Tuesday, 6 January 2015

Apam Tapai Nasi

Salam...






Dari kecik...apam ni memang favourite saya...selalunya mak akan order kat kawan dia...sedapnya...lembut dan gebu kejadiannya...kawan mak cakap dia guna tapai nasi...so kalau nak order apam ni dari dia...kena bagitau awal...sbb dia nak prepare tapai nasik dulu...

Itu nostalgia kecik-kecik saya...dah lama saya tak jumpak apam sesedap kawan mak buat sehinggalah pada suatu hari...


"Comel...mai sini sat"

*
"Kenapa Kak Cantik panggil saya?"

*
"Mai la rasa kuih apam ni"

Lantas saya pun merasa kuih apam tu dan otomatik melompat bintang...sebab sungguh sedap dan lembut kejadian kuih apam ni...

Apa lagi...mintak resepi lah...dan yang baguihnya Kak Cantik bukan setakat bagi resepi je...dia bagi tapai nasi jugak...yayyyyyy...

Bagai disorongkan bantal...saya pun buat ikut mcm Kak Cantik ajar...hmmmm...dan saya mengucapkan syabas pada diri sendiri..sbb dah reti buat sendiri apam ni...lalalala...

So apa lagi...mari kita buat apam...



Hmmmm....
Resepi Apam Tapai Nasi

Bahan

- 1 cawan tapai nasi
- 1 cawan gula
- 3 cawan tepung beras
- 2 cawan air
- 2 sudu teh ENO kaler biru

Cara
  1. Masukkan semua bahan kecuali ENO ke dalam blender. Blend hingga halus dan sebati
  2. Tuangkan adunan ke dalam bekas bertutup. Perap 6 jam.
  3. Selepas  6 jam, kacau adunan itu
  4. Tambahkan pewarna jika suka.
  5. Panaskan kukusan.
  6. Sementara itu, masukkan ENO kedalam adunan. Kacau rata. Isikan adunan ke dalam acuan lompang dan boleh mula mengukus bila air kukusan sudah mendidih. Tempoh mengukus 10-12 minit bergantung pada saiz apam.
  7. Teruskan mengukus sampai adunan habis.
Hmmmmm...dah siap...jom makan!

Babai
~aimzf~


1 comment:

  1. feveret.tq ya..blog saya https://cararesepi.blogspot.com/

    ReplyDelete