Dah lama tak makan masak kurma...apa lagi terus terpikiaq nak masak kurma ayam utk hari ni...
Versi masak kurma ni, ayam dan ubi kentang di goreng dulu...sebab saya dok perati anak saya, depa tak suka makan ayam ketul besar yg dimasak berkuah kalau ayam tu tak digoreng...kecuali ayam yg dimasak kari je...
Dan sebab nak abiskan susu cair yg ada dlm peti ais, saya bubuh jugak dlm masak kurma ni...
Okay...meh tengok resepinya...
Resepi Kurma Ayam
Bahan
- 1/2 ekor ayam dibasuh bersih
- 3 ulas bawang putih*
- 5 biji bawang merah*
- 1 inci halia*
- 4 biji buah keras*
- 3 sudu makan rempah kurma
- 1/4 cawan susu cair
- 1 kotak kecil santan
- 2 biji kentang potong empat
- 1 biji tomato potong empat
- 1 biji cili hijau hiris kasar
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit serbuk kunyit
- air secukupnya
- minyak masak secukupnya
Untuk tumis
- 2 ulas bawang putih dihiris
- 3 biji bawang merah dihiris
- 1 hiris halia
- 1 pelepah daun kari
- sedikit daun pudina
- sedikit bunga lawang,bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga
Cara
- Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
- Goreng kentang hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
- Kisar semua bahan bertanda* hingga lumat. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumis hingga terbit bau. Masukkan rempah kurma yg telah dibancuh dgn sedikit air. Goreng hingga garing.
- Masukkan pula bahan yg telah dikisar.
- Masak hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam. Gaul sebati. Tambahkan susu cair dan santan. Jika pekat masukkan sedikit air mengikut kepekatan yg dikehendaki.
- Perisakan dgn garam dan gula.
- Kemudian, masukkan kentang, tomato dan cili hijau.
- Masak sehingga mendidih dan ubi kentang dan ayam telah masak sempurna.
- Tutup api. Sedia utk dinikmati.
Hasilnya sgt sedap...hahaha...terpuji lauk sendiri pulak...si nombor dua cakap sedap...owhhhh..nak bodek mak lah tu sbb nak tambah nasik lagi...kadang2 kesian bila dia mintak nasik tapi iyalah dia dah termasuk dalam kategori obese dah...kecik2 ni mmg lah cute...takut nanti penyakit pulak yg mai...jadi mmg kena kawal food intake dia...alang2 kontrol diet si nombor dua...satu famili pun kena join diet jugak...hahaha...
Apa pun, selamat mencuba ya!
Babai
No comments:
Post a Comment