Pernah tengok sekoteng tak? Sekoteng ya...bukan sekodeng...tengok bawah...
*
*
*
*
Sekoteng! |
Lepas beli...saya letak sekoteng ni dalam peti ais...dah lama simpan...sampai lupa...hahaha...
Hari ni...saya selongkar peti ais...aishhhh...ada sekoteng rupanya...saya simpan kat chiller...terus mengimbau memori pi Melaka tahun lepas...ehhh...bukan lah...terus teringat kat talam sekoteng...
Sebelum operasi keletang keletung...check stock barang dulu...wokeyyy...lengkap.. apa lagi jom mentalam...wehhhh...teruk ni...rosak bahasa...tepuk dahi...
Resepi amik dari blog Kak Yatie...dia pandai buat kuih talam...pi la terjah blog Kak Yatie ni ya...
Sedapnya talam sekoteng ni...cukup lemak nya...sekoteng pulak,,rasa kenyal-kenyal gitu...cuma saya tak pandai nak potong kuih talam ni cantik-cantik...senget - benget...(saya konpius jap, ada ka perkataan benget ni)...dah guna pisau plastik...taktau la kot kena pakai pembaris masa nak potong kuih talam ni....kata hati saya sambil garu kepala...hahahaha
Apa lagi...ini lah resepi talam sekoteng yang sedap tu...
Resepi Talam Sekoteng
Sumber : Kak Yatie
Bahan
Untuk lapisan bawah (loyang 10x10x2)
- 50 g sekoteng (rebus dan toskan)
- 150 g tepung beras
- 250 ml santan pekat
- 450 ml air
- 1 sudu besar tepung Hoen Kwee (putih) ( saya guna hijau sbb takde stok yg kaler putih)
- 150 g gula castor
- 1 sudu teh garam
Cara
- Campurkan semua bahan kecuali sekoteng. Gaul hingga sebati.
- Tapiskan campuran itu ke dalam periuk. Masak sekejap sahaja hingga naik wap.
- Tutup api dan masukkan pula sekoteng yg telah direbus tadi. Kacau sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak dan dilapik dengan plastik.
- Kukus selama 25 minit. Balut tudung pengukus dengan kain supaya wap air tak menitik kat atas kuih ni.
Untuk lapisan atas
- 150 g tepung gandum
- 300 g gula halus
- 3 biji telur
- 250 ml santan pekat
- 500 ml air
- 1/2 sudu teh garam
- 1 1/2 sudu teh perisa rose
- sedikit pewarna merah
Cara
- 300 g gula halus
- 3 biji telur
- 250 ml santan pekat
- 500 ml air
- 1/2 sudu teh garam
- 1 1/2 sudu teh perisa rose
- sedikit pewarna merah
Cara
- Masukkan semua bahan ke dalam blender. Blend hingga sebati.
- Tapis adunan ke dalam periuk. Masak hingga naik wap.
- Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah diisi dengan lapisan bawah tadi.
- Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan sebelum di potong. Gunakan pisau plastik untuk potongan yang licin.
*** selepas kuih talam masak, saya kukus lagi lebih kurang 10 minit tanpa tudung pengukus bertujuan untuk menyejatkan air yang terdapat di atas permukaan kuih talam.
Ermmmm...apa lagi...mari lah mentalam...saya gerenti anda pasti puas hati...
Hahahaaha
Babai
No comments:
Post a Comment