Saturday, 4 April 2015

Kacang Gula

As salam...

Hmmmm...kudapan petang ni untuk tgk tv...saya buat kacang gula...
Sepatutnya...gula tu crystallized dan melekat kat kacang...tapi taktau kat mana silap...ini versi yg tak jadi...tapi jgn risau...masih sedap dan rangup kruk krak kruk krak...

Kacang ni tak payah goreng...rebus je dlm air gula...yg tu lah yg akan bagi kacang tu masak dan rangup...mula2...risau gak...boleh ke kacang jadi crunchy kalau rebus mcm tu je...tapi okay je..crunchy mcm yg di goreng jugak...

Oklah....meh tengok resepinya...

Resepi Kacang Gula
Bahan
- 2 cawan kacang tanah mentah
- 1 cawan gula
- 1/2 cawan air
- 1 sudu teh garam
- 2 sudu besar bijan hitam

Cara
  1. Basuh bersih kacang tanah dan toskan.
  2. Masukkan kacang tanah,gula dan air ke dalam kuali.
  3. Masak sehingga gula larut dan pekat. Kacau lagi sehingga larutan gula tu likat dan melekat di kacang.
  4. Taburkan garam dan bijan. Kacau lagi.
    Tujuannya supaya kekacang tak melekat dan nak elakkan hangit.
  5. Bila larutan gula dah kering.Tutup api dan pindahkan kacang ke dalam talam.
    Bila sejuk,pecah-pecahkan menjadi size yg lebih kecil.
  6. Simpan dlm bekas kedap udara.
Hmmm...dah siap...nak bagi lebih presentable...letaklah dalam acuan kertas kecik2 tu....tak ka nampak lebih menawan?

Oklah...selamat mencuba!

Babai

No comments:

Post a Comment