Friday, 16 January 2015

Kek Batik Sempoi

Salam...

Dah lama anak pompuan saya mintak kek batik...tapi saya asyik bertangguh nak buat...bila nak buat mesti ada je bahan yg kurang...


Tapi hari ni...bila check bahan kat dapur...ehh...lengkap pulak...apa lagi..jom mulakan aktiviti keletang keletung di dapur...



Mai tengok resepinya...



Resepi Kek Batik Sempoi

Bahan




- 2 cawan milo
- 2 sudu makan serbuk koko
- 1/2 tin susu pekat
- 1 buku buttercup
- 1 peket biskut marie dipatah-patahkan

Cara



Step #4 dgn #5 tak sempat nak snap gambaq...kalut dgn anak-anak..huhuhu
  1. Cairkan butter di dalam periuk. Guna api sederhana
  2. Tambahkan susu pekat.Gaul rata
  3. Masukkan milo dan serbuk koko. Kacau hingga semua bahan larut.
  4. Kemudian masukkan biskut marie yg telah dipecah-pecahkan. Gaul sebati.
  5. Pindahkan adunan kedalam bekas yg sesuai. Tekan sehingga padat.
  6. Simpan dlm peti sejuk. Lebih kurang satu jam
  7. Sedia untuk dihidangkam

Apa yg ditunggu lagi...cepat pi beli bahan-bahannya...mesti anda akan jadi pooojaaaan anak-anak..hahaha

Babai


No comments:

Post a Comment