Donut ni saya buat semalam, utk bawak pi rumah kakak saya kat ampang tu...biasalah kan cuti jerebu, rakyat jelata dan boring duduk terperap dlm rumah...sblm pi saya suruh depa kemas rumah...wahhhh semuanya rajin kuasa kuda...bersemangat nak pi jumpak sepupu depa...paling best si nombor dua, dia simpan baju yg saya lipat tu kat merata2 tempat..baju saya dalam almari ayah dia, baju si nombor tiga, dia susun kat tempat si nombor lima...hmmmm saya pikir konsep si nombor dua ni ialah janji semua baju duduk dalam almari...satgi pandai2 lah selongkar sendiri...
Pi ampang tak lama pun, sampai pukul 1.30 ptg, balik pukul 4.00 sbb nak elak jammed...lagipun kan hari ni dah sekolah dan depa ada exam cuma sepanjang perjalanan balik tu jenuh jugak nak menjawab soalan si nombor dua pasaipa kena balik awal...aishhhh anak...kalau hangpa tak periksa takpa lah balik lambat, ini nak exam pun masih lagi buleh bersukaria ..
Okaylah...panjang ceritanya...meh tengok resepi...saya guna resepi mak saya...
Resepi Donut
Bahan
- 4 cawan tepung gandum
- 1 cawan air suam
- 2 sudu besar instant yeast
- 4 sudu besar marjerin
- 4 sudu besar gula
- 1 sudu besar susu pekat manis
- gula icing secukupnya
- minyak utk menggoreng
Cara
- Larutkan gula dalam air suam. Masukkan yis dan biar hingga berbuih.
- Dalam mangkuk adunan, gaul tepung,marjerin dan susu pekat. Tambahkan campuran yeast. Uli hingga jadi doh. Jika lembik, tambahkan sedikit tepung.
- Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda
- Kemudian, tumbukkan doh utk krluerkan angin nak bahagikan doh kepada bebola kecil.(saya buat size telur puyuh sbb nak donut saiz mini)
- Rehatkan bebola doh kecil 20 minit.
- Panaskan minyak, buat lubang dengan menekan bahagian tengah doh kecil menggunakan chopstick/ jari.
- Angkat bebola doh dan goreng hingga masak dgn api sederhana.
- Sejukkan sebelum disalut dgn gula aising.
Hmmm dah siap, satu adunan kat atas tu banyak jugak hasilnya...kiranya cukup lah utk dimakan oleh 5+6 kanak2...
Donut ni walaupun tak letak banyak bahan, tetap gebu dan sedap...kalau nak variasi, bulehlah diletakkan topping coklat...saya takdan nak buat, maklumlah rakyat jelata dan tak sabar nak pi ampang...asyik dok tanya donut dah siap ke belum...
Okaylah...selamat memasak!
Babai
No comments:
Post a Comment