kecil-kecil
- kelapa parut yang ditambahkan dengan sedikit garam.
Cara
- Masukkan tepung ke dalam bekas yang sesuai.
- Tambahkan pewarna hijau.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan digaul dengan hujung jari sehingga mendapat doh yang boleh dibentuk.
- Ambil sedikit doh sebesar guli, masukkan inti gula melaka di tengah-tengah dan kemudian bentukkan menjadi bulat. Buatlah sampai habis.
- Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan buah melaka ke dalam air yang mendidih. Tunggu hingga buah melaka timbul. Angkat, sejat seketika sebelum digaulkan dengan kelapa parut.
Hmmmm...dah siap...boleh dah dihidangkan untuk minum petang...
Selamat mencuba...
Babai
No comments:
Post a Comment