Macam mana lah pulak terpikiaq nak buat biskut ni...
Dalam peti ais ada dua biji nenas saiz kecik...bukan baby nenas tu...nenas biasa yg masam...sblm ni saya dah guna sebiji tinggal lagi dua...apa lagi saya parut nenas tu buat jem saja..tak dpt banyak pun...dalam semangkuk kecil je...dan saya puas hati lah sbb first time buat jem dan jadi pulak....yayyyyy...
Tapi anak2 tak minat pulak makan jem nenas ni...pikiaq punya pikiaq..saya nak buat tat nenas aje...jadi saya masak lagi jem tu dan di tambah dgn sedikit tepung gandum supaya nanti senang nak gentel...dpt lah 30 biji inti nenas saiz guli...
Lepas tu saya uli doh, letak kaler oren utk bunga, hijau utk daunnya...resepi doh ni sedap sbb dohnya tak gebu mcm tat yg biasa tu, jadi bila makan tak muaklah...keletang keletung...ini hasilnya...
Hmmm...jom tengok resepi...
Resepi Tat Bunga
Bahan
- 125g butter
- 25g gula castor
- 1/8 cawan susu pekat
- 1 biji kuning telur gred C
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 225g tepung gandum
- secubit garam
- pewarna oren/kuning dan pewarna hijau
- inti nenas secukupnya
Cara
- Satukan butter dan gula. Pukul hingga kembang.
- Masukkan susu pekat. Pukul lagi. Tambahkan telur, esen vanilla dan pewarna oren. Pukul sebati.
- Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh.
- Ambil sedikit doh, warnakan dgn pewarna hijau. Gaul hingga warna hijau sebati.
- Masukkan doh oren dan doh hijau ke dalam plastik berasingan. Simpan dlm peti sejuk 30 minit.
- Keluarkan doh dari peti sejuk. Uli sekejap supaya lembut.
- Untuk doh hijau, ambil sedikit dan bentukkan memanjang lbh kurang 1.5 cm, manakala canaikan doh oren setebal 0.5 cm, terap dgn acuan bunga(saya guna acuan cheese tart je).
- Ambil satu doh yg telah diterap, letak inti di tengah dan rapatkan bahagian sebelah hujungnya sahaja. Letakkan tiga doh hijau pada bahagian yg dirapatkan utk membentuk sepal.
- Buat sehingga habis.
- Masukkan doh yg telah siap dibentuk ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu.
- Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
- Keluarkan biskut dari oven dan sejukkan di atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
- Sedia utk dinikmati.
Sbb tat nenas mmg feveret saya, jadi otomatik tat bunga ni pun jadi feveret jugak...intinya yg tak manis melampau dan ada rasa masam-masam gitu...wahhhh...saya suka...satu adunan kat atas tu dptlah dlm 30 biji bergantung pada saiz bunga...
Bila biskut ni berjaya dgn cemerlangnya, mula lah saya terpikiaq nak buat jem kurma dan lepas tu buat tat kurma pulak...sbb dlm peti ais banyak betul stok buah kurma...
Okaylah...kalau boring2 tu, cubalah buat biskut ni...sedap ..i tell u!
Babai
No comments:
Post a Comment