Saturday, 31 October 2015

Mee Goreng Basah

As salam...

Pagi ni makan nasik lemak...Boss Besar beli lepas dia hantar si nombor dua ke sekolah...dia pi rombongan...bukan jauh pun..i-City ja...hahaha...mula2 tak bagi pi tapi dia beria2 nak pi dgn kengkawan...jadi Boss Besar bagi pi jugak...Selasa ni pulak turn si nombor tiga pi rombongan...tempat sama...i-City jugak...

Si nombor satu pulak ada camping kat Hulu Langat...masa dia bagitau nak pi tu, kami laki bini buat dunno je...takmau bagi dia join camping tu...tapi biasalah lembut hati jugak sbb hari2 dok mintak nak pi...pi jumaat dan esok balik...

Sebenarnya dok risau jugak sbb la ni kan petang je hujan dgn kilat...harapnya urusetia kat sana jaga bebudak tu betul2...hmmmm...jgn si nombor satu dok menangis sudahlah...

Menu mee goreng ni saya buat utk minum petang dan dlm hati saya berharap depa buleh tahan sampai malam lah...saya nak tutup opis (baca: dapur) awal hari ni sbb subuh esok anak sedara Boss Besar nak sampai...saya nak mengemas rumah sikit jadi kena gantung periuk awal lah...

Resepi ni sangat ringkas, saya guna homemade kueyteow paste je tapi kalau tak guna pun takpa cuma kena adjust bagi cukup rasa lah ya...



Ini resepinya...
Resepi Mee Goreng Basah
Bahan
- 1 peket mee kuning;basuh dan ditoskan
- 2 ulas bawang putih diketuk
- 1 sudu makan cili kisar
- 10 ekor udang
- 1 keping fishcake dihiris
- 5 biji fishball di hiris
- 2 senduk kecil homemade kueyteow paste (resepi SINI)
- 2 sudu makan kicap pekat
- 2 sudu makan sos cili
- 1 biji telur
- sedikit bancuhan tepung jagung ( 1 sudu teh tepung jagung dibancuh dgn sedikit air)
- sedikit sawi pakchoy dihiris
- minyak utk menumis

Cara
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Tambahkan cili kisar. Goreng hingga garing.
  2. Kemudian, masukkan fishball dan fishcake. Kacau sekejap sebelum dimasukkan udang dan kueyteow paste. Kacau rata.
  3. Apabila udang mula mengecut, pecahkan telur. Biar telur masak sedikit sebelum dikacau.
  4. Seterusnya masukkan mee. Kacau sebati. Tambahkan sos cili dan kicap pekat. Gaul rata. Jika nampak kering, masukkan sedikit air. 
  5. Goreng hingga mee masak sebelum dimasukkan sayur. Apabila sayur mula layu, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sebati.
  6. Tutup api apabila mee berkilat dan cukup rasa.
  7. Sedia utk dihidangkan.
Kalau tengok resepi ni saya tak bubuh garam sbb kueyteow paste tu dah masin,mee kuning pun masin jugak...memang kalau goreng mee kita tak letak garam...jadi untuk seimbangkan rasanya kita cuma adjust penggunaan sos cili dan kicap je...

Saya tambahkan bancuhan tepung jagung utk dpt kesan berkilat dan ala2 basah gitu...kalau takmau bubuh pun takpa...

Okaylah...saya nak mulakan operasi mengemas rumah pulak...tukar cadar dan mop lantai....lalala...

Babai

Friday, 30 October 2015

Apam Pisang Coklat Urai

As salam...

Dalam peti ais ada pisang awak yg dah ranum...sblm ni saya buat cekodok...lepas tu pikir2 balik bukan nak buat cekodok lagi kan...

Cerita pasal cekodok ni, teringat pulak si nombor tiga...baru2 ni saya bekalkan cekodok utk dia bawak pi sekolah agama...kat sekolah agama tu depa kena bawak bekal ataupun bayar yuran makan dan pihak sekolah akan bagi makan lah...saya pilih utk bawak bekal je sbb dah mmg duduk kat rumah kan tambah lagi mmg kena buat breakfast pun...jadi masa pi amik depa dari sekolah agama tu, si nombor tiga menangis...saya ingat kena marah dgn ustazah...bukan...dia nangis sbb semua kawan dia suka cekodok dan dia tak sempat pun nak makan...iya lah budak2 kan...mesti teringin nak merasa bila tengok kawan2 bawak bekal...lepas insiden tu...si nombor tiga selalu request nak bawak roti je...hahaha...bila nombor dua bercerita pulak...kalau hari dia bawak bekal maggi goreng...kawan2 nya mesti berebut2 nak rasa jugak...alahaiiii mcm2 kerenah anak2 kan...

Hari ni takmau buat cekodok, saya nak buat apam...lepas tu bubuh chocolate rice...mesti sedap...sbb pisang dan coklat kan...manyak ngammmm ho!



Apa lagi ni resepinya
Resepi Apam Pisang Coklat Urai
Bahan
- 6 biji pisang awak masak ranum
- 2 biji telur
- 1/2 cawan minyak jagung
- 1/2 cawan gula
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh esen pisang
- 2 sudu besar chocolate rice
- secubit garam

Cara
  1. Panaskan kukusan. 
  2. Satukan semua bahan kecuali tepung dan chocolate rice.
  3. Blend sehingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan. Masukkan tepung. Kaup balikkan sehingga sebati. Kemudian tambahkan chocolate rice. Gaul sebati.
  5. Ambil sedikit adunan, isikan ke dalam acuan sehingga 3/4 penuh. Buat sehingga habis.
  6. Masukkan acuan ke dalam pengukus. Kukus 15 minit atau sehingga masak.
  7. Angkat dan biarkan sejuk sebentar.
  8. Sedia utk dinikmati


Saya buat versi paling senang... semuanya dimasukkan dlm blender je...nasib menjadi jugak...gebu dan lembut...sebelum ni saya guna pisang emas, gebu jugak tapi permukaan atas tu mcm lembab dan berkedut2...bila tanya kat mak saya...dia cakap kalau guna pisang emas mmg akan jadi mcm tu sbb pisang emas ni banyak air...betul kot sbb kali ni bila guna pisang awak...naik kembung elok je dan permukaan atasnya pun tak berkedut2 banyak sangat....cuma taklah mcm cucuk botox tu...hikssss...

Yang paling suka apam ni...si nombor tiga...tambah lagi ada chocolate rice...sedap bila tergigit kat bahagian coklat tu...dan apam ni pun tak manis sgt...sedang2 gitu...

Jadi apa yg ditunggu lagi...selamat mencuba!

Babai


Thursday, 29 October 2015

Kuih Ketayap

As salam...

Hari ni dok mengajar si nombor dua praktis soalan utk exam dunia seni visual...adoyaiiii...si nombor dua mmg tak berseni langsung...kaler pun tak pandai dan nampaknya melukis/mewarna ni mmg bukan feveret dia...si nombor empat lagi pandai kaler drpd abg nya...hikkksss tapi yg saya kagum dgn si nombor dua ni ialah dia cepat menghafal...

Jadi utk lunch saya masak yg paling senang...ayam masak kicap...maklumlah sibuk dok praktis kaler dgn anak..masa exam pertengahan tahun pun mcm ni jugak...praktis melukis tapi end up,masa exam si nombor dua pi pilih soalan lain...dpt `C'...hahaha

Kuih ketayap ni pulak buat utk minum petang...saya mmg ada buat stok inti kelapa manis tu dlm freezer...jadi hari ni cuma bancuh adunan utk kulitnya saja...resepinya ikut mak saya...tak bubuh telur...


Wokeyyy...ini resepinya
Resepi Kuih Ketayap
Bahan
Untuk inti
- 1/2 biji kelapa parut (putih shj)
- 3/4 cawan gula merah (boleh ditambah lagi)
- 3/4 cawan air
- 2 helai daun pandan disimpul
- secubit garam

Cara

  1. Satukan gula merah,garam,daun pandan dan air. Masak sehingga gula larut.
  2. Masukkan kelapa parut. Kacau sebati.
  3. Masak sehingga kering.
  4. Tutup api dan sejukkan.
Untuk kulit
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan
- 1 cawan jus pandan
- 1 cawan air
- secubit garam

Cara
  1. Satukan semua bahan. Blend hingga sebati.
  2. Panaskan kuali non-stick, ambil satu senduk kecil adunan, masukkan dalam kuali dan ratakan secara membulat.
  3. Masak sehingga permukaan atasnya tidak melekat. Tidak perlu diterbalikkan.
  4. Angkat dan biarkan sejuk sebentar. Ambil sedikit inti, lipat bahagian sisi dan gulung.
  5. Buat sehingga habis.
  6. Sedia utk dihidangkan.


Senangkan...kuih ketayap saya kali ni pucat je kaler dia...pewarna hijau dah abih...so cuma bergantung pada kaler hijau pandan je...owhhh ya, bila kulit dan siap masak dan masih panas,jgn terus gulung inti, nanti pecah...tapi saya taktau lah kot kalau guna resepi lain, kulit dia firm je...biar sejuk sikit ya...maklumlah tulih melalui pengalaman...kehkehkeh

Kuih ni feveret si nombor satu...banyak biji yg dia makan...si nombor lima pun abih dia ketul...biasalah tu...kuih maniskan...

Okaylah...selamat memasak ya!

Babai

Wednesday, 28 October 2015

Roti Arab Tak Kembung

As salam...

Dulu masa kecik2 saya selalu makan roti arab ni yg dibeli kat pasar malam...sedap bila makan dgn kari ayam...


Dan hari ni saya buat roti arab utk dinner...hasil kejadian...sedap cuma saya taktau awat la roti arab ni tak kembung dan berongga...mungkin saya derhaka kat resepi kot sbb saya tak bubuh telur...

Bila saya cakap kat Boss Besar yg roti ni tak jadi...dia kata takpa sbb sedap je rasanya...hahaha...itu saya suka...


Okaylah jom tengok resepinya
Resepi Roti Arab
Bahan
- 500g tepung gandum
- 40g marjerin
- 50g gula castor
- 1 peket instant yeast
- 1 sudu besar susu pekat
- 1 sudu teh double action baking powder
- 1/2 sudu teh garam
- 220g air sejuk
- 1 biji telur (saya tak letak)
- minyak utk menggoreng

Cara

  1. Satukan semua bahan kecuali minyak. Uli sehingga menjadi doh yg tidak melekat. Tak perlu sampai jadi elastik mcm doh roti.
  2. Bahagikan doh kepada 16 bahagian doh kecil. Rehatkan 30 minit
  3. Selepas 30 minit, canaikan menjadi leper. Jgn terlalu nipis.
  4. Rehatkan lagi 15 minit. 
  5. Panaskan minyak, sebelum menggoreng, tekan sedikit doh dan masukkan ke dalam minyak. Semasa menggoreng, siramkan minyak panas di permukaan atasnya.
  6. Terbalikkan kedua-dua permukaan. Goreng sehingga kuning keemasan.
  7. Angkat dan toskan.
  8. Sedia utk dinikmati dgn kari ayam.

Untuk kari ayam tu, saya buat mcm biasa je cuma kuah tu bagi pekat sikit...nampaknya Boss Besar suka kari ayam ni...mana taknya, rempahnya dari kelate...mmg sedap pun rempah kari timbang beli kat kelate ni...

Owhhhh...macam mana pulak dgn roti arab ni...huishhhh...tak cukup 16 biji lah...sekejap je abis...lepas ni,saya akan cuba lagi sbb nak dapat roti arab yg mengembung...ahahaha...ntah kat mana silap...

Okaylah...apa lagi...walaupun rupa roti arab ni tak semenggah tapi rasanya mmg sedap...tak rugi utk mencuba...

Babai


Tuesday, 27 October 2015

Samosa Kentang

As salam...

Hari ni si nombor tiga tanya lagi pasal daging dendeng sbb masa dia balik sekolah semalam,saya masak ikan je...

Jadi baki daging yg disimpan tu saya masak dendeng dan sedikit daging saya guna utk buat inti samosa...

Kisahnya,baru2 ni jiran saya bagi samosa...banyak ketul jugak tapi sekelip mata je abis...anak2 saya suka...kebetulan mmg ada stok kentang beli kat pasar malam...kulit popia pun ada...jadi buatlah utk anak2...biaq depa puas makan...


Untuk inti kentang tu mcm inti karipap lah cuma saya letak jugak carrot...dan yg paling mencabar masa nak balut inti tu,saya tak pandai...cubaan kali ke 12 baru dpt lipatan yg kemas dan saya rasa yg paling senang ialah buat kelonsong dulu,letak inti dan lipat berbanding dgn letak inti kat kulit lepas tu baru lipat bersegi...tapi itulah takdak pulak gambar cara balut tu sbb assistant yg ada cuma si nombor lima...yg lain pi sekolah...


Okaylah...apa lagi meh tengok resepinya
Resepi Samosa Kentang
Bahan
Untuk inti
- 6 biji kentang potong dadu
- 1 1/2 labu bawang besar didadu
- 1 biji carrot didadu
- 1 mangkuk kecil daging dicincang
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 1 tangkai daun kari
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- air secukupnya
- minyak utk menumis
- garam dan gula secukup rasa
Untuk kulit
- kulit popia secukupnya
- sedikit bancuhan tepung gandum dan air sbg gam
- minyak utk menggoreng

Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, daun kari dan bunga lawang hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari yg dibancuh dgn sedikit air. Goreng hingga rempah garing. Kemudian masukkan daging.
  3. Apabila daging kecut, masukkan kentang,carrot dan air secukupnya. 
  4. Masak sehingga kentang empuk barulah dimasukkan bawang. Kacau sebati.
  5. Perisakan dgn gula dan garam.
  6. Tutup api apabila inti mulai kering dan ubi kentang empuk. Sejukkan sebelum digunakan.
  7. Seterusnya, ambil kulit popia dan potong kepada tiga bahagian.
  8. Ambil satu bahagian, bentukkan kelongsong berbentuk kon, masukkan inti dan balut. Letakkan gam tepung gandum utk melekatkan bahagian hujungnya.
  9. Buat sehingga habis.
  10. Panaskan minyak, goreng samosa sehingga masak.
  11. Angkat dan toskan.
  12. Sedia utk dihidangkan.
Inti yg saya buat tu dapat dlm 45 biji samosa saiz kecik. Cukup utk bagi kat jiran dan anak2 saya pun puaslah makan...Mana tak sedapnya...kulit popia tu kan rangup dan inti kentang tu pun tak pedas...lajulah depa makan...

Untuk Boss Besar, saya simpan tiga ketul...hmmm dia pun cakap sedap...Alhamdulillah...kiranya berbaloi lah masak sbb abis licin...

Okaylah...itu shj...selamat memasak!

Babai


Monday, 26 October 2015

Ikan Bawal Tumis Serai

As salam...

Semalam dah makan daging...jadi hari ni makan ikan pulak...owhhh cerita pasal ikan ni nampaknya mmg harga barang makin naik lah...dulu masa kerja, tak perasan sangat pasal harga barang ni sbb jarang masak tapi sbb sekarang mmg hari2 masak...pagi petang siang malam...jadi mmg buleh rasa harga barang makin mahal...

Lepas amik si nombor empat dari tadika,saya terus pi pasar malam...walaupun tak malam lagi tapi penjual ikan dgn sayur dah ada...bulehlah membeli bahan mentah ni...harga ikan mmg dah tau mahal...yg saya terkejut masa beli sayur...rasa mcm tak padan je harga dgn sayur yg dibeli...aishhhh...pasal tu lah saya dok tanam sayur tapi failed...sebab bila bercambah je...dua tiga hari hilang...rupa2nya ada cik siput dok makan...dua hari lepas saya tgk benih honeydew dah 3cm tinggi...hari ni...gone!

Dok cerita lain pulak...apa menu hari ni...saya masak ikan bawal tumis serai...sedap...rasa masam dgn wangi serai...alaaaaa...macam masak cuka je tapi saya bubuh serai...kehkehkeh...otomatik nama lauk tu pun bertukar....



Wokeyyyy...ini resepinya
Resepi Ikan Bawal Tumis Serai
Bahan
- 2 ekor ikan bawal
- 1/2 labu bawang besar dihiris
- 3 ulas bawang putih dihiris
- sehiris halia
- 2 batang serai dihiris
- 1 biji cili hidup dihiris
- 1 sudu makan sos ikan
- asam jawa sebesar ibu jari dibancuh dgn 2 cawan;tapis ambil airnya shj
- garam dan gula secukup rasa
- garam dan serbuk kunyit
- minyak secukupnya
- air jika perlu

Cara

  1. Basuh bersih ikan. Lumur garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak goreng ikan. Tumis semua bahan hiris hingga wangi.
  3. Tambahkan air asam dan sos ikan. 
  4. Perisakan dgn gula dan garam. Tambah air jika perlu.
  5. Kemudian, masukkan ikan. Gaul rata. Hati-hati supaya ikan tak pecah.
  6. Masak sehinggakuah mendidih dan cukup rasa.
  7. Tutup api. Sedia utk dihidangkan.
Lauk ni kena seimbang rasa masam, manis dan masinnya....sbb tu perlu letak sedikit gula...kalau nak pedas, boleh jugak dimasukkan sedikit lada hitam ataupun cili padi.

Sos ikan tu optional, saya bubuh jugak sbb saya nak perabih stok sos ni...ada banyak dlm peti ais tu...bila bubuh sos ikan, kena jaga kuantiti garam sbb sos dah masin dan ikan pun masa digoreng dah bubuh garam kan...jadi kalau termasin atau termasam, tambahkan air dan adjust balik rasa tu ya!

Lauk ni pun feveret anak2...senang hati mak depa sbb tak payah nak masak yg extravaganza sgt...hoishhhhh...malas betul mak depa ni...kehkehkeh...

Okaylah...selamat memasak!

Babai

Sunday, 25 October 2015

Daging Dendeng

As salam...

Hari ni masak daging...masa pi rumah kakak saya hari tu, dia bagi daging korban...sbb daging tu dok beku dalam freezer, kakak saya bagi semua...balik rumah bila dah buang lemak dan urat...dapat dalam dua kilo...

1/2 kilo saya masak singgang, 1/2 kilo lagi saya simpan dan yg baki satu kilo tu saya masak daging dendeng...petang nanti saya nak pi hantar lauk ni ke rumah abg sulung saya...banyak kan...mana abih kalau kami sefamili je yg makan...

First time makan daging dendeng ni , member saya masak...wahhhh sedap jugak...jadi hari ni jom cuba masak daging dendeng ni...sebab gulai,rendang, masak kicap dah selalu sangat masak...

Saya cari resepi yg guna bahan paling sikit...haishhhh...malas kan tapi renyah jugak nak buat daging dendeng ni walaupun bahannya tak banyak...sbb nak kena rebus,hiris,ketuk dan goreng daging tu...


Okay...jom tengok resepinya
Resepi Daging Dendeng
Bahan
- 1 kilo daging dipotong kiub besar
- 5 biji bawang besar dihiris
- 20 biji cili kering ; rebus dan ditoskan
- 2 sudu kicap pekat
- 3 sudu kicap manis
- 1 inci halia
- 5 ulas bawang putih
- garam dan gula secukup rasa
- minyak secukupnya

Cara
  1. Goreng halia dan bawang putih hingga wangi. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Ketepikan.
  2. Rebus daging hingga empuk. Toskan. Air rebusan disimpan. Hiris nipis daging. Ketuk dengan lesung batu hingga leper. Buat sehingga habis.
  3. Satukan daging, satu sudu makan kicap pekat dan bahan tumbuk. Gaul sebati. Perap 1 jam.

  4. Goreng bawang besar hingga layu dan sedikit garing. Angkat dan toskan.
  5. Kisar bawang besar goreng dgn cili kering hingga hancur.
  6. Panaskan sedikit minyak(guna minyak goreng bawang), goreng daging yg diperap hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  7. Dengan menggunakan minyak yg sama. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  8. Masukkan daging dan kicap. Gaul rata.
  9. Perisakan dgn garam dan gula.
  10. Masak hingga kering.(saya buat sedikit berkuah).
  11. Tutup api. Sedia utk dihidangkan.

Dah siap daging dendeng ni....nampaknya anak2 saya suka dgn menu ni...paling tak disangka si nombor tiga pun boleh makan daging...kalau diikutkan dia memilih sikit bab makan ni...si nombor tiga suruh saya masak daging dendeng ni esok...nak bawak bekal pi sekolah...tak berenti mulut dia cakap sedap...berbunga2 hati saya...lalala

Daging dendeng ni sedap sbb guna bawang yg banyak...rasa manis dan wangi bawang tu yg membangkitkan selera...lagipun sbb tak pedas jadi anak2 boleh makan...nak makan dengan roti pun buleh...

Cuba tengok banyakkan bawang yg di guna...menangis2 saya masa hiris bawang...hiksssss...

 bawang!
Owhhh banyak pulak ceritanya...jadi apa yg ditunggu lagi...cubalah!

Babai

Saturday, 24 October 2015

Kuih Serimuka

As salam...

Hari ni tak pi mana-mana pun...duduk rumah je walaupun ada jemputan kenduri akikah kat Bangi...alasan Boss Besar bagi ialah anak nak periksa, depa kena baca buku...haishhhh...macam lah depa nak baca buku sangat...

Untuk makan pagi,awalnya nak pi breakfast kat luar tapi nasik malam tadi ada lagi...rugi pulakkan...akhirnya saya masak lemak sayur buncis, goreng gelama masam dan utk anak-anak,saya goreng telur dadar...hmmmm pukul 10 pagi dah makan nasik. Saya pikir sbb perut dah kenyang mesti buleh tahan sampai petang...pukul 12...si nombor satu dgn si nombor dua mengulang makan nasik lagi...pukul 2 tanya lagi ada makanan tak...adoiii...saya buat tak dengar je...akhirnya depa makan biskut marie aje...hahaha



Dan kuih serimuka ni saya buat utk minum petang...saya suka makan pulut dan serimuka ni antara kuih yg saya suka...hari ni ikut selera saya pulak...

Saya tak buat banyak pun...cuma 1/2 adunan dari resepi asal..cukup untuk satu loyang roti 8x4....biasalah...budak2 kat rumah ni tak layan sgt kuih dolu2 ni..



Jadi meh tengok resepinya...ini resepi satu adunan ya!
Resepi Kuih Serimuka
Bahan A
- 2 cawan pulut direndam dua jam
- 1 cawan santan
- secubit garam

Bahan B
- 1 cawan jus pandan
- 1 cawan santan pekat
- 1/2 cawan gula
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1/3 cawan tepung gandum
- 3 biji telur
- 2 kuntum bunga cengkih ditumbuk halus

Bahan C
- 2 sudu makan tepung gandum
- 4 sudu makan air

Cara

  1. Satukan bahan C. Kacau sebati. Ketepikan.
  2. Basuh bersih pulut. Toskan.
  3. Masukkan pulut dalam loyang 8x8. Tambahkan santan dan garam. Kacau sebati. Kukus 20 minit.
  4. Sementara tunggu bahagian pulut masak, satukan bahan B di dalam blender. Blend hingga sebati dan tapis. Ketepikan.
  5. Apabila pulut masak, keluarkan dari pengukus. Tekan dengan belakang senduk supaya pulut padat dan rata. 
  6. Kemudian, sapukan seluruh permukaan pulut dengan bahan C (dari langkah 1).
  7. Kukus lima minit.
  8. Kemudian tuangkan bahan B ke atas pulut. Jika ada gelembung udara, cucuk dgn lidi bersih. Kukus 45 minit. 
  9. Selepas 45 minit, buka tudung kukusan dan terus mengukus lagi 10 minit.
  10. Siap. Sejukkan dahulu sebelum dipotong dgn pisau plastik.
Tips
- Balut tudung kukusan dengan kain supaya wap air tak jatuh ke atas permukaan kuih.
- Lapisan tepung gandum disapu supaya bahan B tidak menyerap masuk ke dalam pulut. 
- Tujuan buka tudung kukusan ialah supaya air yg terbentuk pada permukaan kuih akan mengewap dan kering.

Owhhhh...siap ada tips lagi... muahahaha...selalunya bila buat serimuka, saya akan masak sekejap bahagian kepalanya tu sehingga naik wap sblm dituang, tapi kali ni bahagian kepala tak dimasak...sbb tu kena letak lapisan tepung gandum tu...

Resepi ni mmg sedap...awalnya saya dah potong -potong sbb nak bagi dekat jiran...saya pikir anak2 tak suka kuih ni...tapi mmg bukan rezeki jiran saya...habis kuih ni di makan oleh rakyat jelata...sedap depa kata...kembang setaman bila dengar anak cakap macam tu kan...ehhhh...ka depa kata lapaq...pasai tu lah kuih ni abih...aishhh

Hmmmm...jadi apa lagi...kalau ada cukup bahan kat rumah tu, cubalah buat kuih ni...pasti tak menyesal...

Babai


Friday, 23 October 2015

Donut Lagi

As salam...



Donut ni saya buat semalam, utk bawak pi rumah kakak saya kat ampang tu...biasalah kan cuti jerebu, rakyat jelata dan boring duduk terperap dlm rumah...sblm pi saya suruh depa kemas rumah...wahhhh semuanya rajin kuasa kuda...bersemangat nak pi jumpak sepupu depa...paling best si nombor dua, dia simpan baju yg saya lipat tu kat merata2 tempat..baju saya dalam almari ayah dia, baju si nombor tiga, dia susun kat tempat si nombor lima...hmmmm saya pikir konsep si nombor dua ni ialah janji semua baju duduk dalam almari...satgi pandai2 lah selongkar sendiri...

Pi ampang tak lama pun, sampai pukul 1.30 ptg, balik pukul 4.00 sbb nak elak jammed...lagipun kan hari ni dah sekolah dan depa ada exam cuma sepanjang perjalanan balik tu jenuh jugak nak menjawab soalan si nombor dua pasaipa kena balik awal...aishhhh anak...kalau hangpa tak periksa takpa lah balik lambat, ini nak exam pun masih lagi buleh bersukaria ..

Okaylah...panjang ceritanya...meh tengok resepi...saya guna resepi mak saya...
Resepi Donut
Bahan
- 4 cawan tepung gandum
- 1 cawan air suam
- 2 sudu besar instant yeast
- 4 sudu besar marjerin
- 4 sudu besar gula
- 1 sudu besar susu pekat manis
- gula icing secukupnya
- minyak utk menggoreng

Cara
  1. Larutkan gula dalam air suam.  Masukkan yis dan biar hingga berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan, gaul tepung,marjerin dan susu pekat. Tambahkan campuran yeast. Uli hingga jadi doh. Jika lembik, tambahkan sedikit tepung.
  3. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda
  4. Kemudian, tumbukkan doh utk krluerkan angin nak bahagikan doh kepada bebola kecil.(saya buat size telur puyuh sbb nak donut saiz mini)
  5. Rehatkan bebola doh kecil 20 minit.
  6. Panaskan minyak, buat lubang dengan menekan bahagian tengah doh kecil menggunakan chopstick/ jari.
  7. Angkat bebola doh dan goreng hingga masak dgn api sederhana.
  8. Sejukkan sebelum disalut dgn gula aising. 

Hmmm dah siap, satu adunan kat atas tu banyak jugak hasilnya...kiranya cukup lah utk dimakan oleh 5+6 kanak2...

Donut ni walaupun tak letak banyak bahan, tetap gebu dan sedap...kalau nak variasi, bulehlah diletakkan topping coklat...saya takdan nak buat, maklumlah rakyat jelata dan tak sabar nak pi ampang...asyik dok tanya donut dah siap ke belum...

Okaylah...selamat memasak!

Babai

Thursday, 22 October 2015

Bengkang Ubi Kayu Gula Merah

As salam...

Semalam pi pasar malam, saya beli ubi kayu...cadangnya nak buat bengkang.


Pukul 10 mlm saya dah start parut ubi kayu sbb saya pikir kalau siap awal, bulehlah Boss Besar tapau bawak pi opis...


Kali ni saya buat dua adunan, satu guna gula merah dan lagi satu guna gula putih...yg versi gula putih tu ada bubuh telur...




Jom tengok resepinya...




Resepi Bengkang Ubi Kayu Gula Merah
Bahan
- 1 kilo parutan ubi kayu
- 2 cawan santan pekat
- 140g kelapa parut putih
- 1 cawan gula merah
- 1 cawan gula pasir
- 1/3 cawan tepung pulut
- 1 sudu teh garam
- sedikit minyak jagung utk disapu pada loyang
- butter utk digliss pada permukaan bengkang

Cara

  1. Letakkan parutan ubi kayu di dalam penapis. Tekan-tekan sedikit utk buang jusnya.
  2. Satukan santan, gula merah, gula pasir dan garam. Masak hingga mendidih. Tapis dan biarkan sebentar hingga suam.
  3. Kemudian campurkan parutan ubi kayu, kelapa parut, tepung pulut dan campuran santan. Gaul sebati.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10×10 (next time, guna loyang 8 atau 9) yg telah disapu dgn minyak.
  5. Masukkan loyang ke dlm oven yg telah dipanaskan.
  6. Bakar pada suhu 50 minit atau sehingga masak.
  7. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sapu permukaan bengkang dgn butter ketika masih panas.
  8. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Sekarang jom tengok resepi versi gula putih pulak...



Resepi Bengkang Ubi Gula Pasir
Bahan
- 500g parutan ubi kayu
- 250 ml santan pekat
- 200g gula pasir
- 70g kelapa parut
- 4 sudu besar tepung pulut
- 2 sudu besar butter
- 2 biji telur
- 2 sudu teh esen vanilla
- 1/4 sudu teh pewarna kuning
- 1 sudu teh garam
- sedikit minyak jagung utk di sapu pada loyang
- butter utk digliss pada permukaan bengkang setelah siap dibakar

Cara
  1. Letakkan parutan ubi kayu di dalam penapis. Tekan-tekan sedikit utk buang jusnya.
  2. Satukan santan, butter, gula pasir dan garam. Masak hingga mendidih. Tapis dan biarkan sebentar hingga suam.
  3. Satukan parutan ubi kayu, tepung pulut,kelapa parut dan telur. Kacau sebati.
  4. Kemudian tambahkan campuran santan dan esen vanilla. Gaul sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang 9x9 (next time, guna loyang 8) yg telah disapu dgn minyak.
  6. Masukkan loyang ke dlm oven yg telah dipanaskan.
  7. Bakar pada suhu 50- 55 minit atau sehingga masak.
  8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sapu permukaan bengkang dgn butter ketika masih panas.
  9. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Mudah buat bengkang ubi ni...yg lambatnya cuma masa parut ubi tu aje...kalau ikutkan saya...bengkang ubi gula merah lebih authentic...yg version gula putih tu rasanya lebih moden...mungkin sebab ada telur dan esen vanilla kot...memandangkan saya guna santan kotak, bila kuih dah masak tu, saya sapu butter utk dpt permukaan seakan berminyak...kalau guna santan yg perah sendiri...tak payah sapu butter, nanti masa bakar tu, minyak akan keluar jugak...

Utk tapau kat Boss Besar, saya susun selang seli...jadi corak dam lah...dan ada pilihan samada nak makan versi gula merah atau gula putih...

Apapun bengkang ni mmg sedap...tak rugi utk mencubanya.

Babai

Wednesday, 21 October 2015

Tomyam Campur

As salam...

Cuti jerebu lagi...naya betul kat anak2 ni...saya dok suruh depa baca buku tapi sekolah masih cuti lagi...sepatutnya ayah depa janji hujung minggu ni bulehlah pi jalan2 sbb dah abih exam kan...tapi nampaknya kena tangguh jugak...anak2 pun nampak dah boring sangat kena duduk dlm rumah je...saya tak bagi depa keluaq sbb la ni dah macam ada bau asap ja...kronik dah ni tapi tak terbayang yg kat indonesia tu...kalau betullah ipu sampai 3000, mau sesak nafas dah...

Pagi tadi depa pakat makan roti...masa saya dok masak utk lunch, depa dah pakat mai dapur...terjenguk2 masak apa...hmmm...saya masak yg paling senang...tomyam satu periuk...cuma kena buat sendiri paste tomyam tu sbb masa check peti sejuk, cuma ada 1/2 kiub je pati tomyam tu...sayur pun ikut apa yg ada dlm peti sejuk tu...


Okay jom tengok resepinya...
Resepi Tomyam Campur
Bahan
Untuk paste
- 5 biji bawang merah*
- 1 inci lengkuas*
- 1 inci belacan dibakar*
- 1 sudu makan udang kering
- 5 helai daun limau purut*
- 2 batang serai*
- 2 biji cili merah*
- 3 sudu makan cili kisar*
- 1/4 cawan air asam jawa*
- 1/4 keping gula nise kecil
- garam secukup rasa
- sedikit minyak

Untuk tomyam
- 3 ulas bawang putih diketuk
- 2 batang serai dititik
- 1 labu bawang besar potong empat
- 2 biji tomato
- 1 batang carrot dihiris
- 1 mangkuk kecil cauliflower
- 1 mangkuk kecil brokoli
- 4 helai daun limau purut
- 1 mangkuk isi ayam
- 2 ekor sotong dihiris
- 10 ekor udang
- 2 sudu makan jus limau nipis
- 2 sudu makan sos ikan
- 2 sudu makan susu cair
- 1/2 kiub pati tomyam (optional)
- 4 biji cili padi hijau diketuk
- garam secukup rasa
- air
- sedikit minyak utk menumis

Cara

  1. Untuk pes tomyam, kisar semua bahan bertanda* hingga lumat.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan gula nise, air asam jawa dan garam secukup rasa. Masak sehingga sedikit kering dan pecah minyak. Tutup api. Ketepikan.
  3. Untuk kuah tomyam, panaskan satu sudu makan minyak, tumis bawang putih dan serai hingga naik bau.  
  4. Masukkan ayam. Masak hingga isi aya kecut.
  5. Kemudian masukkan pes tomyam tadi dan kiub pati tomyam. Tambahkan air secukupnya.
  6. Apabila kuah mula mendidih, masukkan carrot, cauliflower dan brokoli. Tambahkan jus limau, sos ikan, daun limau purut, tomato, bawang besar, cili padi dan susu cair.
  7. Kacau sekekap, sebelum dimasukkan udang dan sotong. Perisakan dgn garam. Pastikan rasanya seimbang dari segi masam, manis dan masin. Ikut citarasa masing-masing.
  8. Tutup api apabila udang dan sotong masak.
  9. Sedia utk dihidangkan.
Bila masak tomyam...saya rasa partner yg paling ngam mestilah telur dadar...pukul 12 rakyat jelata dah makan tengahari...bagi depa makan awal baru depa dok senyap sikit...kalau tak dok mai dapur saja...

Sebab saya masak tomyam ni seperiuk jadi tahanlah sampai ke malam, cuma utk dinner tu saya goreng ikan...saya beli jugak kueyteow...kot2 depa nak makan dgn kuah tomyam...hmmmm...mestilah takmau sbb nasik kan ada...owhhhh...hancur lebur diet tak makan nasik waktu malam...dan Boss Besar pun cakap kuah tomyam ni sedap....

Jadi apa lagi, kalau takdak stok kiub pati tomyam,cubalah resepi ni!

Babai

Tuesday, 20 October 2015

Puding Kerak Roti

As salam...

Dalam freezer ada kerak roti lebihan buat sandwich...nak buang sayang...nak buat breadcrumbs...stok breadcrumbs pun ada lagi...selalunya kalau kerak roti ni saya bakar sekejap dlm oven sampai crispy dan lepas tu anak2 saya akan makan dgn nutella.

Kali ni bila tanya nak makan roti crispy dgn nutella...semua takmau...hahaha jemu lah tu...

Jadi jom buat puding kerak roti utk makan pagi...kita tengok apa pulak rasanya.



Resepi Puding Kerak Roti
Bahan
- kerak roti dari dua bungkus besar roti
- 4 biji telur*
- 350 ml susu segar*
- 7 sudu besar gula perang*
- 2 sudu besar butter*
- 1 sudu teh esen vanilla*
- secubit garam*
- sedikit serbuk kayu manis* (optional) 
- sedikit butter, ceri merah,ceri hijau,kismis

Bahan sos kastard
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard
- 2 1/2 sudu besar gula
- 1 sudu besar butter
- 1 sudu teh esen vanilla
- secubit garam

Cara
  1. Untuk puding roti, satukan semua bahan bertanda *. Blend hingga sebati.
  2. Tuangkan ke dalam loyang yg sesuai. Masukkan kerak roti. Gaul supaya semua kerak roti mesra dgn campuran susu itu. Rehatkan 15 - 30 minit.
  3. Kemudian taburkan ceri, kismis dan sedikit butter yg dipotong kiub kecil.
  4. Masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan.
  5. Bakar pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga masak.
  6. Untuk sos kastard pula, satukan srmua bahan. Pukul perlahan dgn whisk sehingga gula dan tepung kastard larut.
  7. Masak atas api perlahan sehingga likat dan berkilat. Pastikan sepanjang proses memasak, sos kastard dikacau supaya tak hangit.
  8. Sedia utk dinikmati bersama puding kerak roti.
Senang je buat puding kerak roti ni...jadi macam mana rasanya...sedap cuma tekstur puding ni tak lembut, sedikit kenyal...tak macam puding roti yg normal tu...fluffy sikit...bila makan...saya terkenangkan bengkang roti...hmmmm...
macam tu lah rasanya cuma puding ni sedap bila di makan dgn sos kastard...
saya pikir kalau letak satu scoop aiskrim vanilla pun mesti rasanya lebih meletopp...

Si nombor tiga tak mau makan...rupanya dia tak suka rasa cinnamon tu...next time saya tak payah letak cinnamon...

Yg makan puding ni...saya sorang je...gemokkkk la mokcik kalau kena perabih sorang2 kan...jadi saya sedekahkan dkt pak guard...mungkin ini rezeki depa...nak bagi kat jiran pun semua pakat pi kerja...takdak sapa kat rumah...

Jadi...ni lah alternatif utk kerak roti selain buat breadcrumbs...apalagi selamat mencuba ya!

Babai

Monday, 19 October 2015

Sandwich Sardin CelupTelur

As salam...

Cuti lagi hari ni...bulehlah saya kerah rakyat jelata baca buku...tapi aishhhh...celik mata depa dah langut tengok tv...

Jadi pagi ni saya buat breakfast simple je utk Boss Besar...anak2 satgi depa mesti mintak nasik...sambil buat breakfast ni...saya tanak nasik jugak...

Apa menu sarapan Boss Besar ... sandwich sardin celup telur...ringkas dan senang...


Ini resepinya
Resepi Sandwich Sardin Celup Telur
Bahan
- 1 bungkus roti gardenia
- 1 tin kecil sardin 
- 1 sudu makan jus limau 
- 2 biji telur
- 1/4 cawan susu segar
- sedikit minyak
- garam secukup rasa

Cara

  1. Potong kerak tepi roti. Ketepikan.
  2. Pukul telur, secubit garam dan susu hingga mesra. Ketepikan.
  3. Buka tin sardin,masukkan dalam bekas yg sesuai,  panaskan 1 minit dalam microwave.
  4. Ambil isi ikan sardin dan tiga sudu makan sosnya. Lecek sampai hancur. Tambahkan jus limau dan sedikit garam.
  5. Sapukan rata inti sardin diatas roti. Tutup dgn sekeping lagi roti. Belah dua.
  6. Panaskan sedikit minyak, celup roti dlm bancuhan telur dan goreng hingga telur masak.
  7. Siap. 

Masa Boss Besar bersiap2...dan saya dok kemas atas...rakyat jelata dah bangun...amboiii kalau hari sekolah punyalah liat nak bangun pagi...cuti je awal pulak bangun...

Depa pi turun makan...akhirnya utk Boss Besar cuma tinggal sekeping roti je...alahai...selalunya anak2 saya tak makan roti sardin ni...tapi rasanya kali ni depa buleh makan sbb saya tak bubuh bawang dlm sardin tu...

Owhhhh habis tu Boss Besar nak makan apa pulak...hmmmm...nasik dah masak...ikan rebus pun dah digoreng...makan nasik dgn ikan rebus goreng cicah budu lah akhirnya menu sarapan Boss Besar pagi ni...

Okay...selamat mencuba ya!

Babai


Sunday, 18 October 2015

Masak Lemak Kuning Lengkuas Ikan Tenggiri

As salam...

Sepatutnya lunch hari ni nak pi makan kat luar je...gembira betul sbb tak payah masak kan...

Tapi tak jadi keluar sbb si nombor lima dok mintak nasik...walhal dah makan roti canai masa breakfast tadi...tak sampai hati pulak bila dia dok tunjuk rice cooker sambil pegang pinggan biru dia...nak keluar masa tu pulak...tak buleh sbb abg dgn kakak dia tgh baca buku...Boss Besar takmau kacau depa...maklumlah tgh bersemangat nak ulangkaji kan...ntah apa lah yg ayah depa janji kat depa...tiba2 je jadi rajin baca buku...hmmmm...

Jadi...saya masak yg paling senang...dan lauk ni mmg feveret anak2...


Ini resepinya...
Resepi Masak Lemak Kuning Lengkuas
Bahan
- 2 keping isi ikan tenggiri
- 5 biji bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1/2 inci kunyit hidup*
- 1/2 inci lengkuas*
- 1 biji cili merah*
- 1 sudu kecil biji ketumbar ditumbuk halus
- 1 biji timun dipotong serong
- 1 kotak kecil santan
- 1 keping asam keping
- air secukupnya
- garam secukup rasa

Cara

  1. Ikan dibasuh bersih.
  2. Kisar halus semua bahan bertanda *.
  3. Masukkan bahan kisar, ketumbar dan asam keping ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan ikan, timun dan santan. Reneh dgn api perlahan.
  5. Tambahkan air jika kuah pekat. Perisakan dgn garam.
  6. Tutup api apabila kuah mendidih dan ikan masak sempurna.
  7. Sedia utk dihidangkan.
Amacam senangkan...selain lauk masak kuning ni, saya goreng ikan rebus, ada budu dan jugak ulam terung...jadi lah tu...masak ekpress kan...

Lepas masak...terus saya hidang nasik kat si nombor lima...mmg betul dia lapaq...habis nasik dlm pinggan biru dia tu...nampaknya roti canai mmg tak cukup bagi kenyang...mesti makan nasik jugak kan...lepas dia makan...saya minum susu...dan sekarang dia dah tido...

Hmmmm...selamat memasak ya!

Babai