Tuesday, 3 February 2015

Bawal Emas Sos Paprik

Salam...

Anak-anak saya suka makan bawal emas ni...goreng garing-garing lepas tu curahkan kuah kat atas ikan...tak kisah lah, sweet sour ka, kuah kicap ka...laju depa makan... kalau sekor besaq ni...si nombor satu dengan si nombor dua...sat ja depa boleh habiskan...Alhamdulillah...setakat ni anak-anak saya suka makan ikan...


Ikan ni saya beli kat tepi jalan masa on the way balik dari Morib...harga dia takdak beza pun dengan yang saya beli kat pasar malam kat area umah saya ni, beza seringgit je...tapi alang-alang dah ikut jalan tu kan, beli lah jugak...saya beli jugak ikan sebelah...sebab masa dok pilih ikan tu, ada pakcik tu memborong ikan sebelah..saya tanya dia...ikan sebelah ni sedap masak apa..dia kata goreng garing-garing...apa lagi... saya pun beli seekor... balik dari Morib tu, saya tanak nasik, lepas tu goreng garing ikan sebelah...makan dengan sambal kicap..sedap...i tell u...

Tapi hari ni, saya bagi resepi bawal emas sos paprik ya...kalau nak pedas, boleh lah letak dua tiga biji cili padi...saya tak letak ya...sebab tak makan pedas...hahaha...




Resepi Bawal Emas Sos Paprik

Bahan
- 1 ekor bawal emas ( lebih kurang 800 g)
- 3 ulas bawang putih diketuk
- 1/2 inci halia dihiris
- 2 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan sos cili thai
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 sudu teh sos ikan
- 1/2 kiub pati ikan bilis
- 1 sudu makan gula
- sedikit hirisan carrot,cauliflower, putik jagung
- 1 biji cili merah dihiris kasar
- 3 helai daun limau purut
- sedikit serbuk kunyit
- garam secukup rasa
- 1 sudu teh tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
- sedikit tepung jagung untuk dilumur pada ikan
- minyak untuk menggoreng

Cara

Untuk ikan
  1. Basuh ikan hingga bersih. Kelarkan badan ikan. Lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak. Sebelum menggoreng, taburkan sedikit tepung jagung pada ikan. Goreng ikan hingga garing.
  3. Ketepikan.
Untuk sos
  1. Minyak menggoreng ikan tadi dikurangkan sehingga tinggal sedikit, sekadar cukup untuk menumis sahaja.
  2. Kemudian, tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan gula, goreng hingga gula menjadi perang.
  3. Tambahkan cili kisar. Masak hingga cili garing. 
  4. Letakkan sos cili thai, sos tiram, kicap manis, kiub pati ikan bilis dan sos ikan. Kacau rata. Seimbangkan rasa ikut citarasa masing-masing. Tambahkan sedikit air.
  5. Seterusnya, tambahkan hirisan sayur-sayuran, cili merah dan daun limau purut. Kacau sekali sekala.
  6. Tunggu hingga sayur-sayuran lembut sedikit. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kuah menjadi sedikit likat dan berkilat.
  7. Perisakan dengan garam jika perlu ( sepatutnya kuah ni dah cukup masinnya  sebab kita guna kiub ikan bilis dan sos ikan).
  8. Tutup api. Sedia untuk di curahkan ke atas ikan.

Hmmmmm...macam mana...senang kan...boleh lah cuba...mesti anak-anak makan nasik betambah-tambah...

Babai

No comments:

Post a Comment