Tuesday, 16 June 2015

Talam Pisang

As salam...

Hari rabu lepas masa pi pasar malam saya beli pisang abu...saya mintak kat adik tu pisang yg boleh goreng hari jumaat...dia bagi pisang yg hijau lagi...owhhhh...okaylah...saya agak hari jumaat ni sesuai lah kalau nak goreng...tapi bila hari jumaat...kaler hijau lagi...takpalah...tunggu hari ahad pulak...dah mula kuning tapi pisang tu dah lembut...tak sesuai nak goreng...saya kupas kulit, simpan pisang tu dlm peti ais...

Jadi hari ni...saya nak buat talam pisang lah...resepi saya amik kat SINI

Hmmm...senang je buat talam pisang ni rupa-rupanya...sambil saya mengemas dapur lepas anak2 makan malam...saya buat talam ni...

Meh tengok resepi ni...kot-kot ada idea nak buat kuih bulan posa nanti...



Resepi Talam Pisang
Sumber: Kak Yatie
Bahan
Bahagian bawah
- 3 1/2 cawan santan
- 1 1/4 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 cawan pisang lenyek
- sedikit garam
- sedikit pewarna kuning

Cara
  1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang 9". Alaskan dengan plastik dan sapu minyak.
  2. Satukan semua bahan kecuali pisang. Kacau hingga tepung larut. Tapiskan ke dalam periuk.
  3. Tambahkan pisang. Masak diatas api sederhana sehingga naik wap. Pastikan adunan sentiasa dikacau.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Kukus 15 minit atau sehingga masak.
Sementara tunggu lapisan bawah, kita siapkan lapisan atas pulak...

Bahan
Bahagian atas
- 3 cawan santan
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung jagung
- 1/4 cawan gula pasir
- sedikit garam

Cara
  1. Satukan semua bahan. Kacau hingga tepung larut.
  2. Tapiskan ke dalam periuk.
  3. Masak sehingga naik wap.
  4. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah.
  5. Kukus 20 minit atau sehingga masak.
  6. Selepas masak, buka tudung kukusan dan kukus lagi 10 minit. Ini untuk menyejatkan lapisan air di atas permukaan kuih talam.
  7. Biarkan sejuk sebelum dipotong dgn pisau plastik.
Apa rasanya? Saya memang suka makan pisang...jadi ini memang pilihan yg sesuai lah...manis pisang dan lemak santan...gabungan yg 'wow'...

Jadi...jgn tunggu lagi...cubalah!

Babai

No comments:

Post a Comment