Masa pi pasar malam, saya ada beli ketam...tak plan pun nak masak apa lagi...beli dulu, pikir kemudian konsepnya..
Pada awalnya, nak buat masak lemak, tapi semalam dah masak lemak labu...aishhhh...bukan hari-hari nak makan lauk bersantan kan...pikir punya pikir...buatlah ketam goreng aje...ringkas dan sedap...
Ini resepinya
Resepi Ketam Goreng Ala Kam Heong
Bahan
- 4 ekor ketam dibersihkan
- 3 ulas bawang putih diketuk
- 1 sudu makan udang kering ditumbuk
- 1 sudu besar rempah kari
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili thai
- 2 sudu makan minyak masak
- 3 pelepah daun kari
- 2 biji cili hijau dan merah dihiris
- 1 biji telur
- garam gula secukup rasa
- sedikit air
Cara
- Panaskan minyak, tumis bawang putih, udang kering dan daun kari hingga terbit bau. Masukkan pula rempah kari dan sedikit air. Goreng hingga rempah garing.
- Tambahkan sos tiram dan sos cili thai. Gaul rata.
- Masukkan ketam. Goreng hingga ketam masak. Kalau nampak kering, tambahkan sedikit air.
- Apabila ketam masak, perisakan dengan garam dan gula.
- Pecahkan telur dan biarkan sekejap sebelum digaul rata.
- Masukkan cili yang telah dihiris. Gaul sebati dan tutup api apabila telur masak sepenuhnya.
Ringkas kan? Anak- anak saya suka, lauk ni tak pedas, sapa suka pedas tu, ketuklah dua tiga biji cili padi masukkkan dlm lauk ni...tapi biasalah setakat empat ekor ketam je, sekali hidang habislah...
Cuma yg frustnya bila nak buang sampah tadi, ada ketam yg tak abih licin dimakan, saya rasa ni kerja si nombor dua, dia cuma makan telur yg bersalut kat ketam tu je...aishhhh...kan mak dah pesan, ketam yg tak licin isinya tu, letak tepi nanti mak perabihkan... owhhhh...anak-anak...kena ajar cara yang betul nak makan ketam ni, nasiblh yang dibuangnya cuma setengah ekor, kalau banyak...memang nak kena bagi tazkirah jgn membazir....adoiiii...
Okay lah, apa lagi, selamat memasak...
Babai
No comments:
Post a Comment