Masa kecik-kecik dulu...mak saya selalu buat air kacang soya...maklumlah...
kami kan ramai...kalau beli tak cukup pulak nanti...lagipun kalau buat sendiri...memang dah terjamin bersih dan sedap kan!
Mak akan rendam sekati kacang soya sampai kembang...lepas tu...blender sampai halus...masukkan dalam kain nipis...dan mak akan perah buntil kain tu...haaaa...dalam mangkuk nanti...ditadah air soya yg diperah tu...
Kagum saya...sebab hampas soya yg tinggal tu memang betul2 kering...hebat mak!
Mestilah...mak kan dok basuh baju dgn tangan...jadi kalau setakat nak perah soya tu...pejam mata ja...masa kecik...kita tak ambik kisah sangat...tapi bila diri sendiri dah jadi mak...baru sedaq...memang tak terbayar pengorbanan mak jaga kami sepuluh beradik...
Hmmmm...tapi bila saya buat air kacang soya ni...saya tak perah pun kacang soya tu...saya cuma letak dlm penapis...dan tekan dgn senduk je...tangan saya...tak sekuat tangan mak!
Apa lagi...jom layan resepi air soya ni...
Resepi Air Kacang Soya
Bahan
- 200g kacang soya
- 2 liter air
- secubit garam
- gula secukupnya
Cara
- Rendam kacang soya sehingga kembang.
- Masukkan kacang soya yang telah kembang ke dalam blender. Masukkan 500 ml air. Blend hingga halus.
- Letakkan kisaran kacang soya itu kedalam penapis. Tekan-tekan dengan belakang senduk sehingga semua air kacang soya keluar.
- Hampas yang tertinggal dimasukkan sekali lagi ke dalam blender. Tambahkan sedikit air dan dikisar. Ulang langkah tiga (3).
- Kemudian, dengan menggunakan penapis teh, tapis sekali lagi air kacang soya itu, ini bertujuan untuk menapis sisa-sisa kacang soya yang tinggal.
- Jika tidak menggunakankan penapis, boleh juga masukkan kisaran kacang soya tu ke dalam kain muslin. Perah macam kita perah kain.
- Seterusnya, masukkan air kacang soya mentah dan baki air ke dalam periuk. Kalau ada daun pandan pun, boleh letak ya!.Masak diatas api sederhana sehingga mendidih.Semasa memasak air kacang soya ni, kita perlu kacau supaya tak hangit di bahagian bawahnya. Tambahkan sedikit garam (ini untuk bagi rasa lemak soya) dan juga gula mengikut citarasa masing-masing.
- Sedia untuk dihidangkan panas atau sejuk.
Komen anak-anak saya...si nombor dua cakap...sedapnya mak...berkrim macam susu...si nombor satu pulak...dia suka cair...jadi dia pi tambah air lagi...jadi terpulang kepada masing-masinglah...nak pekat atau pun nak cair...sebab selalunya kalau kita beli kat kedai..airnya cair kan?
Apa lagi...jom jamu famili dengan air soya bikin sendiri..