Pernah makan kuih kapal terbang tak? Ini bukan biskut kaler merah bentuk kapal terbang tu tau...
image dari google |
Lain tempat..dipanggil dgn nama lain...kuih tiram rasanya...anak-anak saya tak pernah jumpak dan makan kuih ni...depa ni asyik makan cikedis je...ohhhh...tak berkhasiat nak oiii...mai mak buat kat hangpa kuih kapal terbang ni...
Macam biasa...sumber rujukan...mak kat kampung lah...gembira mak saya...hari-hari dok call dia...bergosip sambil mintak resepi...hahaha...
Rangupnya! |
Kali ni...saya rajin sikit...saya tunjuk step by step...cuma gambar time goreng...salut gula tu takdak...biasalah...anak dah menangis..cepat-cepat saya perabih apa yang patut...
Ready?
Resepi Kuih Kapal Terbang
Bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- sedikit garam
- air secukupnya
- 4 sudu besar tepung jagung
- 4 sudu besar minyak masak
- Sedikit gula aising ( boleh juga guna gula yang dikisar halus)
- Minyak untuk menggoreng
- Pewarna jika suka. Saya letak kaler merah.
Cara
Langkah demi Langkah |
- Campurkan tepung jagung dan minyak masak. Gaul sebati. Ketepikan.
- Dalam mangkuk yang lain, masukkan tepung dan garam. Gaul rata.
- Kemudian, masukkan telur dan digaul lagi.
- Seterusnya, masukkan air sedikit- sedikit dan uli hingga menjadi doh. Konsepnya...kalau keras tambahkan air...dan kalau lembik...tambahkan lagi tepung..
- Bahagian doh kepada beberapa bahagian kecil.
- Canaikan doh kecil tu sehingga nipis. Untuk elakkan doh melekat di papan pencanai, taburkan sedikit tepung pada permukaan papan pencanai. (Saya guna dulang je)
- Sapu campuran minyak masak dan tepung jagung pada permukaan doh yang telah dicanai.
- Gulungkan doh itu.
- Potong gulungan doh secara itu menyerong.
- Kemudian, canai potongan kecil doh itu.
- Panaskan minyak secukupnya. Goreng lah doh yang telah kita canai tadi. Masa menggoreng tu..kita ketuk -ketuk sikit kuih tu supaya lapisannya mengembang. Saya guna chopstick untuk ketukkan kuih tu. Jangan ganas sangat. Nanti pecah pulak kuih kita
- Buatlah sehingga habis.
- Apabila dah siap di goreng, toskan kuih kapal terbang ni. Tunggu sejuk sebelum digaulkan dengan gula.
- Simpan dalam bekas kedap udara.
Hmmm...dah siap...jom makan sambil tengok TV..Krak kruk krak kruk bunyinya. Rangup!
Babai
No comments:
Post a Comment