Wednesday, 8 April 2015

Strawberry Crumble Bun

As salam...

Hari ni saya dok blogwalking...lepas tu nampak resepi ni...dari blog Wendy

Hmmmm...menarik... lagipun stok strawberry masam tu ada lagi...kasi clear lah...perabih apa yg patut...lepas tu buleh ajak boss besar pi beli barang baking hujung minggu ni...boss besar tanya jugak...saya dok membaking ni buat apa....haishhhh...saya ni dah la dok rumah ja...inilah hobi saya...kalau hobi saya pi karaoke ka...tak ke dia pening kepala...hahaha...

Cerita pasal boss besar...dia mmg taktau tarikh lahir saya...sbbnya bila tanya dia pagi tadi...dia buleh tanya balik...tarikh lahir saya bila...bukan nak hadiah pun...cuma kalau dia ingat...mestilah saya happy...ehhh...malas cerita pasal birthday lagi lah...

Ok...jom tengok resepi ni...

Resepi Strawberry Crumble Bun

Bahan
Untuk doh
- 250g tepung gandum( saya guna tepung roti)
- 40g butter
- 40g gula
- 1 biji telur
- 1 sudu teh instant yeast
- 120ml susu segar
- 1/4 sudu teh garam

Untuk adunan  crumble
- 40g tepung gandum
- 30g cold butter
- 30g gula
- 1/2 sudu teh esen vanilla
Untuk topping
- gula icing dibancuh dgn air sehingga dapat larutan  pekat
- hirisan buah strawberry
- sedikit susu utk brushing atas bun

Cara
  1. Untuk crumble, gaulkan semua bahan crumble hingga menjadi seperti serbuk roti. Ketepikan.
  2. Campurkan semua bahan doh. Uli hingga menjadi doh yg kenyal. Rehatkan sehingga kembang dua kali ganda.
  3. Kemudian bahagikan kepada 16 bahagian. Leperkan setebal 1cm. Rehatkan selama 30 minit lagi.
  4. Setelah 30 minit. Buat lekuk dgn menekan bahagian tengah doh dengan belakang gelas.(letak sedikit tepung supaya doh tak melekat pada gelas)
  5. Letakkan strawberry filling dan buah strawberry di dalam lekuk itu
  6. Brush permukaan dgn susu dan tabur crumble.
  7. Buat sehingga habis.
  8. Masukkan dlm oven yg telah dipanaskan dan bakar pada suhu 180C selama 15 minit atau sehingga kuning keemasan.
  9. Semasa menghidang,paipkan icing glaze di atasnya.

Sedap...gebu dan masam strawberry tu seimbang dgn rasa manis bun...
Phewww...terasa macam pengulas makanan pulak...

Lepas ni...buleh cuba tukar buah pulak...mungkin buleh guna pisang ka ataupun letak coklat...

Ohhhh...apa yg ditunggu lagi...selamat mencuba!

Babai

No comments:

Post a Comment