Hari ni...pagi2 lagi bebudak ni dah bangun....nak pi sukan sekolah...untuk si nombor dua dgn si nombor tiga...depa ada sukaneka...si nombor satu tak masuk apa-apa acara...tapi dia pi jugak sebab cikgu suruh dia ganti org amik hadiah...kot-kot ada yg tak mai...
Boss besar yg bawak depa...saya dok umah jaga panglima dua beradik ni...lagipun depa bangun lambat...hmmmm...padang sekolah pun becak sbb malam tadi hujan...tak kuasa lah saya nak mengepung panglima dua beradik tu nanti...
Breakfast tadi...saya cuma bakar roti je..cukuplah utk alas perut...sementara panglima dua beradik tak bangun tidoq lagi...saya selongkar peti ais...jumpak daun pisang...rasanya dah sebulan duduk dlm peti ais ni...pilih2...ada yg buleh guna lagi...jadi saya nak buat nagasari cendol je...cendol tu pun saya buat sendiri..resepi ada kat SINI...guna cendol yg beli yg siap pun okay...saya buat sendiri cendol ni sebab bahan2 semuanya ada...
Okaylah...ini resepinya
Resepi Nagasari Cendol
Bahan
- 1 cawan tepung jagung
- 2 sudu besar tepung hon kwee
- 1 cawan gula
- 1700ml santan (400ml santan kotak + 1300ml air)
- 1 sudu teh garam
- 400g cendol
- 2 helai daun pandan disimpul
- daun pisang yg telah dilayur/bekas secukupnya
Cara
- Satukan semua bahan kecuali cendol dan daun pisang.
- Kacau sebati dan masak di atas api sederhana sehingga likat dan berkilat.
- Kemudian, masukkan cendol. Kacau sebati. Masak lagi sehingga letupan-letupan kecil terbentuk.
- Tutup api dan sejukkan sebentar.
- Bentukkan daun pisang seperti kelongsong, lipat hujung bawahnya dan masukkan adunan ke dalamnya. Kuantiti adunan bergantung kepada saiz kelongsong. Lipat sebelah lagi hujung kelongsong. Kemaskan.
- Buat sehingga adunan habis. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
- Sedia utk dihidangkan.
Macam mana rasanya?
Sedap...tambah lagi makan masa sejuk...terasa meluncur je dalam mulut...cendol pun yg homemade kan...so tak terasa lah air kapur tu sangat...saya ingat...kalau nak buat makan2 kat rumah...kuih ni antara yg akan masuk list...
Memandangkan daun pisang tak cukup, saya letak je dalam bekas dadih yg kecik tu...takde hal punya...janji sedap...
Apa lagi...selamat mencuba!
Babai
Assalam.....tepung hon kwee tu tepung apa
ReplyDelete